Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata diedarkan


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
THE MALAY PRESS

THE MALAY PRESS, pencetak. The Malay Press atau Percetakan Melayu, Kuala Pilah ditubuhkan pada tahun 1946 oleh Abdul Ghani Abdullah. Buku-buku yang dicetak oleh The Malay Press diterbit dan diedarkan sepenuhnya oleh The Sentosa Store yang juga terletak di Kuala Pilah. Buku-buku dan majalah tersebut diedarkan ke seluruh Tanah Melayu, Singapura, Indonesia, Brunei dan Borneo. Turut juga diedarkan ke wilayah berbahasa Melayu di selatan Thailand dan di beberapa buah negara di Asia Barat di mana terdapat pelajar Melayu menuntut di sana. Buku-buku yang dicetak oleh The Malay Press meliputi buku bercorak agama, novel (roman), buku pengetahuan dan pendidikan, dan majalah Juita.

SASTERAInstitusi/Organisasi
DUIT SYILING MALAYSIADUIT SYILING MALAYSIA, wang syiling yang digunakan di Malaysia. Duit syiling mula diedarkan oleh Bank Negara Malaysia pada 12 Jun 1967 dengan nilai 1 sen, 5 sen, 10 sen, 20 sen dan 50 sen. Duit syiling yang bertarikh tahun 1967 hingga tahun 1970 dikeluarkan di Royal Mint, London dan Hamburg Mint, Jerman. Pada tahun 1971, Bank Negara Malaysia mengeluarkan duit syiling yang dikeluarkan di Shah Alam, Selangor.SEJARAH DAN ARKEOLOGIAlat/Alatan

Kembali ke atas