Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[di.di/] | ديديقبر

Definisi : 1. pelihara, jaga (dgn hati-hati), ajar; ayam ~ ayam yg tidak beribu (dipelihara drpd kecil); 2. sl, bd anak-anak yg baru remaja: harta yg Duli Tuanku kurniakan dahulu, sekarang sudah dihabiskan oleh ~ itu utk bersuka ria; mendidik menjaga (memelihara dsb) dan melatih (mengajar dll) baik-baik: ~ kanak-kanak bukan satu perkara yg boleh di­pandang ringan; terdidik mendapat latihan (pengajaran dll), terlatih: sebelum perang dahulu banyak mahasiswa kita yg ~ di tanah Inggeris; didikan 1. kaedah mendidik: salah ~ boleh merosakkan anak-anak apabila mereka besar kelak; 2. yg dididik (diajar, dilatih, dll): masa depan bagi kanak-kanak ~ sekolah Melayu kini terjamin; 3. = pendidikan; pendidikan 1. perihal mendidik: ~ kanak-kanak cacat belum diperluas lagi di negara kita; 2. = ilmu ~, ilmu didik, ilmu mendidik pengetahuan mendidik: ia mahu mendalami lagi pelajarannya dlm hal ~ kanak-kanak; 3. didikan, latihan, ajaran: merosotnya moral pemuda-pemudi kita ialah kerana kurang mendapat ~ rohani ketika di bangku sekolah; berpendidikan mendapat pendidikan (la­tihan): kaum intelek Melayu yg ~ Barat masih ragu-ragu akan kemungkinan bahasa Me­layu dijadikan bahasa rasmi; pendidik orang yg mendidik, guru: sekarang Ali bertugas sbg ~ di sebuah sekolah di Kelantan; kependidikan hal (sifat dsb) yg berkaitan dgn pendidik. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[di.di/] | ديديقبر

Definisi : ; mendidik menjaga dan mengajar (melatih dll) baik-baik: Ibu bapa harus ~ anak-anak mereka sejak kecl lagi. terdidik mendapat latihan (asuhan, pengajaran dll) yg sempurna; terlatih: Dia inilah salah seorang murid yg ~. didikan 1 cara mendidik: ~ yg salah dpt menyesatkan penuntut-penuntut sekolah. 2 hasil mendidik; yg dididik: Murid-muid ~ sekolah agama sangat bagus tatatertibnya. 3 latihan; ajaran: Kekurangan ~ dlm bidang agama menyebabkan banyak remaja yg tidak bermoral. pendidikan perihal atau perbuatan mendidik: ~ anak-anak cacat memerlukan kesabaran dan kesungguhan. berpendidikan mendapat didikan (latihan); berpengetahuan: Orang-orang yg ~ tinggi selalunya disanjung oleh orang ramai. pendidik orang yg mendidik; guru. kependidikan hal atau sifat yg berkaitan dgn pendidik. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata didik


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera, anak-anak didik saya pernah menghujani saya seribu satu kemusykilan tatabahasa. Antaranya berhubung dengan kata kerja transitif yang berawalan meN- and berapitan meN-...-kan. Contohnya: ... menunda sinonim dengan menangguhkan ... memupuk sinonim dengan menyemaikan ... membasmi sinonim dengan menghapuskan Soalnya, mengapakah KKtr menunda, memupuk dan membasmi tidak boleh menerima akhiran -kan walaupun membawa makna yang sama? Sekian, Kay Seven Bukit Mertajam, Pulau Pinang.Salam sejahtera,

Untuk makluman, pihak kami bersetuju dengan pandangan yang diberikan kerana sememangnya contoh-contoh yang diberikan bersinonim. Akan tetapi, hanya bersinonim dalam kontes tertentu sahaja dan bukannya 100% peratus kerana ada perkataan yang membawa maksud yang sama dan ada juga yang tidak sama. Hal ini disebabkan, sesuatu perkataan itu mempunyai makna yang pelbagai.
Tatabahasa20.12.2016
apakah makna mengempelas? ini soalan dalam akhbar didik.

