Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[dia.lék] | دياليک

Definisi : (dialék) satu bentuk bahasa yg di­gunakan dlm sesuatu daerah atau oleh sesuatu kelas sosial berbeza drpd bahasa standard, loghat, pelat daerah (negeri dll): ~ Kelantan; ~ Kedah; ~ sosial (Lin) variasi bahasa yg dituturkan oleh sesuatu kumpulan sosial atau lapisan masyarakat bahasa, mis bahasa istana. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[dia.lék] | دياليک

Definisi : /dialék/ bahasa yg digunakan hanya di daerah-daerah tertentu saja; loghat: ~ Kelantan dan ~ Negeri Sembilan ialah dua ~ yg berlainan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dialek


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah bahasa Melayu Malaysia dapat menjadi standar bagi bahasa Melayu di Riau, Kalimantan Barat, dll.? Ataukah bahasa Indonesia yang menjadi bahasa Melayu standar bagi dialek-dialek Melayu tempatan tersebut?

Bahasa Melayu standard pada masa kini menggunakan sebutan dialek Johor-Riau yang lebih dikenali dengan sebutan baku.  Sebutan baku ialah sebutan (huruf atau perkataan) yang telah ditentukan atau diterima sebagai yang betul atau yang sewajarnya, ataupun disebut juga sebutan standard. Antara ciri  utama dialek ini ialah akhiran ‘a’ yang dibunyikan sebagai ‘ě’ bagi kebanyakan perkataan, contohnya saya (sa.yě), apa (a.pě) dan kerja (ker.jě). Sebutan baku Johor-Riau ialah sebutan yang biasa dituturkan oleh penduduk Melayu di Semenanjung Malaysia, terutamanya di sebelah pantai barat Semenanjung, merupakan sebutan bahasa Melayu yang asal yang hingga sekarang masih dituturkan oleh kebanyakan penduduk Malaysia tanpa dipengaruhi oleh dialek negeri masing-masing. Untuk maklumat lanjut, saudari boleh mengunjungi Pusat Dokumentasi Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka.

Lain-lain10.01.2020
sejarah dialek negeri sembilan, perbezaan dialek negeri sembilan dengan bahasa baku?Sejarah dialek Negeri Sembilan (NS) semestinya sama dengan sejarah NS. Sila rujuk buku Sejarah Negeri Sembilan. Perbezaan dialek NS dengan bahasa baku ialah, dialek NS dituturkan oleh orang Negeri Sembilan dan dialek ini tidak digunakan dalam situasi rasmi. Bahasa baku ialah bahasa standard yang dituturkan dalam situasi rasmi, di seluruh negara. Bahasa Melayu baku juga ialah bahasa pengantar yang digunakan di sekolah-sekolah dan pusat pengajian tinggi.Lain-lain24.01.2007
ada tak buku atau kajian mengenai bahasa melayu baku yang menerangkan aspek sejarah dan pembakuannya ?Sila rujuk buku Asmah Haji Omar, Essays on Malaysian Linguistics dan Kepelbagaian Fonologi Dialek-Dialek Melayu. Juga buku Pedoman Ejaan Bahasa Malaysia (DBP); Raja Mokhtarudin Raja Mohd Dain bertajuk Pembinaan Bahasa Melayu : Satu Kajian Khusus Mengenai Perancangan Bahasa; Nik Safiah Karim, Strukturalisme : Satu Tinjauan Multi Disiplin; Yunus Maris, The Malay Sound System; Za'ba, Ilmu Mengarang Melayu.Lain-lain13.01.2008
apakah permasalahan sintaksis yang dapat dibincangkan dalam struktur ayat bahasa Melayu? selain itu juga permasalahan sintaksis yang terdapat dalam dialek seperti dialek kedah, terengganu dan dialek lain.Menurut Kamus Dewan, sintaksis merupakan bidang linguistik yang mengkaji proses pembinaan ayat. bagi membantu saudara menjawab permasalahan di atas, saudara boleh membuat rujukan pada buku-buku sintaksis bahasa Melayu atau mengunjungi Pusat Dokumentasi Melayu DBP (PDM) atau melayari laman sesawang DBP, klik pada Katalog Awam Dalam Talian dan bahan carian dapat diperoleh melalui laman tersebut.Tatabahasa07.08.2007
Boleh saya tahu macam mana untuk saya dapatkan bahan rujukan untuk dialek contoh seperti kamus dialek. Saya memerlukan untuk dialek kelantan

Salam sejahtera,

Untuk makluman, buku terbitan DBP boleh dibeli di kedai buku, wakil  penjual, ujana DBP dan melalui portal DBP. Maklumat lanjut, sila hubungi talian seperti berikut:

Anjung DBP – 03 2147 9597 / 03 2147 9598

•Kompleks DBP Hulu Kelang – 03 41010028 / 019 2141956 (WhatsApp)

•DBP Cawangan Sarawak – 082 227000 / 019 8768358

•DBP Cawangan Sabah – 088 439317 / 010 9425569

•DBP Wilayah Timur – 09 7414918 / 014 9180092

atau klik pautan ini : https://dbpniaga.my//

untuk makluman, kamus dialek tersebut ada dalam stok seperti lampiran.

