Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[di.sam.ping] | دسمڤيڠ

Definisi : 1. di sebelah, di rusuk, di sisi: mereka sering bermain-main di bawah rumpun buluh ~ rumah Leman; 2. bersama-sama dgn, bergandingan dgn, bersanding bahu dgn: kami akan berjuang ~ saudara; 3. ... dan juga ..., selain ... juga ...: ~ sebuah balai raya, sebatang tali air juga akan dibina di kampung itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
samping (kata tugas)
Bersinonim dengan sebelah, sisi, rusuk, tepi, birai, dekat, pinggir, lambungan;,
Kata Terbitan : di samping, ke samping, mengesampingkan, bersampingan, menyamping, menyampingi, menyampingkan, tersamping, sampingan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
family takaful planpelan takaful keluargaEkonomiEkonomi IslamPelan yang melindungi kematian dan kecacatan anggota badan di samping menyediakan tabungan kepada peserta. Pelan takaful ini boleh disertai oleh individu dan institusi. Pelan takaful untuk individu merupakan tabungan jangka panjang di samping memperoleh perlindungan apabila berlaku kematian atau kecacatan anggota badan. Selain itu, individu akan mendapat pengecualian cukai ke atas caruman dan juga boleh mengeluarkan sebahagian daripada tabungannya. Pelan takaful untuk institusi pula dikenali sebagai pelan takaful keluarga berkelompok, iaitu sekumpulan individu di bawah kendalian institusi berkenaan akan mendapat manfaat perlindungan yang telah ditentukan sekiranya berlaku kematian atau kecacatan anggota badan. Jangka masa pelan takaful keluarga berkelompok biasanya setahun tetapi boleh diperbaharui apabila tempohnya tamat. Contoh pelan takaful keluarga ialah pelan takaful sihat, pelan takaful wakaf, skim anuiti takaful Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan pelan takaful gadai janji.
extruderpenyemperitKejuruteraanPolimerMesin yang di samping meleburkan pelet plastik mampu mengepam leburan pada kadar aliran yang malar ke arah dai untuk penghasilan profil dan kepingan plastik.
residual shrinkagekecutan sisaPertanianTiadaPengurangan isi padu pukal, di samping pengurangan yang disebabkan oleh kehilangan air dalam tanah tepu air semasa pemampatan.
covert channelsaluran terselindungTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerSaluran tersembunyi di samping saluran biasa yang digunakan untuk komunikasi rahsia. Contohnya, semasa sesi komunikasi TCP/IP, data disembunyikan dalam paket SYN yang biasanya tidak mengandungi data.
active defencepertahanan aktifSukanTiadaKeadaan petinju yang sedang bertahan di samping berusaha membalas tumbukan lawan.
sandwich generation carejagaan generasi sandwichKejururawatanTiadaPenjagaan terhadap ibu bapa di samping penjagaan anak sendiri.
electron gunsenapang elektronFizikNanoteknologiStruktur elektrod yang menghasilkan alur elektron di samping mampu mengawal, memfokus dan memesongkan alur tersebut seperti pada tiub televisyen dan monitor yang menggunakan teknologi tiub sinar katod. Senapang elektron terdiri daripada dua bahagian, iaitu katod panas yang menghasilkan alur elektron dan elektrod yang menghasilkan medan elektrik untuk memecut elektron tersebut ke anod. Senapang elektron digunakan untuk pemendapan filem tipis dan juga dalam litografi alur elektron.
crude fibreserabut mentahKimiaTiadaSerabut mentah: Serabut yang mengandung bahan lain di samping polimer utama.
byproducthasil sampinganKimiaTiada2. Bahan yang terhasil semasa tindak balas kimia di samping bahan utama.
delayed criticalitykegentingan tertundaKejuruteraanTiadaKeadaan genting yang disebabkan oleh neutron tertunda di samping neutron serta-merta.
12345678910...

Kembali ke atas