Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
masuk (kata kerja)
1. Bersinonim dengan pergi ke dalam: datang ke dalam
Berantonim dengan keluar

2. Dalam konteks matahari
bersinonim dengan terbenam, tenggelam, turun, meruyup, terpuruk,
Berantonim dengan terbit

3. Bersinonim dengan pergi: hadir di, berada di,

4. Bersinonim dengan menganut: memeluk

5. Dalam konteks peperiksaan
bersinonim dengan mengambil, menduduki, menghadiri, menyertai, mengikuti,

6. Bersinonim dengan telap: bobos, telus, lut, tembus,

Kata Terbitan : memasuki, memasukkan, termasuk, kemasukan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Hai, saya sedang mengumpulkan data untuk latihan ilmiah. Boleh saya tahu: 1. Apakah terjemahan yang sesuai untuk "Hot and Spicy"? 2. Yang manakah perkataan tepat untuk "lapangsasar" atau "lapang sasar"? 3. Adakah ayat ini betul "Dilarang masuk tanpa pihak berkebenaran"?
  1. Padanan terjemahan yang sesuai digunakan bergantung pada konteks dan penggunaan ayat ialah “Pedas dan Berempah”
  2. Perkataan yang betul ialah “lapang sasar”.
  3. Ayat yang betul ialah “Dilarang masuk tanpa kebenaran”.

Penyemakan dan penterjemahan26.06.2022
Salam, papan tanda di premis perniagaan, poster dan tempat awam banyak menggunakan struktur ayat yang salah seperti: - Kaunter Menumpang Barangan - Dilarang Masuk Tanpa Orang Berkebenaran - Syarikat Peminjam Wang Berlesen dan lain-lain. Boleh DBP jelaskan?Usaha pemantauan memang dilakukan termasuklah surat-surat teguran yang dihantar kepada syarikat atau agensi kerajaan yang melakukan kesalahan dalam apa juga jenis paparan yang ditujukan untuk umum. Selain iklan, pihak DBP juga turut membuat pemantauan tulisan yang diterbitkan melalui majalah, surat khabar dan sebagainya. Untuk pengetahuan puan, DBP sering membantu pihak berkuasa tempatan untuk meluluskan sesuatu iklan yang ingin disiarkan atau yang hendak dinaikkan. Pendeknya setiap iklan yang menggunakan bahasa Melayu sebelum disiarkan hendaklah penggunaan bahasanya diluluskan oleh DBP sebelum lesen kebenaran iklan itu dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan.

DBP sedia bekerjasama dalam hal memperkasakan bahasa Melayu, walaupun tanggungjawab memastikan penggunaan bahasa kebangsaan yang betul di tempat awam ialah di bawah pihak berkuasa tempatan
Lain-lain30.03.2013
Bolehkah menggunakan ayat berikut untuk bilik fail sulit " SILA MASUK DENGAN KEBENARAN "Frasa tersebut betul tetapi terlalu terikut-ikut dengan terjemahan daripada bahasa Inggeris. Cadangan kami ialah SILA MASUK SETELAH MENDAPAT KEBENARAN atau DILARANG MASUK TANPA KEBENARAN.  Tatabahasa14.10.2009
Assalamualaikum. Di bawah saya sertakan beberapa contoh ayat. Mohon tuan betulkan pada ayat-ayat yang memiliki kesalahan tatabahasa. 1.Dilarang membawa masuk motosikal atau kereta. Con: kawasan yang tidak dibenarkankan parkir. 2.Dilarang membuang sampah merata rata gunakan tong sampah disediakan. 3. Dilarang membawa anjing atau binatang peliharaan. (sesuaikah sekiranya binatang diganti dengan ternakan) 4.Dilarang memetik/memusnahkan atau memindah pokok bunga. ( sesuai atau tidak jika memusnahkan diganti dengan merosakkan) 5. Anda sedang diperhatikan, sesiapa yang melanggar tata kelakuan di atas adalah melakukan kesalahan. Terima Kasih. ISMAIL HASHIM ismazubl@gmail.com1. Dilarang meletak motosikal atau kereta di sini. 
2. Dilarang membuang sampah merata-rata. Gunakan tong sampah yang disediakan.
3. Dilarang membawa haiwan peliharaan. 
4. Dilarang menyentuh dan merosakkan pokok bunga. 
5. Anda sedang diperhatikan. Sesiapa yang melanggar peraturan di atas, anda dianggap telah melakukan kesalahan.
Tatabahasa28.02.2015
Adakah ayat-ayat berikut betul? 1.Ibu bapa diminta jangan meletak kereta di sebelah kanan pintu sekolah kerana itu merupakan tempat letak bas sekolah. 2.Ibu bapa harus membawa anak menggunakan laluan yang beratap ke banggunan sekolah. 3.Ibu bapa tidak dibenarkan membawa anak pulang dari kawasan kantin. 4.Murid Tahap I ( Tahun 1, 2 dan 3) tidak dibenarkan menunggu ibu bapa di kantin semasa waktu lepas sekolah pada hari Isnin, Rabu dan Jumaat. Murid Tahap I harus mengikut barisan berbaris ke tempat letak kereta dan menunggu ibu bapa di tempat letak kereta. 5.Ibu bapa tidak dibenarkan masuk ke bilik darjah anak tanpa kebenaran pihak sekolah. 6.Dilarang semua murid menunggu kereta di luar pagar sekolah.

Ayat yang betul ialah:

1. Ibu bapa dilarang meletakkan kereta di sebelah kanan pintu sekolah kerana petak itu dikhaskan untuk bas sekolah.

2. Ibu bapa hendaklah membawa anak menggunakan laluan yang beratap ke bangunan sekolah.

3. Ibu bapa tidak dibenarkan membawa anak pulang dari kawasan kantin sekolah.

4. Murid Tahap I ( Tahun 1, 2 dan 3) tidak dibenarkan menunggu ibu bapa di kantin selepas sesi persekolahan pada hari Isnin, Rabu dan Jumaat. Murid Tahap I hendaklah berbaris dan menunggu ibu bapa di tempat letak kereta.

5. Ibu bapa dilarang masuk ke bilik darjah  tanpa kebenaran pihak sekolah.

6. Semua murid dilarang menunggu kereta/bas di luar pagar sekolah.

Tatabahasa23.04.2011

Kembali ke atas