Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[di.lé.ma] | ديليما

Definisi : (diléma) keadaan yg menyebabkan sukarnya membuat pilihan antara dua al­ternatif (benda, orang, situasi, dll) atau lebih; keadaan serba salah: ini kerana Soviet Rusia sendiri kini berada dlm ~ berkaitan dgn pelibatannya di Afghanistan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dilema


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Mohon semak penggunaan frasa kata dan susunan ayat ini:_ DILEMA KESELAMATAN MALAYSIA & SINGAPURA BERKAITAN PENAMBAKAN DAN PERTIKAIAN WILAYAHPenggunaan perkataan yang betul ialah "DILEMA KESELAMATAN MALAYSIA DAN SINGAPURA BERKAITAN DENGAN PENAMBAKAN DAN PERTIKAIAN WILAYAH."Lain-lain29.04.2022
Tuan/ Puan yang dihormati, mohon berikan pandangan pada tajuk forum kami. "Dilema Wanita Bandar: Tidakkah Glamor Menyusu Susu Ibu?" Keprihatinan kami adalah pada ayat 'menyusu susu ibu'. Adakah betul penggunaan 'menyusu' itu kerana selepas disemak, perkataan menyusu itu sendiri sudah mewakili 'menyusu daripada badan'. Kami mahu 'highlight' susu badan, bukan susu tiruan/tepung. Adakah pihak tuan/ puan mempunyai cadangan lain?Menyusu bermaksud menghisap air susu daripada buah dada dan sebagainya. Ini bermakna menyusu juga boleh membawa maksud menghisap susu selain daripada buah dada seperti botol susu. Oleh itu, frasa "menyusu susu ibu" adalah betul.Tatabahasa25.06.2012
Salam sejahtera, Tajuk: Peranan imbuhan 'kan' dalam tatabahasa Terlebih dahulu penulis telah mengulang kaji TTB Dewan Bab Kata Kerja. Seorang penulis, saya selalu terjumpa pelbagai variasi ayat penyata (amnya) yang mungkin memerlukan imbuhan 'kan' ataupun sebaliknya. Kadang-kadang ia menjadi dilema kecil. Sebagai contoh: Kes 1: Kilang kami memerlu pekerja am dengan segera. Kilang Kami memerlukan pekerja am dengan segera. Kedua-dua ayat di atas adalah dalam bentuk asas FNFK, dan kedua-duanya betul jika dilihat dari segi tatabahasa. Apakah nasihat DBP? Kes 2: Sila perhatikan ayat-ayat pasif di bawah. (A1) XYZ ialah parameter yang digunakan untuk menentukan bahasa yang diinginkan. (A2) XYZ ialah parameter yang diguna untuk menentukan bahasa yang diinginkan. (A3) XYZ ialah parameter yang diguna untuk menentu bahasa yang diinginkan. (A4) XYZ ialah parameter yang digunakan untuk menentu bahasa yang diinginkan. Jika kita bermain dengan kaedah transformasi, ayat manakah yang persis? Apakah hujahnya? Terima kasih DBPAyat yang lebih gramatis adalah seperti yang berikut:
1. Kilang kami memerlukan pekerja am dengan segera.
2. XYZ ialah parameter yang digunakan untuk menentukan bahasa yang diinginkan. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga halaman 183  untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Tatabahasa03.01.2012

Kembali ke atas