Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
samping (kata tugas)
Bersinonim dengan sebelah, sisi, rusuk, tepi, birai, dekat, pinggir, lambungan;,
Kata Terbitan : di samping, ke samping, mengesampingkan, bersampingan, menyamping, menyampingi, menyampingkan, tersamping, sampingan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
'Di samping itu', 'itu', 'ini' boleh digunakan di depan sesuatu ayat? Contoh, 'Di samping itu, pemuda masa kini sangat...', 'Ini kerana organisasi ini tidak...', 'Itulah sebabnya'. Terima kasih.'Di samping itu' boleh digunakan kerana 'itu' merujuk perkara yang diperkatakan sebelumnya, manakala 'itu' dan 'ini' tidak boleh digunakan di depan sesuatu ayat kerana ia merupakan kata penunjuk, hendaklah meletakkan perkataan lain seperti 'hal ini...' atau 'perkara ini/itu...'Lain-lain22.01.2007
Salam sejahtera, a)Di samping itu, kita perlu membersihkan longkang yang penuh dengan sampah sarap supaya tidak menjadi tempat pembiakan nyamuk dan tersumbat. b)Di samping itu, kita perlu membersihkan longkang yang penuh dengan sampah sarap supaya tidak menjadi tempat pembiakan nyamuk dan tidak tersumbat. (Ayat a atau b betul?) Terima kasih.Ayat yang betul ialah ayat A, “Di samping itu, kita perlu membersihkan longkang yang penuh dengan sampah sarap supaya tidak menjadi tempat pembiakan nyamuk dan tersumbat.”


Tatabahasa31.03.2024
Tuan, Adakah di samping itu tergolong dalam penanda wacana?'Di samping itu' ialah penghubung wacana (penghubung tambahan) yang memberikan maklumat tambahan kepada sesuatu perkara yang diperkatan sebelumnya. Rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 526. Tatabahasa03.04.2011
Q1~Untuk kata 'selain itu', 'di samping itu' ~dihitung sebagai satu patah perkataan atau dua patah perkataan?Selain itu - dua perkataan. Di samping itu - tiga perkataan.Lain-lain19.03.2016
Adakah penanda wacana "di samping itu" dikira sebagai 3 perkataan atau 1 perkataan?Penanda wacana "di samping itu" dikira sebagai tiga patah perkataan. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk laman web https://prpm.dbp.gov.my/Tatabahasa04.02.2024
Penanda Wacana seperti 'Selain itu' / 'Di samping itu' dikira berapa perkataan.

Kedua-dua penanda wacana "selain itu" dan "di samping itu" dikira dua perkataan.

Tatabahasa07.03.2009
Perkataan " di samping itu " perlu dijarakkan ataupun tidak ?

Ejaan yang betul ialah "di samping itu".

Tatabahasa02.05.2023
Salam sejahtera, Dalam penulisan, kerap lagi saya temukan struktur Selain itu, pihak berkuasa juga ....; Di samping itu, pihak sekolah juga ..... Bahkan, pihak NGO juga .... Persoalannya, bolehkah penanda wacana 'selain itu' / 'di samping itu' / 'bahkan' dan penanda wacana 'juga' digunakan serentak kerana saya rasa kelewahan berlaku dalam struktur ini. Sekian. Salam hormat, KAY SEVEN

Frasa 'Selain itu, pihak berkuasa juga ...', 'Di samping itu, pihak sekolah juga ...', 'Bahkan, pihak NGO juga ...' adalah betul. 'Juga' ialah kata penegas yang memberikan penekanan pada frasa tersebut.

Tatabahasa23.12.2010
Salam sejahtera, bagaimanakah hendak mengira jumlah perkataan bagi penanda wacana. contohnya ' di samping itu' perlu dikira sebagai satu perkataan atau 3 perkataan?

Puan Siti,

Di samping itu dikira sebagai tiga perkataan.

Lain-lain15.01.2010
salam sejahtera, penanda wacana "di samping itu" tulis rapat atau jarak "disamping itu". harap maklumEjaan yang betul ialah "di samping itu".Ejaan21.01.2014
12345678910...

Kembali ke atas