Selamat sejahtera. Terang tentang digraf dan diftong secara terperinici. Adakah diftong dibahagi dua iaitu, diftong dan bukan diftong? Bagaimana mengenali bukan diftong? Adakah "oi" termasuk dalam diftong? | Digraf ialah dua huruf berturut-turut yang mewakili satu bunyi seperti ng, ny dan sy. Digraf juga disebut dwihuruf, dwilambang atau huruf rangkap. Diftong ialah gabungan dua bunyi vokal yang disebut dalam satu suku kata akibat perubahan kedudukan lidah seperti ai, au, dan oi dalam perkataan pandai, pulau dan amboi. Satu lagi bentuk yang hampir sama ialah vokal berganding, tetapi vokal berganding berbeza daripada diftong yang dilafazkan sebagai satu bunyi contohnya kuih, buih, air dan laut. Untuk maklumat lanjut rujuk buku Tatabahasa Dewan, Edisi Ketiga. | Tatabahasa | 20.02.2013 |
diftong: air, aiskrim, kaloi (diftong atau vokal berganding?) jika rujuk kepada Kamus Tatabahasa (ms301), "air" merupakan contoh diftong awalan. Namun penjelasan dalam webpage DBP, "air" bukan diftong. Begitu juga dengan "kaloi", adakah "kaloi" itu diftong. Buku teks BM SJK(C), kaloi merupakan diftong. Adakah terdapat senarai lengkap perkataan diftong? Sekian, segala kerjasama dan perhatian pihak tuan, saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih. Puan Tang | Air dan ais (ais krim) bukanlah diftong, sebaliknya vokal rangkap. Terdapat kesilapan dalam halaman 301, buku Tatabahasa Dewan dan maklumat ini akan diperbetulkan dalam terbitan buku tatabahasa yang akan datan. Perkataan kaloi ialah diftong sama seperti amboi. | Tatabahasa | 20.01.2014 |
adakah "buai", "buaian", "cuai" diftong | Diftong ialah gabungan dua bunyi vokal yang disebut dalam satu suku kata akibat perubahan kedudukan lidah seperti ai, au, dan oi dalam perkataan pandai, pulau dan amboi. Perkataan buai, buaian dan cuai adalah diftong. | Tatabahasa | 07.03.2017 |
Perkataan 'pau' Dan 'bau' merupakan vokal berganding atau diftong? | Diftong ialah gabungan dua bunyi vokal yang disebut dalam satu suku kata akibat perubahan kedudukan lidah seperti ai, au, dan oi dalam perkataan pandai, pulau dan amboi. Dalam data rujukan kami, au dalam bau (merujuk tempat di Sarawak) dan pau (merujuk kuih) ialah diftong, manakala bau (merujuk hidu) merupakan gabungan vokal/vokal rangkap, iaitu dua huruf vokal yang berdiri secara terasing apabila dipecahkan mengikut suku kata. | Tatabahasa | 31.03.2016 |
apakah yang dimaksudkan dengan 'bunyi diftong' | Diftong gabungan dua bunyi vokal yang disebut dalam satu suku kata akibat perubahan kedudukan lidah seperti ai, au, dan oi. | Tatabahasa | 01.06.2011 |
Berkaitan Diftong, kenapa suku kata diftong ditulis seperti kv+kvv bagi perkataan 'damai' misalnya. Mengapa ia tidak ditulis seperti kv+k+v?..Mohon penjelasan dan contoh judul buku yang sesuai untuk rujukan berkaitan perkara ini. Terima Kasih | Binaan suku kata untuk perkataan "DAMAI" ialah KV + KVV. Diftong ialah gabungan dua bunyi vokal yang disebut dalam satu suku kata akibat perubahan kedudukan lidah. Bunyi dan binaan kata perkara yang berbeza. Saudara boleh merujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga dan Daftar Kata Bahasa Melayu Rumi-Sebutan-Jawi. | Tatabahasa | 18.02.2013 |
bolehkah diftong diterima sebagai vokal berganding | Diftong ialah gabungan dua bunyi vokal yang disebut dalam satu suku kata akibat perubahan kedudukan lidah seperti ai, au, dan oi. Vokal berganding berbeza daripada diftong yang dilafazkan sebagai satu bunyi. Vokal berganding berbeza daripada diftong yang dilafazkan sebagai satu bunyi. Perkataan yang dieja dengan vokal berganding ialah kuih, buih, air dan laut. | Tatabahasa | 02.03.2013 |
kebiasaannya diftong berada di belakang sesuatu perkataan.bolehkah diftong berada di tengah atau depan sesuatu perkataan.kenapa? | Diftong boleh berada di hadapan dan tengah terutamanya bagi kata pinjaman seperti oidium, audit dan tesaurus. | Tatabahasa | 02.03.2013 |
au pada perkataan beliau ialah vokal berganding atau diftong? Terima kasih! | Diftong ialah gabungan dua bunyi vokal yang disebut dalam satu suku kata akibat perubahan kedudukan lidah seperti ai, au, dan oi. | Tatabahasa | 23.12.2015 |
Adakah ejaan 'ai' dalam perkataan 'Malaikat' merupakan diftong? Atau itu merupakan vokal berganding? Terima kasih. | Untuk makluman, ai merupakan diftong. Hal ini disebabkan diftong merupakan gabungan dua bunyi vokal yang disebut dalam satu suku kata akibat perubahan kedudukan lidah seperti ai, au, dan oi dalam perkataan pandai, pulau dan amboi. Satu lagi bentuk yang hampir sama ialah vokal berganding, tetapi vokal berganding berbeza daripada diftong yang dilafazkan sebagai satu bunyi contohnya kuih, buih, air dan laut. Untuk maklumat lanjut rujuk buku Tatabahasa Dewan, Edisi Ketiga. | Tatabahasa | 28.12.2015 |