jam induk(master clock) | 1. Peranti elektronik yang menjanakan isyarat pemasa yang digunakan sebagai rujukan bagi semua pengendalian komputer yang segerak. 2. Isyarat pemasa yang digunakan sebagai rujukan utama bagi semua pengendalian komputer atau sistem segerak. | Kamus Komputer |
sela(gap) | 1. Ruang kecil dalam bahan rakaman, seperti pita atau cakera bermagnet, yang sengaja tidak disi dengan data dan digunakan sebagai pemisah perkataan, rekod, atau fail. 2. Jeda masa atau ruang yang digunakan sebagai penanda tamat perkataan, tamat rekod, atau tamat fail. 3. Ruang antara kepala pembaca atau kepala perakam dengan bahan rakaman seperti pita, cakera atau tong bermagnet. | Kamus Komputer |
pembanding(comparand) | Unsur yang digunakan sebagai rujukan untuk membandingkan unsur yang lain. | Kamus Komputer |
bicu(jack) | Peranti yang digunakan sebagai kepala pada hujung kabel. Peranti ini juga dibuat untuk disumbatkan ke dalam palam sesuatu sistem. | Kamus Komputer |
pembatas(delimiter) | Sebarang aksara yang digunakan sebagai batas rentetan aksara. | Kamus Komputer |
nama(name) | Rentetan aksara yang digunakan sebagai kod unik bagi membeza-bezakan peranti, atur cara, kenyataan, data, atau sistem. | Kamus Komputer |
unsur kod(code element) | Unsur yang digunakan sebagai salah satu kod dalam satu sistem pengekodan. | Kamus Komputer |
tetikus(mouse) | Peranti input komputer yang digunakan sebagai penunjuk untuk mengawal kursor dan untuk memilih objek. Tetikus berbentuk kotak kecil yang biasanya bersambung melalui dawai dengan terminal komputer. Tetikus biasanya mempunyai satu, dua, atau tiga butang pada bahagian kepala tetikus. Butang ini ditekan untuk membuat pilihan objek yang ditunjukkan oleh tetikus pada skrin. | Kamus Komputer |
kata semak(checkword) | Kata pilihan yang digunakan sebagai rujukan bagi proses semakan. | Kamus Komputer |
alamat(address) | Kod pengenalan unik yang digunakan sebagai nama atau tanda pembeza bagi suatu kedudukan ingatan, daftar, atau liang input-output dalam sesuatu sistem. | Kamus Komputer |