Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dibuat-buat

Puisi
 

Selasih meruap-ruap,
     Anak tempua terbang ke Jeddah;
Kasih boleh dibuat-buat,
     Hendak mesra bukannya mudah.


Lihat selanjutnya...(7)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera. Saya nak bertanya, adakah perkataan DIBUAT-BUAT memiliki sama maksud dengan perkataan DIBUAT?

Perkataan "dibuat"  dan "dibuat-buat" mempunyai maksud yang berbeza. "Dibuat" bermaksud dilakukan, dihasilkan daripada, dibuat daripada dan "dibuat-buat" bermaksud tidak bersungguh-sungguh, berpura-pura dan berbuat seakan-akan. 

 

Tatabahasa27.07.2021
1...pada peringkat / di peringkat? 2.Erti simulaktif

1. jawapan yang betul ialah pada peringkat.

2. ' simulaktif' tiada dalam kamus dewan. makna yang paling hampir untuk simulaktif ialah simulasi perbuatan (latihan) yang berasaskan atau menggunakan sesuatu yang direka atau dibuat buat tetapi yang mirip kepada atau hampir dengan yang sebenarnya

Tatabahasa13.10.2011
Karim menggunakan pelbagai helah untuk melepaskan dirinya. Perkataan seerti bagi helah ialah______ A. Muslihat b. Akal C. Daya apakah jawapan? Tolong berikan penjelasan.Menurut Kamus Pelajar helah bermaksud 1 perbuatan atau kata-kata dusta utk menipu seseorang; muslihat; tipu daya: Berbagai-bagai ~ dijalankan utk menangkap pencuri itu. 2 alasan yg dibuat-buat utk menyembunyikan se­suatu atau utk melepaskan diri; dalih: Kalau seseorang hendak membuat sesuatu, dia akan berikhtiar sungguh-sungguh tetapi kalau dia tidak mahu, ada bermacam-macam ~ atau dalih.


Daripada takrifan tersebut, perkataan yang lebih tepat ialah muslihat. Sila layari http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=helah&d=1 untuk lebih lanjut.
Makna14.04.2014
apakah bentuk dan gaya retorik? Apakah Retorik Lisan dan Penulisan dalam pelbagai genre?Gaya boleh mambawa maksud cara menulis/mengarang atau bertutur dengan menggunakan kata-kata dan penyusunan ayat yang sesuai. Retorik (linguistik) merupakan kajian tentang teknik pemakaian bahasa secara berkesan dalam penulisan atau pertuturan. Boleh juga merujuk seni menggunkan atau memakai bahasa yang indah dan menarik untuk memujuk atau mempengaruhi pemikiran pendengar, seni berpidato. Boleh juga merujuk bahasa yang dibuat-buat atau dibesar-besarkan - bahasa retorik.Lain-lain29.08.2006
Cikgu, 1. Apakah yang dimaksudkan dengan "bentuk sengau"? 2. Apakah maksud "daerah artikulasi" dan "homorganik"? 3. Adakah soalan saya dalam no.1 dan no.2 terdapat di dalam buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga? Jika terdapat cikgu sila nyatakan muka surat tersebut. Terima kasih.1. Sengau adalah dengan bunyi suara yg keluar melalui hidung apabila bercakap; huruf ~ huruf (spt n, ng) yg dilafazkan dgn mengeluarkan udara melalui rongga hidung; sengau-sengauan bercakap-cakap spt orang sengau; menyengaukan melafazkan (huruf dll) dgn bunyi yg keluar melalui hidung: vokal i yg berlaku selepas atau sebelum konsonan n spt pd perkataan ini, disengaukan; sengauan bunyi sengau, sebutan sengau; kesengauan sifat (keadaan atau bunyi) sengau: ~ yg sengaja dibuat-buat utk menyindir sese-orang; penyengauan perbuatan menyengaukan sebut-an (sesuatu huruf).

2. Artikulasi bermaksud cara atau proses menyebut bunyi atau kata dgn jelas; Homorganik ialah istilah linguistik untuk huruf konsonan yang disebut dari posisi yang sama seperti huruf m, p dan b.