Untuk rujukan, boleh disemak melalui capaian http://pustakav2.dbp.gov.my/ atau ke perpustakaan DBP, iaitu:

Pusat Dokumentasi Melayu,
Aras 3, Menara DBP,
50460 Kuala Lumpur.
No. Tel.: 03-2147 9660

  

 

Lain-lain10.03.2020
saya nak tanya ttg Dialek.. Apakah Perbezaan dialek dari segi sebutan, kata ganti nama diri dan juga kosa kata... terutama bagi dialek utara, kelantan, terengganu dan negeri sembilan... terima kasihDialek bermaksud  satu bentuk bahasa yg digunakan dlm sesuatu daerah atau oleh sesuatu kelas sosial berbeza drpd bahasa standard, atau disebut loghat. Soalan yang berbentuk tugasan memerlukan kajian dan pembacaan yang banyak. Oleh itu, sila rujuk buku/makalah/kerja kerja yang berkaitan dengan tajuk tugasan tersebut.Lain-lain07.03.2012
Apakah dialek yang paling banyak dipinjam perkataannya sebagai bahasa standard? Adakah dialek Johor?Dialek Johor-Riau menjadi asas kepada pembentukan bahasa Melayu standard atau baku di Malaysia. Sekiranya tuan ingin mengetahui lebih lanjut mengenai dialek ini, tuan boleh mengunjungi Pusat Dokumentasi Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka.Istilah07.10.2014
bolehkah pihak DBP menerangkan kepada saya mengenai dialek khususnya dialek Kelantan dan pengaruhnya dalam aspek penulisan.

Dialék adalah satu bentuk bahasa yg digunakan dlm sesuatu daerah atau oleh sesuatu kelas sosial berbeza drpd bahasa standard, loghat, pelat daerah (negeri dll).  Variasi bahasa yg dituturkan oleh sesuatu kumpulan sosial atau lapisan masyarakat bahasa, mis bahasa istana. Mengenai pengaruhnya dalam aspek penulisan, ini bergantung pada seseorang penulis itu. Misalnya Shahnon Ahmad lebih menggunakan dialek daerah Kedah dalam novelnya yg terkenal seperti Seluang Menodak Baung, Srengengge, Ranjau Sepanjang Jalan dan sebagainya. Jarang-jarang terdapat penulis yg menggunakan dialek daerah dalam penulisan mereka. T.kasih.

Lain-lain26.08.2008
SEKADAR BERTANYA. MASYARAKAT SABAH DAN SARAWAK KAYA DENGAN DIALEK TEMPATAN. ADAKAH DIALEK INI DIGUNA PAKAI SEBAGAI BAHASA MELAYU BAKU WALAUPUN TIDAK TERDAPAT DI DALAM KAMUS DEWAN. KALAU TIDAK, CADANGAN SAYA ADALAH LEBIH BAIK KITA GUNAKAN DIALEK TEMPATAN INI DIKAJI DAN DIJADIKAN SEBAGAI BAHASA MELAYU BAKU AGAR TIDAK PUPUS DIALEK INI. WALAUPUN KITA TAHU INI MERUPAKAN KEKUATAN SESUATU ETNIK, NAMUN INI LEBIH BAIK DARIPADA DIALEK INI PUPUS SUATU HARI NANTI. LAGIPUN ADALAH LEBIH MUDAH DARIPADA KITA MENGGUNAKAN BAHASA ASING UNTUK DISERAPKAN KE DALAM BAHASA MELAYU... TERIMA KASIHBeberapa kosa kata Sarawak ada digunakan dalam bahasa Melayu , contohnya merarau. Namun, penggunaannya belum meluas. Pihak kami akan mengemukakan cadangan ini kepada pihak atasan untuk mendapatkan pandangan.Lain-lain03.11.2008
Apakah yang dimaksudkan dengan dialek dan bagaimana ia terjadi?

Dialek ialah jenis bahasa yang digunakan dalam percakapan di sesuatu daerah atau bahagian negeri yang mempunyai pelat sebutan yang khas bagi daerah itu, yang berbeza pula daripada sebutan-sebutan umum yang digunakan di negara ini.  Contohnya dialek Kelantan; dialek Kedah;dialek Negeri Sembilan dan sebagainya. Dialek ini terjadi kerana faktor geografi ataupun daerah.Apabila penutur terpisah oleh sekatan-sekatan geografi seperti gunung-ganang, hutan rimba, dan sungai-sungai, maka setiap kumpulan mempunyai sejarah perkembangannya yang tersendiri, termasuk perkembangan aspek bahasa.Dalam jangka masa panjang, ciri-ciri iperbezaan menjadi semakin nyata dan ini dikekalkan daripada satu generasi kepada generasi yang seterusnya. Untuk maklumat lanjut, saudara boleh merujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 35. Terima kasih.  

 

Lain-lain14.01.2009
12345678910...

Kembali ke atas