1. Apakah maksud Integrity, Trustworthy & Sustainability? 2. Adakah Integrity, Trustworthy & Sustainability boleh dijadikan sebagai tema sesuatu persidangan? 3. Yang manakah lebih sesuai untuk dijadikan sebagai tema persidangan : - Integrity, Trustworthy & Sustainability; atau - Integrity...Sustainable...Trust... | Kesesuaian menentukan tema persidangan terletak pada budi bicara pihak penganjur persidangan. Mohon tuan/puan memberikan terjemahan tema persidangan dalam bahasa Melayu untuk kami semak dari segi kesesuaian penggunaannya dalam bahasa Melayu. | Penyemakan dan penterjemahan | 06.04.2017 |
salam sejahtera,saya ingin bertanya sekiranya saya mempunyai hasil karya,bagaiman saya menghantar karya saya tersebut dan dijadikan sebagai satu karya dan boleh dijadikan sebagai hasil karya jualan kepada masyarakat? | Soalan sdr kurang jelas. Walau bagaimanapun DBP boleh menerima karya sdr untuk diterbitkan. Pihak sdr boleh menghantar karya tersebut ke Jabatan Penerbitan, Tingkat 19, Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, Kuala Lumpur. Walau bagaimanapun sdr perlu menyatakan hasil karya tersebut. Jamlah halaman manuskrip, bidang tulisan dan menyatakan biodata diri penulis. Jabatan Penerbitan terdiri dari bebarapa bahagian penerbitan iaitu Bidang Sains Sosial dan Kemanusiaan, Bidang Sains dan Teknologi dan Agama. | Lain-lain | 07.12.2009 |
Adakah perkataan `adalah` boleh dijadikan sebagai permulaan ayat?mengapa?bagaimana? apakah maksud bagi seperti katak diharung ular? | Dalam bahasa Melayu, kata pemeri tidak boleh digunakan di hadapan ayat. 'adalah' ialah kata pemeri. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Baharu. | Tatabahasa | 11.09.2008 |
Selamat pagi, Adakah perkatan "maka" boleh dijadikan sebagai penanda wacana? Jika ya, adakah ia disertai tanda koma selepasnya? Cth: Maka perempuan-perempuan yang solehah itu ialah ialah yang taat (kepada Allah dan suaminya) ... Terima kasih. | Kata "maka" ialah penanda wacana yang menghuraikan contoh. Penggunaannya adalah seperti "Maka, perempuan yang solehah itu ialah ..." | Tatabahasa | 24.09.2020 |
Hardian Nugraha Saya hendak bertanya? Sejak kapan bahasa malaysia dijadikan sebagai bahasa nasional , ti mungkin tidak ya dulu isi sumpah pemuda (sebelum indonesia merdeka) malaysia masuk wilayah indonesia Ety Nur Hayati | Perkara 152, Perlembagaan Malaysia memperuntukkan bahasa kebangsaan di Malaysia ialah bahasa Melayu. | Lain-lain | 09.09.2015 |
Apakah padanan bagi sprinkles dalam Bahasa Melayu? Taburan rasanya tidak begitu tepat. Selalunya sprinkles ini untuk membuat kek dan dijadikan sebagai hias atas bagi kek. | Menurut Kamus Inggeris-Melayu Dewan, perkataan "sprinkle" bermaksud menabur atau merenjis. Dalam konteks yang dinyatakan, padanan perkataan yang sesuai untuk "sprinkles" ialah taburan berdasarkan Kamus Pelajar Edisi Kedua yang bermaksud sesuatu yang bertabur atau yang ditabur. | Makna | 28.03.2019 |
perkataan english 'feacal', 'fecal' dan 'feces', apakah perkataan bahasa melayu paling tepat untuk menterjemahkan setiap satu nya? mengapa tidak dijadikan sebagai salah satu bahasa melayu terutamanya perkataan 'faecal'? | Ketiga-tiga kata yang diberikan mempunyai makna yang sama,iaitu tahi atau tinja. | Makna | 24.01.2008 |
Soalan saya yang bertarikh pada bulan 9 masih belum terjawab, izinkan saya bertanyakan soalan tersebut semula. Selamat pagi, Adakah perkatan "maka" boleh dijadikan sebagai penanda wacana? Jika ya, adakah ia disertai tanda koma selepasnya? Cth: Maka perempuan-perempuan yang solehah itu adalah yang taat (kepada Allah dan suaminya) ... Terima kasih. | "Maka" merupakan penanda wacana bagi penanda penghubung yang menunjukkan urutan masa atau siri berlakunya sesuatu. Ia tidak perlu disertakan tanda koma. | Tatabahasa | 02.10.2020 |
Boleh saya dapatkan terjemahan perkataan ini dalam bahasa Melayu: 1. 4-aminophenazone 2. Ethylenediaminetetraacetic acid disodium salt dihydrate 3. Catalyses Bolehkah saya menambah imbuhan untuk dijadikan sebagai kata kerja bagi perkataan yang diterjemahkan sperti di bawah: 1. Dikatalisiskan (daripada catalyse) 2. Dihomogenkan (daripada homogenous) 3. Divorteks (daripada vortex) | 1. Aminophenazone - aminofenazola 2. Istilah Ethylenediaminetetraacetic acid disodium salt dihydrate tidak ada dalam sumber rujukan, cadangan kami Asid etilenediaminetetra dinatrium garam dihidrat. 3. Boleh diletak imbuhan asalkan sesuai dengan konteks makna istilah tersebut. | Istilah | 06.08.2012 |
salam sejahtera, Saya ingin kepastian tentang pengguanaan tanda koma(,) sebelum perkataan 'dan'. Adakah setiap kali sebelum 'dan' mesti diletak koma atau terdapat kriteria tertentu yang boleh dijadikan sebagai panduan sama ada perlu letak koma atau tidak. Adakah menjadi kesalahan jika tidak meletak koma sebelum 'dan'? | Penggunaan tanda koma sebelum "dan" lebih kepada gaya penulisan, boleh ada atau tiada. Penggunaan koma sebelum "dan" biasanya digunakan apabila menyenaraikan kategori, contohnya Emak ke kedai membeli, ikan, sotong, dan surat khabar. | Tatabahasa | 01.04.2013 |