Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[diet] | ديئت

Definisi : 1. makanan dan minuman yg biasanya diambil oleh sesuatu kumpulan, seseorang individu, atau seseekor binatang; 2. jenis dan banyaknya makanan yg ditetapkan utk se­seorang atau seseekor binatang utk tujuan tertentu (spt mengawal berat badan dll): ~ seimbang; pakar ~ pakar dlm kajian saintifik tentang pengambilan, penyediaan, dan pe­ngawalan makanan; berdiet makan dan minum mengikut per­aturan yg ditetapkan: dia terpaksa ~ utk me­ngurangkan berat badannya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[diet] | ديئت

Definisi : /diét/ 1 makanan dan minuman biasa yg dimakan oleh manusia atau binatang. 2 makanan yg dihadkan utk seseorang atas sebab-sebab kesihatan. 3 = berdiet berpantang atau mengehadkan makanan tertentu; membatasi makanan: Dia ~ kerana ingin mengekalkan bentuk badannya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata diet


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah padanan bagi "weaning diet". Melalui semakan kami, perkataan "weaning" ialah "bercerai susu". Oleh itu, adakah "weaning diet" ialah "diet bercerai susu" dan apakah yang dimaksudkan.

Padanan yang sesuai bagi istilah weaning diet ialah makanan pelengkap iaitu makanan pepejal yang diperkenalkan kepada bayi berusia enam bulan yang masih menyusu untuk menambahkan nutrisi. Diet bercerai susu bermaksud bayi diperkenalkan makanan selain susu ibunya dengan pengambilan diet yang seimbang atau mengikut peraturan pemakanan yang ditetapkan.

Istilah18.07.2021
Selain 'serabut diet", bolehkah "Serat Makanan" digunakan untuk "dietary fibre"? Sekian, terima kasih.Istilah "dietary fibre" boleh diterjemahkan sebagai "serabut diet", "serat diet" atau "serat pemakanan". Namun, padanan ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa.Istilah25.05.2022
Adakah perkataan "progressively diversified diet' dalam ayat di bawah ini diberikan padanan yang betul? Processed cereal-based foods for infants and young children 391. (1) Processed cereal-based foods for infants and young children— (a) are intended for feeding infants as a complementary food generally from the age of six months onwards, taking into account infants’ individual nutritional requirements, and for feeding young children as part of a progressively diversified diet; Makanan diproses yang berasaskan bijirin untuk bayi dan kanak-kanak kecil 391. (1) Makanan diproses yang berasaskan bijirin untuk bayi dan kanak-kanak kecil— (a) adalah bertujuan untuk diberi makan kepada bayi sebagai makanan pelengkap biasanya daripada umur enam bulan ke atas, dengan mengambil kira keperluan pemakanan bayi secara individu, dan untuk diberi makan kepada kanak-kanak kecil sebagai sebahagian daripada diet progresif pelbagaiPadanan bahasa Melayu yang sesuai bagi progressively diversified diet ialah diet perkembangan pelbagai atau diet tumbesaran pelbagai.Penyemakan dan penterjemahan22.07.2021
Yang mana lebih betul? "Serat Diet" atau "Serat Pemakanan""Serat Diet" dan "Serat Pemakanan", kedua-duanya betul tetapi sebaik-baiknya utamakan bahasa Malaysia, justeru yang terbaik ialah "Serat Pemakanan"Tatabahasa10.10.2007
Melalui semakan kami, “formula dietary food” dipadankan dengan “rumusan diet”. Kenapakah perkataan “food” tidak disebut atau dipadankan dengan apa-apa padanan? Sebagai perbandingan istilah “customer formula feed” dalam istilah Veterinar PRPM dipadankan dengan “makanan rumusan pelanggan”.Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat,

Definisi "diet":
1. makanan dan minuman yg biasanya diambil oleh sesuatu kumpulan, seseorang individu, atau seseekor binatang;
2. jenis dan banyaknya makanan yg ditetapkan utk se­seorang atau seseekor binatang utk tujuan tertentu.

Berdasarkan istilah bahasa Inggeris, dietary bertindak sebagai kata sifat yang menjadi penerang kepada sesuatu kata seperti dietary food. Walau bagaimanapun, pembentukan dalam bahasa Melayu akan menjadi lewah sekiranya formula dietary food dipadankan dengan "rumusan makanan diet". Padanan yang tepat bagi formula dietary food ialah rumusan diet.

Lain-lain27.07.2021
apakah yang dimaksudkan dengan "pengaruh iklan dan pemasaran terhadap diet dan pemakanan kanak-kanak" dari segi hurufiah dan konseptual....

Apa yang boleh kami bantu ialah menakrifkan kata demi kata (merujuk Kamus Dewan), iaitu: pengaruh = kuasa yg terbit drpd orang (benda dll) atas orang (benda dll) lain, kekuatan batin (ghaib dll) yg meninggalkan kesan pd orang (lain) dll; iklan = pemberitahuan kpd orang ramai melalui surat khabar, TV, radio, dll; pemasaran = perihal atau perbuatan memperdagangkan; terhadap = berkenaan, mengenai, tentang; diet = 1. makanan dan minuman yg biasanya diambil oleh sesuatu kumpulan, seseorang individu, atau seseekor binatang; 2. jenis dan banyaknya makanan yg ditetapkan utk seseorang atau seseekor binatang utk tujuan tertentu (spt mengawal berat badan dll); pemakanan = 1. jenis-jenis makanan yg lazimnya dimakan atau ditentukan utk dimakan, pilihan jenis-jenis makanan seseorang dll 2. perbuatan (proses) makan; kanak-kanak =  budak lelaki atau perempuan yg masih kecil (biasanya yg belum berumur lebih drpd 7 atau 8 tahun). Untuk maksud keseluruhan frasa sila rujuk artikel atau buku yang ditulis tentang perkara tersebut.

Makna02.07.2008
Yang mana lebih senang untuk memahami, "Serat Diet" atau "Serat Pemakanan"?yang lebih mudah difahami ialah "Serat Pemakanan", merujuk jenis-jenis makananTatabahasa10.10.2007
Terjemahan bahasa - Resepi - Loli Beku TembikaiJawapan the- teh masuk - masukkan dari - daripada dietitian - pakar dietEjaan25.01.2013
Selamat pagi, bolehkah saya tanya sama ada ayat di bawah menepati hukum tatabahasa? Terima kasih. 1) Antara tingkah laku yang bersopan ialah menghormati orang tua. 2) Salah satu cara untuk mengamalkan gaya hidup sihat ialah mengambil diet makanan yang seimbang.Ayat yang betul ialah
1. Antara tingkah laku yang sopan ialah menghormati orang tua.
2. Salah satu cara untuk mengamalkan gaya hidup yang sihat ialah mengambil diet seimbang.
Tatabahasa23.07.2019
1. Adakah terdapat perkataan 'pakar nutrisi' ? Jika ada, apakah maksudnya? 2. Apakah panggilan bagi seseorang yang mahir dan pandai dalam bidang diet dan pemakanan ?Dalam bidang perubatan Nutrition Officer diterjemahkan kepada Pegawai Pemakanan, maka orang yang ahli dalam hal berkenaan boleh digelar Pakar Pemakanan.Lain-lain15.04.2015
12

Kembali ke atas