Saudara,

Perkataan mengempelas daripada perkataan empelas membawa maksud melicinkan dgn daun (kertas) empelas. Sila rujuk Kamus Dewan Edisi  Keempat.

Makna02.02.2010
Saya membuat langganan majalah dewan pelajar selama setahun hingga Julai 2020. Alamat penghantaran majalah didik saya adalah di Tingkat 6, Bahagian Teknologi Maklumat, Ibu Pejabat MARA, 21 Jalan MARA, 50609 KL. Memandangkan perintah kawalan oleh kerajaan yang bermula dari 18/3 hingga 28/4/2020, saya ingin membuat permohonan pada pihak tuan supaya penghantaran majalah tersebut boleh di buat di alamat saya yang telah didaftarkan dalam rekod pendaftaran pengguna sistem dbp. Harapan saya semoga tindakan ini dapat dilakukan segera memandangkan anak saya amat memerlukan majalah tersebut sebagai bahan ulangkaji untuk UPSR pada tahun ini. Terima kasih.Salam sejahtera, PENANGGUHAN SEMENTARA OPERASI PEMBELIAN BUKU DBP SEPANJANG TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) Dimaklumkan bahawa sepanjang tempoh PKP ini urusan pembelian buku/majalah dalam talian dan di kedai buku DBP ditangguhkan operasi buat sementara waktu. Segala kesulitan berhubung perkara di atas amat dikesali dan pihak kami memohon maaf. Sekian, terima kasih.Lain-lain10.04.2020
Assalamualaikum wtw, saya Sharifah Zubaida binti Ahmad, sedang menuntut di UPSI dan merupakan anak didik Dr. Halim Ali. Saya ingin bertanya kepada En.Ruslan mengenai apakah peranan DBP dalam mengembangkan sastera melalui majalah. Majalah yang saya maksudkan ialah Dewan Bahasa, Dewan siswa dan sebagainya. saya berharap pihak DBP dapat menjawab soalan yang saya ajukan ini. Kerjasama daripada pihak tuan amatlah saya hargai. Terima kasih.

Antara fungsi utama penubuhan DBP ialah memperkembang bakat sastera, khususnya dalam bahasa kebangsaan. Berdasarkan fungsi tersebut, DBP berperanan secara langsung terhadap usaha memperkembang bakat sastera dan memasyarakatkan sastera dalam kalangan rakyat melalui pelbagai wahana termasuklah penerbitan buku dan majalah. Majalah antara wahana yang dekat dengan pelbagai lapisan masyarakat khususnya golongan pendidik/pelajar, secara tidak langsung membantu usaha memupuk minat dan bakat dalam bidang kesusasteraan seperti penulisan, pembacaan, penghasilan karya, kebudayaan dan sebagainya. Untuk maklumat lanjut, kami cadangkan saudara berkunjung ke Pusat Dokumentasi Melayu, DBP dan rujuk artikel majalah serta kertas kerja seminar yang berkaitan dengan tajuk berkenaan.

