Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dilanda

Peribahasa

Semut dipijak tidak mati,
     gajah diarung bergelimpangan.

Bermaksud :

Orang yang kelihatannya lemah-lembut, tetapi terlalu keras tutur bahasanya. (Bandingkan dengan: Semut dipijak tak mati, antan dilanda patah tiga). arung = rempuh.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Pantun

PantunSumberTema
Amerika dilanda taufan, Bala tanpa sempadan; Lupa kuasa Tuhan, Hidup tiada haluan.Pantun Melayu SarawakNasihat
Apabila laut dilanda ribut, Ombak memecah angin gemuruh; Apabila mulut tersalah sebut, Banyak fitnah membawa gaduh.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Kerana kayu dilanda badak, Banyaklah kijang mengumpat marah; Kerana penghulu gila bertandak, Banyaklah orang tak dapat nikah.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Kalau takut dilanda pasang, Jangan berumah di tepi pantai; Kalau patut abang meminang, Berkering basah hambakan sampai.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Banda Aceh Pulau Sumatera, Dilanda petaka tidak menentu; Tanda kasih sesama saudara, Dari jauh datang membantu.Pantun Melayu SarawakKasih
Perahu layar hilang kemudi, Dilanda ombak patahlah tiang; Mahu belajar malang menanti, Di mana tegak direndahkan orang.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Hilang sudah perahu nadi, Dilanda ombak gelombang besar; Orang merendah malulah hati, Daripada menolak baik bersabar.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Bagaimana sampah takkan pecah, Bila dilanda ombak menggunung; Bagaimana badan takkan susah, Bila kerjanya duduk bermenung.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Bagaimana bunga takkan gugur, Bila dilanda musim kemarau; Bagaimana nama takkan hancur, Bila kerjanya mencari kacau.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Pancang jermal di tengah laut, Dilanda pasang tidak tenggelam; Orang berakal menjaga mulut, Di muka orang banyaklah diam.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
12

Kembali ke atas