Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[di.mén.si] | ديمينسي

Definisi : (diménsi) 1. ukuran saiz sesuatu (spt tinggi, panjang, lebar) atau garis pusat: dlm rajah yg kamu lukis itu, tunjukkan ~nya; cara ideal ialah audiovisual dan tiga ~; 2. aspek: apakah ~ baru yg harus kita cari, terokai, dan membinanya supaya kece­merlangan itu akan menjadi sesuatu yg hakiki dan abadi? berdimensi mempunyai dimensi; mendimensi mengambil ukuran, mengukur. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[di.mén.si] | ديمينسي

Definisi : /diménsi/ ukuran (utk tinggi, lebar, panjang, tebal dll): Setelah objek itu dilukis, ~nya harus diberikan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dimensi


Glosari Matematik Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
dimensidimensionUkuran saiz sesuatu bentuk atau objek seperti panjang, lebar, tinggi atau garis pusat. Bentuk yang hanya ada ukuran panjang seperti garis lurus mempunyai satu dimensi. Permukaan yang ada ukuran panjang dan lebar mempunyai dua dimensi. Objek yang ada panjang, lebar dan tinggi mempunyai tiga dimensi. Lihat rajahMenengah Atas
bentuk geometrigeometric shapeBentuk yang terdiri daripada garis lurus, garis lengkung, permukaan rata atau permukaan melengkung seperti bentuk dua dimensi dan tiga dimensi.Sekolah Rendah
dimensidimensionUkuran saiz sesuatu seperti tinggi, panjang, lebar atau garis pusat.Menengah Rendah
tiga dimensithree-dimensionalPerihal bentuk yang mempunyai tiga ukuran, iaitu panjang, lebar dan tinggi.Menengah Atas
tiga dimensithree-dimensionalPerihal bentuk yang mempunyai tiga ukuran, iaitu lebar, panjang dan tinggi.Menengah Rendah
dua dimensitwo-dimensionalPerihal bentuk yang mempunyai dua ukuran, iaitu panjang dan lebar.Menengah Rendah
pepejalsolidBentuk tiga dimensi yang mempunyai panjang, lebar, dan tinggi. Contohnya, kubus, silinder, piramid dan sfera.Menengah Rendah
silindercylinderBentuk tiga dimensi yang mempunyai dua permukaan rata dan satu permukaan melengkung. Lihat ContohSekolah Rendah
sferasphereBentuk tiga dimensi yang mempunyai hanya satu permukaan melengkung seperti bola dan guli. Lihat ContohSekolah Rendah
prismaprismBentuk tiga dimensi dengan sisinya berbentuk segi empat dan permukaan hujungnya berbentuk poligon. Lihat ContohSekolah Rendah
1234

Kembali ke atas