Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[dik.si] | ديکسي

Definisi : (Lin) pemilihan dan penggunaan kata yg tepat dan berkesan utk mengungkapkan idea (peristiwa dll) secara bertulis atau lisan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata diksi


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Ciri-ciri penulisan karangan yang berkualiti berfokuskan kepada pemilihan kata(diksi) 1/ Definisi diksi 2/ Ciri-ciri penulisan 3/ Contoh penulisanDiksi ialah pemilihan atau penggunaan kata yang tepat untuk menmgungkapkan idea secara bertulis atau lisan. Ciri-ciri penulisan yang baik ialah mempunyai wacana yang jelas, tepat, betul, lengkap, koheran, kohesi; juga mengggunakan bahasa yang betul dari segi tatabahasa, ejaan, istilah, tanda baca, laras bahasa yang sesuai, dll; pemerengganan yang baik. Contoh penulisan : berbentuk naratif, deskriptif, hujahan, laporan, dll.Makna13.01.2008
saya ingin mengetahui fungsi diksi dalam karya sastera

Diksi dalam maksud yang mudah ialah 'pemilihan kata'. Bila melihat diksi dalam karya sastera, kita akan membicarakan tentang pemilihan perkataan-perkataan yang khusus oleh pengarang. Adakah perkataan-perkataan yang dipilih itu sesuai dengan tema cerita? Adakah perkataan itu dapat dengan jelas dan berkesan menggambarkan satu-satu peristiwa atau suasana? Adakah perkataan-perkataan itu dapat menerangkan tentang watak, sifat dan gerak lakunya?Secara umum dalam kajian diksi dalam karya sastera kita boleh melihat dari dua sudut, iaitu perkataan yang konkrit dan abstrak. Sekian, terima kasih.

Lain-lain28.08.2009
ciri-ciri pemilihan diksi yang tepat dalam penulisanDiksi ialah pemilihan dan penggunaan kata yg tepat dan berkesan utk mengungkapkan idea (peristiwa dll) secara bertulis atau lisan. Ciri-ciri pemilihan diksi yang tepat dalam penulisan kebiasaannya berdasarkan laras bahasa yang digunakan dan juga situasi ketika ayat tersebut diungkapkan. Contohnya, jika kita ayat yang dicipta menggunakan laras uindang-undang, maka pemilihan kata yang sesuai dengan laras tersebut perlulah digunakan. Terima kasih.Lain-lain04.10.2006
tuan/puan, boleh tak jelaskan diksi dan fungsinya dalam sastera secara terperinci. Sekian, terima kasuh

Diksi dalam maksud yang mudah ialah pemilihan dan penggunaan kata yang tepat dan berkesan untuk mengungkapkan idea (peristiwa dll) secara bertulis atau lisan. Bila melihat diksi dalam karya sastera, kita akan membicarakan tentang pemilihan perkataan yang khusus oleh pengarang. Adakah perkataan-perkataan yang dipilih itu sesuai dengan tema cerita? Adakah perkataan itu dapat dengan jelas dan berkesan menggambarkan satu-satu peristiwa atau suasana? Adakah perkataan-perkataan itu dapat menerangkan tentang watak, sifat dan gerak lakunya?Secara umum dalam kajian diksi dalam karya sastera kita boleh melihat dari dua sudut, iaitu perkataan yang konkrit dan abstrak.

Lain-lain14.02.2010
Bolehkah pihak DBP terangkan tentang fungsi diksi dengan lengkap berserta contoh sekali? Diksi ialah pemilihan dan penggunaan kata yg tepat dan berkesan utk mengungkapkan idea (peristiwa dll) secara bertulis atau lisan. Soalan ini begitu umu dan memerlukan jawapan yg agak analitikal dan terperinci. Dicadangkan agar sdr merujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Keempat  dan buku-buku berkaitan ttg penggunaan diksi yg ada dalam pasaran untuk merungkai permasalahan ini. T.kasih. Lain-lain21.08.2008
Apakah maksud diksi? Apakah maksud mengempang ?Diksi ialah pemilihan atau penggunaan kata yang tepat untuk menmgungkapkan idea secara bertulis atau lisan. Ciri-ciri penulisan yang baik ialah mempunyai wacana yang jelas, tepat, betul, lengkap, koheran, kohesi; juga mengggunakan bahasa yang betul dari segi tatabahasa, ejaan, istilah, tanda baca, laras bahasa yang sesuai, dll; pemerengganan yang baik. Makna mengempang menurut Kamus Dewan; menggalangkan atau melintangkan sesuatu (misalnya dgn mendirikan tembok, benteng dsb) utk menahan aliran air sungai dsb, membendung (dgn membina empangan), menebat:Makna02.03.2009
jika saya ingin membuat tentang penggunaan gaya bahasa diksi dalam prosa klasik Hikayat raja-raja pasai, apakah yang perlu dititikberatkan ?Untuk maklumat lanjut berkenaan gaya penulisan diksi dalam prosa klasik Hikayat raja-raja pasai, tuan boleh menghubungi Bahagian Penerbitan Sastera di talian 03-21479434. Terima kasih.Sastera14.08.2014
Boleh pihak DBP berikan maklumat tentang fungsi diksi yang lengkap berserta contohnya sekali. Kemudian, apakah maksud teori linguistik dan teori bahasa?Teori ialah pendapat (bersifat pandangan yg tidak dapat dibuktikan dgn kukuhnya) yg dikemukakan utk menerangkan sesuatu perkara dll: Mewngenai teori linguistik dan teori bahasa, soalan ini agak luas dan memerlukan analisis untuk menjawabnya. Sdr boleh merujuk buku-buku atau tulisan yg menyentuh ttg diksi dan juga teori tentang linguistik dan bahasa ini. Buku-buku yg ditulis oleh Fish, Asmah Hj Omar dan sarjana lain dapat membantu dalam hal ini. T.kasih. Lain-lain21.08.2008
Assalamualaikum. Bolehkah pihak DBP menggariskan beberapa gaya bahasa yang puitis seperti penggunaan diksi, metafora dan sebagainya beserta maksud serta contoh-contoh penggunaan ayat dalam sesebuah cerpen atau novel?Waalaikumsalam. Tentang penggunaan gaya bahasa puitis ini saudara bolehlah melayari laman web kami dengan melihat beberapa contoh penggunaan tersebut khususnya dalam ruangan sastera. Contoh-contoh penggunaan gaya bahasa dalam puisi, cerpen, novel dan sebagainya.Ini mungkin dapat membantu saudara. Terima kasih.Lain-lain04.01.2007
1. kebelakangan ini, kes peras ugut semakin menjadi-jadi. adakah belakangan ini merupakan diksi yang lebih betul yang membawa maksud baru-baru ini/ akhir-akhir ini.Perkataan 'belakangan' yang digunakan dalam ayat ini betul.Kata ini juga membawa maksud baru-baru ini atau akhir-akhir ini.Tatabahasa20.08.2010
12

Kembali ke atas