Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
samping (kata tugas)
Bersinonim dengan sebelah, sisi, rusuk, tepi, birai, dekat, pinggir, lambungan;,
Kata Terbitan : di samping, ke samping, mengesampingkan, bersampingan, menyamping, menyampingi, menyampingkan, tersamping, sampingan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
government investment certificatesijil pelaburan kerajaanEkonomiEkonomi IslamBon yang dikeluarkan oleh kerajaan yang bertujuan untuk membiayai perbelanjaannya. Di samping itu, sijil ini bertujuan untuk menyediakan instrumen kewangan tanpa faedah bagi membolehkan institusi kewangan Islam melabur dana mudah tunai berdasarkan hukum syarak. Sijil ini tidak melibatkan penentuan awal kadar faedah sebaliknya menggunakan akad qard al-hasan, iaitu pembelian sijil tersebut dianggap memberi pinjaman kebajikan kepada kerajaan bagi membolehkannya melaksanakan projek pembangunan negara.
administrative leadershipkepimpinan pentadbiranPentadbiranPentadbiran Awam

Barisan pemimpin yang memegang tanggungjawab pentadbiran dalam sesebuah organisasi. Mereka mempunyai kuasa dalam menentukan misi, visi, matlamat dan objektif organisasi. Di samping itu, mereka juga bertanggungjawab merancang, merencana, mengurus, menyelaras dan mengawal segala perjalanan organisasi. Seseorang pemimpin perlu menjadi suriteladan yang baik kepada orang bawahan. Keberkesanan seseorang pemimpin bukannya terletak pada kuasa mutlak ataupun perundangan yang ada padanya tetapi bergantung kepada keupayaan pemimpin untuk mendorong, merangsang dan menggembeling sepenuh tenaga kerja, kepakaran dan infrastruktur yang ada bagi mencapai matlamat yang telah ditetapkan. Kepimpinan pentadbiran yang baik perlu mempunyai wawasan yang jelas mengenai matlamat yang hendak dicapai dan arah tuju yang perlu diikuti.

software project managerpengurus projek perisianTeknologi MaklumatPerisianPengurus projek pembangunan perisian yang bertanggungjawab terhadap kesemua aktiviti yang dijalankan sepanjang pembangunan perisian seperti spesifikasi, reka bentuk, pelaksanaan dan dokumentasi. Di samping itu, pengurus projek perisian perlu mengawasi perjalanan proses pembangunan perisian dari segi tenaga sumber dan tempoh masa yang ditetapkan.
pollen supplementdebunga tambahanPertanianAgronomi

Debunga gantian yang ditambah dengan 2 hingga 25 peratus debunga. Debunga tambahan digunakan untuk merangsang pembiakan lebah madu semasa kekurangan sumber debunga seperti kemarau. Di samping itu, debunga tambahan juga digunakan semasa menubuhkan koloni baru.

imagistimagisKesusasteraanPuisiPenyair-penyair yang bebas daripada sebarang ikatan dan kongkongan bentuk, idea dan kata-kata yang dipilih dengan teliti. Di samping itu penyair imagis ini juga biasanya mempersoalkan sesuatu isi secara langsung. Kata-kata yang dipilih dan diterapkan itu benar-benar berfungsi dalam konteks keseluruhan struktur puisinya.
mudlumpurKejuruteraanPetroleumCecair yang dikeluarkan ke dalam lubang telaga semasa operasi penggerudian berputar dan operasi pembaikan telaga dilaksanakan. Fungsiny adalah untuk mengangkat rincisan ke permukaan, menyejukan dan melincirkan bit serta batang gerudi. Di samping itu bahan ini sangat berguna untuk mencegah berlakunya semburan liar dengan menahan tekanan bawah permukaan. Mungkin terdiri daripada lebih daripada satu fasa, iaitu fasa cecair dan fasa pepejal. Fasa cecair mungkin terdiri daripada minyak diesel, air tawar atau minyak mentah. sering kali juga bahan tambah dimasukkan ke dalam lumpur untuk mendapatkan sifat-sifat yang dikehendaki.
organisational analysisanalisis organisasiPengurusanPerancanganProses yang menilai keupayaan organisasi secara sistematik yang membawa kepada penentuan tahap daya saing organisasi. Analisis organisasi yang berkala dan terperinci membolehkan pengurusan organisasi tersebut memahami kedudukan prestasi semasa. Di samping itu, analisis ini perlu untuk mengenal pasti masalah dan peluang dengan tepat dan seterusnya membangunkan pelan tindakan yang bersesuaian. Antara instrumen yang lazim digunakan dalam analisis organisasi ialah analisis persekitaran (SWOT) dan penandaarasan. Lihat juga analisis SWOT, penandaarasan.
ascorbic acidasid askorbikHerbaFitokimiaSebatian hablur berwarna putih yang larut dalam air dan terdapat dalam buah limau (Citrus sp.) dan sayur-sayuran. Asid askorbik merupakan bahan penting dalam diet dan kekurangannya boleh menyebabkan penyakit skurvi. Di samping itu, asid askorbik digunakan sebagai agen antioksida dan bahan pengawet makanan.
amino acidasid aminoVeterinarTiadaSebatian organik yang mengandungi karbon, hidrogen, oksigen dan nitrogen (C, H, O dan N). Asid amino mengandungi satu atau lebih kumpulan amino (NH2) yang bersifat bes dan sekurang-kurangnya satu kumpulan karboksil (COOH) yang bersifat asid. Di samping itu, ada pula asid amino yang mengandungi sulfur, misalnya sistina dan metionina. Asid amino bergabung membentuk satu molekul protein. Dalam pencernaan, protein dalam makanan diurai menjadi asid amino dan diserap ke dalam aliran darah. Lihat juga asid amino perlu, asid amino tak perlu.
anaerobic digestion systemsistem pencernaan anaerobikPertanianAgroteknologiProses pereputan bahan organik seperti tinja haiwan dalam keadaan tanpa oksigen yang menghasilkan gas metana dan karbon dioksida. Gas metana merupakan gas yang boleh digunakan sebagai bahan bakar untuk memasak dan menghasilkan cahaya lampu. Di samping itu, pencernaan anaerobik adalah satu cara pelupusan sisa pertanian terutamanya najis ternakan. Setelah melalui proses ini, sisa pencernaan boleh digunakan sebagai baja organik. Proses pencernaan anaerobik dilakukan oleh mikroorganisma yang menggunakan karbohidrat dalam bahan buangan sebagai sumber tenaga mereka.
1234567

Kembali ke atas