Sastera04.03.2011
Sila tujukan pesanan ini kepada pengendali/pengelola Gerbang Kata, jadikannya lebih mesra pengguna. Tiada maklum balas e-mel langsung. Didik rakyat Malaysia cara menyarankan kata melalui platform tersebut. Sekarang ini sukar kerana untuk melihat saran baharu pun kena taip sendiri pautan http://ekamus.dbp.gov.my/Kata.aspx kerana tiada langsusng butang untuk ke sana.Aduan tuan tentang masalah teknikal Gerbang Kata telah kami salurkan kepada pihak yang berkenaan. Untuk sebarang pertanyaan tentang Gerbang Kata, hubungi Tuan Haji Abu Bakar Buyong melalui talian 03-21479388.Lain-lain20.04.2019
Salam 1Malaysia, saya memang menyedari bahawa frasa adjektif 'paling baik sekali' memang menyalahi hukum tatabahasa Melayu. Walakin, baru-baru ini anak didik saya menyatakan bahawa frasa tersebut boleh diterima pakai mengikut guru bahasanya. Adakah pernyataannya betul ataupun sebaliknya. Sila berikan penjelasan yang jelas untuk menegakkan kesahihan pernyataannya. Sekian. Munsyi K'SevenTerdapat tiga jenis kata penguat: A. kata penguat hadapan, iaitu yang terletak di hadapan frasa atau kata adjektif. Contoh: terlalu, paling, agak, cukup; contoh ayat: pokok itu terlalu tinggi; masakannya paling enak;pemandangan di tasik itu cukup indah; harga emas makin mahal; jawapannya kurang tepat;B. Kata penguat belakang, iaitu kata yang letaknya di belakang kata adjektif. Contohnya: sekali, benar, betul dan nian. Contoh ayat: kelakuannya baik sekali; lambat benar dia datang; indah nian istana bunian; keputusan peperiksaannya buruk betul; C. Kata penguat bebas, iaitu letaknya boleh di hadapan atau di belakang kata adjektif. Contoh: amat, sangat, dan sungguh.Tatabahasa28.03.2013
Assalam, Adakah educational game bermaksud permainan edukatif? jika salah mohon berikan cadangan maksud yang sesuai. terima kasih.Educational game boleh diterjemahkan kepada mainan didik, iaitu permainan yang bertujuan untuk mendidik.Penyemakan dan penterjemahan11.03.2019
Asalamualaikum.. Saya ingin mendapatkan kaedah yang paling mudah bagi menerangkan perubahan terkini dalam tulisan jawi. Ini amat penting dalam perkongsian idea terutama guru di daerah saya dan sudah tentulah anak-anak didik di sekolah. Terima Kasih.Soalan saudara terlalu umum, apa yang dapat kami maklumkan sebarang perubahan yang dilaksanakan dalam sistem tulisan Jawi adalah untuk memantapkan lagi sistem ejaan berkenaan. Pembaharuan yang dibuat selaras dengan zamannya bagi menjadikan ejaan Jawi lebih sistematik dan terancang. Kami cadangkan juga saudara rujuk buku Daftar Kata Bahasa Melayu: Rumi - Sebutan - Jawi, Edisi Kedua, terbitan DBP, 2008Penyelidikan05.04.2011
1.Bolehkah menggunakan kata serapan seperti, edutainment, infotainment. 2.Jika tidak, bolehkah dikhususkan makna sebenar dalam bahasa melayu? 3. Adakah DBP KL mempunyai sebarang koleksi perkataan yang terbaharu seperti di atas. terima kasih

Padanan bahasa Melayu untuk istilah edutainment ialah didik hibur dan padanan untuk infotainment ialah maklumat hibur. Kedua-dua istilah ini terdapat dalam bidang Teknologi Maklumat. Untuk makluman DBP telah menerbitkan pelbagai kamus istilah, glosari istilah dan daftar istilah dalam pelbagai bidang ilmu seperti Teknologi Maklumat, Teknologi Angkasa dan sebagainya. Buku ini boleh dibeli di Kedai Buku Koperasi DBP atau wakil penjual buku DBP yang lain.

Istilah13.01.2011
Saya guru Kesusasteraan Melayu.Saya amat berbesar hati jika pihak DBP dpt brkerjasama untuk meningkatkn pdp guru-guru kesusasteraan melayu.Saya ada cadangan .Antaranya : 1.Sesi dialog terbuka dgn penulis teks novel kesusasteraan melayu Saya sudi memberikn kerjasama sekiranya pihak tuan dpt merealisasikn hasrat saya ini demi kepentingan anak didik dan martabat subjek kesusasteraan melayu. No.telefon saya 012 4941273.Kami mencadangkan tuan menghubungi Ketua Bahagian Pembinaan Bakat dan Kepakaran DBP, Puan Hajah Siti Aisah Murad, melalui talian 03-2147 9222, e-mel aisah@dbp.gov.my.Lain-lain28.05.2015
12

Kembali ke atas