Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dibenarkan;

Peribahasa

Diberi betis hendak paha.

Bermaksud :

Diberi sedikit, lalu hendak minta banyak. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Dibenarkan duduk di serambi, hendak bermaharajalela di tengah rumah, b. Seperti Belanda minta tanah).

 

Lihat selanjutnya...(4)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Calon tidak dibenarkan membawa keluar kertas soalan daripada dewan peperiksaan ATAU Calon tidak dibenarkan membawa keluar kertas soalan dari dewan peperiksaan.Calon tidak dibenarkan membawa keluar kertas soalan dari dewan peperiksaan.Tatabahasa24.04.2007
Adakah penggunaan kata 'diorang', 'korang' dan 'kitorang' dibenarkan dalam penulisan novel? Jika tidak dibenarkan, perkataan apa yang sesuai digunakan bagi mengelakkan sesuatu dialog kelihatan terlalu baku dan terikat? Sekian.Sebenarnya tidak sesiapapun dibenarkan melanggar hukum tatabahasa dalam semua bentuk penulisan, namun dalam bidang kreatif sedikit kelonggaran diberikan iaitu disebut ' lesen berpuisi '. Ini bagi memastikan penulisan kreatif berbeza sedikit daripada penulisan rasmi. Walau bagaimanpun, penggunaan "dia orang", "kau orang" dan "kita orang" adalah lebih baik.Lain-lain23.05.2014
Mohon memberi nasihat bagaimana hendak menterjemahkan ayat ini: "Bullying is not allowed". Adakah "Pembulian tidak dibenarkan" betul? Atau "Buli tidak dibenarkan"?Terjemahan yang dicadangkan ialah Pembulian tidak dibenarkan.Penyemakan dan penterjemahan28.11.2015
Mana satukah ayat yang betul? (1) Ali tidak dibenarkan menzahirkan maklumat. (2) Ali tidak dibenar menzahirkan maklumat. (3) Ali tidak dibenarkan menzahir maklumat. Mohon penjelasan penggunaan imbuhan yang betul.Menzahirkan bermaksud menyatakan, menerangkan dan menjelaskan, dan ketiga-tiga perkataan ini yang sering digunakan dalam ungkapan kami. Pembentukan kata yang betul ialah membenarkan, bentuk pasifnya ialah dibenarkan.
Pembentukan kata yang betul juga ialah menzahirkan, menjelaskan dan menerangkan. Ayat yang gramatis, seperti Ali tidak dibenarkan untuk menjelaskan maklumat itu.
Tatabahasa16.06.2016
Adalah dibenarkan nama kempen untuk Bank dibuat dalam bahasa Inggeris, tetapi info kempen dinyatakan dalam bahasa Malaysia. Kami berpendapat bahawa nama kempen adalah Kata Nama Khas, maka tidak perlu dialih bahasa.

Untuk makluman puan, nama kempen perlulah menggunakan bahasa Melayu atau disediakan dalam dwibahasa, dengan mendahulukan bahasa Melayu dan diikuti dengan terjemahan. Bahasa kebangsaan perlu digunakan secara meluas bagi segala maksud rasmi seperti yang termaktub dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan dan Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67.

Lain-lain06.01.2022
apakah dibenarkan penambahan 'an' pada perkataan 'komersil' ?Daripada kata komersial boleh menerbitkan kata mengkomersialkan dan pengkomersialan.Tatabahasa16.12.2014
ADAKAH DIBENARKAN PAPAN TANDA DENGAN NAMA TERSEBUT DIGUNAKAN?Teks pada papan tanda tersebut perlu ditambah dengan perkataan "KEDAI BARANGAN SEMBAHYANG"Lain-lain23.10.2014
Salam, Adakah dibenarkan dalan tatabahasa Melayu untuk kita menggunakan "hyphenated words" spt "printer-friendly" > "pencetak-ramah pengguna" dsb. TK

Tanda sempang lazimnya digunakan dalam kata ganda seperti rama-rama dan rumah-rumah. Istilah yang kami cadangkan bagi printer friendly ialah pencetak mesra pengguna (tidak perlu tanda sempang).

Ejaan27.12.2011
Encik< Antara 2 ayat yang berikut, manakah yang betul? 1. Orang awam tidak dibenarkan masuk ke kawasan pembinaan projek itu. 2. Orang awam tidak dibenarkan masuk ke kawasan projek pembinaan itu. Terima kasih atas kerjasama encik.
Menurut data kami, ayat yang betul ialah orang awam tidak dibenarkan masuk ke kawasan projek pembinaan itu.
Lain-lain24.10.2016
Buku Rekod 8:55AM Assalamualaikum...maaf menganggu admin...sy ingin bertanya mengenai jawatan PSH yg ditawarkan...adakah seorang niqabis dibenarkan utk berniqab semasa interview dijalankan...atau mmg tidak dibenarkan sama sekali brniqab...mohon penjelasan...terima kasihWaalaikumussalam. Untuk temu duga yang dijalankan di jabatan perkhidmatan awam, calon tidak dibenarkan menggunakan penutup wajah atau niqab.Lain-lain02.09.2016
12345678910...

Kembali ke atas