Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[dik.si] | ديکسي

Definisi : (Lin) pemilihan dan penggunaan kata yg tepat dan berkesan utk mengungkapkan idea (peristiwa dll) secara bertulis atau lisan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata diksi


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
dictiondiksiKesusasteraanTiadaPemilihan dan penggunaan kata oleh pengarang dalam sesebuah karya sastera, terutamanya puisi. Diksi yang baik, tepat, sesuai dan berkesan penting dalam sesebuah karya sastera bagi mengungkapkan sesuatu idea, sama ada secara bertulis ataupun secara lisan. Diksi boleh ditafsirkan contohnya sebagai abstrak atau konkrit, mudah atau rumit, formal atau tidak formal, kasar atau halus, harafiah atau kiasan, serta tepat atau kabur.
poetic dictiondiksi puitisKesusasteraanTiadaPemilihan dan penggunaan bahasa dalam puisi. Pada kurun ke-18, istilah diksi puitis ini ditampilkan untuk membezakan bahasa puisi dengan bentuk bahasa yang lain. Pada masa itu, bahasa puisi dianggap sebagai bahasa khusus yang mengandungi beberapa ciri arkaik dan bersifat berbunga-bunga. Kini, masih wujud perdebatan tentang kedudukan diksi puitis ini, sama ada diksi ini berkaitan dengan bahasa yang khusus atau bahasa seharian.
obsolete dictiondiksi usangKesusasteraanPuisiPemilihan dan penggunaan diksi yang sudah terlalu kerap digunakan dalam sesebuah puisi atau sajak. Kesan penggunaannya tidak mampu lagi mengangkat makna yang sewajarnya, sesuai dengan sesuatu pemikiran yang hendak disampaikan oleh penyairnya.
anagramanagramKesusasteraanTiadaDiksi baharu yang dibentuk daripada huruf-huruf sama dalam diksi lain.
paronymparonimKesusasteraanPuisiPemilihan dan pembentukan diksi yang berasal daripada sumber atau akar yang sama. Khususnya diksi yang diambil daripada bahasa asing yang akhirnya mengalami pergeseran erti. Umpamanya perkataan ilmu dan alima yang berasal daripada bahasa Arab.
internal rhymerima dalamanKesusasteraanPuisiRima yang terdapat pada diksi yang terletak antara dua ataupun lebih diksi dalam sesuatu baris sesebuah puisi itu. Contohnya, puisi "Yang Tumpah Yang Mengalir", dalam kumpulan Warna Maya karya Dharmawijaya seperti baris di bawah. "bahawa para nelayan berimbang gelora di samudera"
maximlidah pendetaKesusasteraanPuisiKata atau diksi yang terungkap dalam sesuatu baris, rangkap atau keseluruhan sesebuah puisi yang merupakan tuturan yang diucapkan oleh seseorang cendekiawan. Kata atau diksi yang diungkapkan itu boleh menjadi nasihat dan panduan hidup. Gurindam dapat digolongkan sebagai lidah pendeta. Contohnya, dalam Puisi Melayu Tradisional. Kurang fikir, kurang siasat, tentu dirimu kelak tersesat. Fikir dahulu sebelum berkata, supaya terelak silang sengketa. Perkataan tajarn jika dilepas, ibarat beringin racun dan upas.
pleonasmulang bazirKesusasteraanPuisiPenggunaan gaya pengulangan seperti pengulangan diksi, frasa, kalimat dan rangkap yang dianggap membazir atau tiada memberi makna kepada keseluruhansesebuah puisi. Walaupun tiada pengulangan dilakukan, makna atau penjelasan yang diberikan sebelumnya melalui diksi, frasa, kalimat atau rangkap itu sudah mencukupi. Sinonim makrologi, pleonasme.
dictiondiksiKesusasteraanTiadaPemilihan dan penggunaan kata dalam percakapan atau dalam penulisan.
dictiondiksiKesusasteraanTiadaTiada
1234567

Kembali ke atas