Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[diet] | ديئت

Definisi : 1. makanan dan minuman yg biasanya diambil oleh sesuatu kumpulan, seseorang individu, atau seseekor binatang; 2. jenis dan banyaknya makanan yg ditetapkan utk se­seorang atau seseekor binatang utk tujuan tertentu (spt mengawal berat badan dll): ~ seimbang; pakar ~ pakar dlm kajian saintifik tentang pengambilan, penyediaan, dan pe­ngawalan makanan; berdiet makan dan minum mengikut per­aturan yg ditetapkan: dia terpaksa ~ utk me­ngurangkan berat badannya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[diet] | ديئت

Definisi : /diét/ 1 makanan dan minuman biasa yg dimakan oleh manusia atau binatang. 2 makanan yg dihadkan utk seseorang atas sebab-sebab kesihatan. 3 = berdiet berpantang atau mengehadkan makanan tertentu; membatasi makanan: Dia ~ kerana ingin mengekalkan bentuk badannya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata diet


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
DIET

Diet ialah makanan dan minuman yang diambil

oleh seseorang secara tetap setiap hari. Perkataan

diet juga merujuk kepada amaun atau jenis makanan

yang diperlukan untuk tujuan khusus, seperti

mengurangkan atau menambahkan berat.

UMUM 
AHLI DIET

Ahli diet ialah orang yang merancang menu dan

menyelia penyediaan makanan. Lihat Diet;

Pemakanan.

UMUM 
IMPERIAL DIETMerujuk kepada Majlis Badan Perundangan Negara Jepun atau lebih dikenali sebagai Japanese Kokai (Dewan kebangsaan) dan Teikoku Gikai (Dewan Imperial).SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
DIET KANAK-KANAK

Diet kanak-kanak, makanan dan minuman yang sepatutnya diambil oleh kanak-kanak. Diet kanak-kanak penting kerana peringkat kanak-kanak merupakan peringkat pertumbuhan dan pembesaran.

PEMAKANANKaedah
DIET REMAJA

Diet remaja ialah pengambilan, pengawalan dan penyediaan makanan bagi golongan remaja.

PEMAKANANKaedah
DIET BAYI

Diet bayi ialah pengambilan, pengawalan dan penyediaan makanan yang penting untuk bayi.

PEMAKANANKaedah
DIET SEMASA LAKTASI

Diet semasa laktasi ialah makanan dan minuman yang perlu diambil oleh seseorang ibu selepas bersalin atau semasa dalam penyusuan. Laktasi merupakan perembesan susu daripada kelenjar susu.

PEMAKANANKaedah
DIET KUMPULAN DEWASA

Diet kumpulan dewasa ialah pengambilan, pengawalan dan penyediaan makanan bagi golongan dewasa.

PEMAKANANKaedah
DIET IBU HAMIL

Diet ibu hamil ialah pengambilan, pengawalan dan penyediaan makanan bagi golongan wanita yang mengandung.

PEMAKANANKaedah
DIET SEMASA DAN SELEPAS SAKIT

Diet semasa dan selepas sakit ialah makanan dan minuman yang perlu diambil oleh orang yang berada dalam keadaan tidak sihat.

PEMAKANANKaedah
123

Kembali ke atas