Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[dia.lék] | دياليک

Definisi : (dialék) satu bentuk bahasa yg di­gunakan dlm sesuatu daerah atau oleh sesuatu kelas sosial berbeza drpd bahasa standard, loghat, pelat daerah (negeri dll): ~ Kelantan; ~ Kedah; ~ sosial (Lin) variasi bahasa yg dituturkan oleh sesuatu kumpulan sosial atau lapisan masyarakat bahasa, mis bahasa istana. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[dia.lék] | دياليک

Definisi : /dialék/ bahasa yg digunakan hanya di daerah-daerah tertentu saja; loghat: ~ Kelantan dan ~ Negeri Sembilan ialah dua ~ yg berlainan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dialek


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
dialect borrowingpeminjaman dialekLinguistikTiadaPeminjaman unsur antara dialek-dialek suatu bahasa.
dialect geographygeografi dialekSosiolinguistikTiadaKajian sistematik bentuk dialek khususnya dialek daerah.
convergence, dialect levellingpersetumpuan/konvergensSosiolinguistikTiadaPerubahan dialek yang memperlihat kecenderungan dialek menjadi lebih serupa yang biasanya berlaku apabila dialek yang tidak standard dipengaruhi oleh bahasa standard dan sebaliknya.
dialectdialekLinguistikTiadaKelainan bahasa yang berbeza dari segi sebutan, tatabahasa, dan kosa kata daripada bahasa baku. Antaranya termasuk dialek kawasan dan dialek sosial.
mutual intelligibilitykesalingfahamanSosiolinguistikTiadaKebolehfahaman penutur yang menggunakan dua dialek yang berbeza. Dialek itu dianggap sebagai tergolong ke dalam satu bahasa yang sama.
koinekoineSosiolinguistikTiadaDialek yang dijadikan bahasa standard hasil daripada kompromi di kalangan beberapa dialek bagi bahasa tersebut. Contohnya dialek Mandarin.
dialect areakawasan dialekLinguistikTiadaDaerah geografi yang diliputi oleh dialek sesuatu bahasa, dibatasi oleh isoglos yang menggariskan perbezaan sebutan, tatabahasa, dan kosa kata.
dialect boundarysempadan dialekSosiolinguistikTiadaTempat bermula dan berakhirnya satu-satu dialek dengan menggunakan isoglos.
dialectdialekKesusasteraanPuisiBentuk bahasa atau diksi menurut kesesuaian pengguna bagi sesuatu tempat. Contohnya, penggunaan dialek Kelantan dalam puisi "Awang Gedebe" karya A. Aziz Deraman.
dialect atlasatlas dialekSosiolinguistikTiadaPeta yang dihasilkan melalui pengumpulan bunyi-bunyi atau kata-kata dialek yang berbeza.
123456

Kembali ke atas