Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dilanda

Peribahasa

Semut dipijak tidak mati,
     gajah diarung bergelimpangan.

Bermaksud :

Orang yang kelihatannya lemah-lembut, tetapi terlalu keras tutur bahasanya. (Bandingkan dengan: Semut dipijak tak mati, antan dilanda patah tiga). arung = rempuh.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
kami bergotong-royong membina rumah Pak Ramli semula yang musnah dilanda ribut. Ayat pasifnya bagaimana?Kami bergotong-royong membina semula rumah Pak Ramli yang musnah dilanda ribut.
Rumah Pak Ramli yang musnah dilanda ribut kami bina semula bergotong-royong.
Tatabahasa17.11.2016
Membangunkan semula kawasan yang dilanda banjir itu ATAU membangunkan kawasan yang dilanda banjir itu semula. Maksud saya kekeliruan ini timbul daripada pendapat yang mengatakan kata kerja transitif mesti diikuti oleh objek/frasa nama dan tidak boleh diikuti oleh kata sendi nama /kata yang lain. Contohnya: 1. "Mengumumkan kepada ibu bapa perkara itu" dikatakan salah, yang betulnya ialah 'Mengumumkan perkara itu kepada ibu bapa". 2. RTM Menayangkan semula filem-filem P Ramlee, sepatutnya RTM menayangkan filem-filem PR semula. Menyerahkan kepada Ali buku itu @ Menyerahkan buku itu kepada Ali. Mohon penjelasan. Terima kasihSeperti yang tuan ketahui kata kerja transitif mesti diikuti dengan objek. Dalam contoh yang diberikan ayat yang betul ialah "membangunkan kawasan yang dilanda banjir itu semula" dan "mengumumkan perkara itu kepada ibu bapa". Walau bagaimanapun kita sering juga mendengar ayat tersebut dalam susunan yang kurang tepat seperti "membangunkan semula kawasan yang dilanda banjir itu" dan "mengumumkan kepada ibu bapa perkara itu". Oleh itu, hendaklah kita membiasakan penggunaan yang betul agar penggunaan tersebut menjadi ikutan kepada orang lain.Tatabahasa30.04.2012
Salam, saya dilanda masalah dengan pilihan jawapan bagi soalan berikut (isi tempat kosong) : Zulaikha merupakan seorang murid yang pintar di sekolahnya. Dia sangat (rajin / tekun) belajar. Dia akan sentiasa menumpukan perhatian semasa guru mengajar. Dia juga (rajin / tekun) mengulang kaji pelajaran. Diharap tuan / puan dapat memberi saya tunjuk ajar. Terima kasih.Dia sangat rajin/tekun belajar. Dia akan sentiasa menumpukan perhatian semasa guru mengajar. Dia juga rajin/tekun mengulang kaji pelajaran. - kedua-dua kata, iaitu rajin dan tekun boleh menjadi pilihan jawaban bagi ayat tersebut.Tatabahasa29.10.2010
Mohon penjelasan bagi ayat yang berikut 1. Tahniah kerana anda hadir ke / di sekolah 2. Laluan sekolah selamat ATAU laluan selamat sekolah 3. Membangunkan semula kawasan yang dilanda banjir itu ATAU membangunkan kawasan yang dilanda banjir itu semula1. Tahniah kerana anda hadir di sekolah, penggunaan sendi nama "di" merujuk pelajar telah sampai di sekolah.
2. Laluan selamat sekolah kerana yang diutamakan ialah laluan selamat di ikuti lokasinya, iaitu sekolah.
3. Membangunkan semula kawasan yang dilanda banjir itu kerana bermaksud mengulangi perbuatan "membangunkan".
Tatabahasa26.04.2012
Assalamualaikum, saya ingin bertanya apakah justifikasi bagi penggunaan frasa 'dipukul ribut'? Adakah ayat akan lebih gramatis jika menggunakan 'dilanda ribut/badai' atau 'dipukul ribut' juga dibenarkan?Untuk makluman, sama ada frasa dipukul ribu atau dilanda ribut/badai, kedua-duanya boleh digunakan kerana membawa makna yang sama. Tidak ada masalah dari sudut gramatis atau sebaliknya.  Lain-lain21.02.2017
Abang memeluk adik semasa sampan yang kami naiki itu terumbang-ambing dilanda ombak. A. erat-erat C. rapat-rapat B. ketat-ketat D. dekat-dekat Munsyi, erat-erat atau rapat-rapat sesuai digunakan?Abang memeluk adik erat-erat semasa sampan yang kami naiki itu terumbang-ambing dilanda ombak.Tatabahasa16.07.2012
Salam, bolehkah saya dapatkan jawapan untuk soalan ini? Gabungkan ayat-ayat tunggal menjadi ayat majmuk I) Penduduk di Kampung Sejahtera menyedari sesuatu. Kampung mereka dilanda banjir.Jawapan yang betul ialah Penduduk di Kampung Sejahtera menyedari kampung mereka dilanda banjir.Tatabahasa16.05.2017
Encik, Adakah penggunaan perkataan 'semula' dalam ayat di bawah ini salah? Penduduk kampung bergotong-royong membina semula rumah Pak Mat yang dilanda ribut. Adakah selepas kata kerja transitif 'membina' mesti diikuti objek 'rumah'? Jika salah, sila berikan ayat yang betul dan alasan. Terima kasih.Ayat yang betul ialah = Penduduk kampung bergotong-royong membina rumah Pak Mat semula yang dilanda ribut. Perkataan "membina" ialah kata kerja aktif transitif, maka harus menerima penyambut sesudahnya, yang disebut objek. Dalam ayat ini objeknya ialah "rumah Pak Mat". Sekian, terima kasih.Tatabahasa18.06.2008
Apakah penjodoh bilangan bagi perkataan 'sektor'? Adakah 'buah' digunakan sebagai penjodoh bilangan baginya? Contoh ayat: Beberapa buah sektor di Malaysia telah dibenarkan beroperasi ketika fasa satu pelan pemulihan negara ketika negara sedang dilanda wabak COVID-19.Tidak perlu memasukkan penjodoh bilangan bagi perkataan 'sektor'.  Ayat yang betul ialah: Beberapa sektor di Malaysia telah dibenarkan beroperasi ketika fasa satu pelan pemulihan negara ketika negara sedang dilanda wabak COVID-19.Tatabahasa06.08.2021
ZON BEBAS BANJIR adakah betul penggunaan ayat diatas untuk memberitahu kepada umum kawasan tersebut adalah kawasan yang tidak dilanda banjir. ini adalah untuk digunakan didalam flyers. terima kasihPenggunaan ayat ZON BEBAS BANJIR adalah betulTatabahasa20.04.2017
12

Kembali ke atas