Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dilanda

Peribahasa

Semut dipijak tidak mati,
     gajah diarung bergelimpangan.

Bermaksud :

Orang yang kelihatannya lemah-lembut, tetapi terlalu keras tutur bahasanya. (Bandingkan dengan: Semut dipijak tak mati, antan dilanda patah tiga). arung = rempuh.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ASHGABAT

Ashgabat (pend. 407 000) ialah ibu negara

Turkmenistan. Ashgabat, yang juga dikenali

sebagai Ashkhabad, terletak di sebuah oasis di

gurun Karakum di selatan Turkmenistan (lihat

Turkmenistan [peta]). Sebahagian besar Ashgabat

musnah dilanda gempa bumi pada tahun 1948.

Bandar ini dibina semula dengan bangunan yang

rendah-rendah. Terusan Karakum mengalir di

Ashgabat dan membekalkan air ke bandar ini dari

Amu Darya, sebatang sungai yang letaknya 724

kilometer di timur Turkmenistan. Parit pengairan

yang dikenali sebagai aryk membarisi kedua-dua

belah jalan.

UMUM 
PERTUBUHAN KESATUAN AFRIKA

Pertubuhan Kesatuan Afrika (Organization of

African Unity (OAU) ialah persatuan negara-negara

Afrika. Ia berfungsi menggalakkan perpaduan di

kalangan penduduk Afrika dan memperteguhkan

hubungan budaya, ekonomi, tentera, saintifik, dan

sosial. Ia juga membantu negara-negara anggota

yang dilanda bencana alam. OAU dianggotai oleh 52

negara dan sebuah kerajaan dalam buangan (lihat

Jadual).

UMUM 
LINGGI

LINGGI, mukim dalam daerah Port Dickson, Negeri Sembilan, bersempadan dengan Melaka. Dari segi sejarah, Linggi sering dilanda konflik antara pelbagai pihak yang ingin menguasai perniagaan bijih timah. Punca konflik ialah Sungai Linggi yang merupakan laluan utama hasil bijih timah dari Sungai Ujong ke pusat pengumpulan di Melaka.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat
TANJUNG HORN

Tanjung Horn ialah bahagian paling selatan

Amerika Selatan. Ia terletak di hujung selatan

kepulauan Horn di Chile. William Schouten, ahli

pelayaran Belanda, menamainya sempena bandar

asalnya Hoorn, pada tahun 1616. Tanjung ini menjulur

jauh ke laut. Tebingnya curam dan pada beberapa

tempat setinggi 150 hingga 180 meter. Tumbuhan

kurang hidup di Tanjung Horn akibat iklim yang

sejuk. Kawasan sekitar tanjung ini terlalu kerap

dilanda ribut, hingga ahli pelayaran amat bimbang

apabila mengelilinginya. Banyak kapal kini mengelak

daripada melalui tanjung ini dan sebaliknya

menggunakan Terusan Panama.

UMUM 
MAKTAB MAHMUD

MAKTAB MAHMUD,  sekolah agama. Asas penubuhan sekolah ini bermula dengan Madrasatul Hamidiyah yang didirikan oleh Haji Wan Sulaiman bin Wan Sidek, sekitar tahun 1920-an, Madrasah ini terletak di Jalan Limbong Kapal, Alor Setar, Kedah. Setelah 15 tahun, sekolah ini tidak lagi dapat menampung pelajar yang semakin bertambah. Kawasan sekolah pula sering dilanda banjir.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat

Kembali ke atas