Tidak ada maklumat terperinci tentang ini dalam sumber rujukan kami, sila rujuk buku linguistik seperti buku Linguistik: Teori dan Aplikasi, terbitan UKM.  Saya cadangkan puan mendapatkan buku "Asas-asas Fonetik" tulisan Prof. Dr. Norhashimah Jalaluddin, dan juga buku "Asas-asas Fonologi" tulisan Prof. Dr. Zaharani Ahmad.
Tatabahasa07.05.2014
yang manakah betul: - sila buat bayaran /sila buat pembayaran - bayaran yang diterima... / pembayaran yang diterima... - kami tidak menerima sebarang bayaran daripada anda / kami tidak menerima sebarang pembayaran daripada anda - bayaran yang dibuat gagal / pembayaran yang dibuat gagalKedua-dua frasa tersebut betul dan boleh digunakan. Bayaran bermaksud wang dsb yg digunakan utk membayar; wang dsb yg dibayarkan:  manakkala "pembayaran"perbuatan (hal dsb) membayar atau membayarkan; Tatabahasa13.10.2017
1. dibuat daripada 2. diperbuat daripada adakah kedua-duanya juga betul? terima kasih.Kedua-dua frasa "dibuat daripada" dan "diperbuat daripada" betul. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Kamus Dewan dan lihat entri buat, kata terbitan membuat sama maksudnya dengan memperbuat (bentuk pasifnya dibuat dan diperbuat).Tatabahasa12.08.2013
Salam....saya nk buat pengesahan bahasa utk papan iklan... saya taktahu nak buat macamana..boleh beri panduan atau saya da hubungi no yg di beri tapi tak angkat call....

Wasalam.

Untuk makluman tuan/puan, permohonan pengesahan bahasa Melayu untuk papan tanda perniagaan/iklan perlu dibuat melalui dalam talian menerusi laman dbpsahbahasa.my atau melalui kunjungan/kaunter di Aras Bawah, Menara DBP dengan membawa dua (2) salinan visual iklan. Kaunter dibuka pada hari bekerja (Isnin hingga Jumaat) dari pukul 8.30 pagi hingga 4.30 petang.

2. Bagi pendaftaran dalam talian, tuan perlu mendaftar dahulu bagi mendapatkan id akses dan kata laluan. Mohon rujuk tunjuk cara pendaftaran dengan mengklik panduan pendaftaran di laman dbpsahbahasa.my.

Sekian. Terima kasih.
Lain-lain09.07.2018
Adakah ayat-ayat di bawah betul? 1. Apakah yang emak sedang membuat? 2. Apakah yang emak sedang buat? 3. Apakah yang sedang dibuat oleh emak?

Puan Ng,

Ayat yang betul ialah 'Apakah yang sedang dibuat oleh emak?' 

Tatabahasa21.06.2010
saya inhin buat pengesahan ke atas papan tanda perniagaanPermohonan pengesahan bahasa Melayu dalam iklan boleh dibuat secara dalam talian melalui laman web dbpsahbahasa.my. Sila Daftar Akaun (rujuk Panduan Pendaftaran) dan aktifkan akaun. Log masuk setelah akaun diaktifkan.

Pilih DAFTAR PERMOHONAN > DAFTAR IKLAN, isi maklumat permohonan (rujuk Panduan Pelanggan), Jenis iklan:  Papan premis kedai/pejabat/syarikat  (atau yang berkaitan), pilih PBT dan klik “Pilih”. Pastikan Jumlah bayaran menjadi RM10.00 atau RM30.00 bergantung pada jenis iklan yang dipilih. Muat naik visual iklan mengikut format,  klik SIMPAN.

Makluman Tahniah Pendaftaran Iklan XXX Berjaya akan dipaparkan.

Sila buat bayaran setelah menerima makluman tersebut supaya iklan dapat diproses.
Lain-lain28.05.2022
12345678910

Kembali ke atas