Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[di.mén.si] | ديمينسي

Definisi : (diménsi) 1. ukuran saiz sesuatu (spt tinggi, panjang, lebar) atau garis pusat: dlm rajah yg kamu lukis itu, tunjukkan ~nya; cara ideal ialah audiovisual dan tiga ~; 2. aspek: apakah ~ baru yg harus kita cari, terokai, dan membinanya supaya kece­merlangan itu akan menjadi sesuatu yg hakiki dan abadi? berdimensi mempunyai dimensi; mendimensi mengambil ukuran, mengukur. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[di.mén.si] | ديمينسي

Definisi : /diménsi/ ukuran (utk tinggi, lebar, panjang, tebal dll): Setelah objek itu dilukis, ~nya harus diberikan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dimensi


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
DIMENSI KEEMPAT

Dimensi keempat. Biasanya, kita memikirkan

ruang terdiri daripada tiga dimensi: panjang,

lebar dan tinggi. Sebuah kotak berukuran 6 meter

panjang, 4 meter lebar, dan 2 meter tinggi boleh

digambarkan oleh set nombor yang tertib (6, 4,

2). Set sedemikian juga boleh digunakan untuk

memerihalkan kedudukan suatu titik dalam ruang–

contohnya, kedudukan sebuah kapal terbang.

Namun, ketiga-tiga nombor ini tidak dapat

mewakili kedudukan kapal terbang yang sedang

bergerak. Untuk menandakan kapal terbang yang

sedang dalam penerbangan pada kedudukan

tertentu, seperti (6, 4, 2), kita perlukan dimensi

keempat, iaitu masa.

UMUM 
DIMENSI

Dimensi, ukuran saiz bagi sesuatu kuantiti. Contohnya, jarak di antara dua tempat diterangkan oleh dimensi panjang (L), iaitu meter, sentimeter, kaki atau inci.

FIZIKKonsep
ELEKTROFORESISKaedah biologi yang digunakan untuk menganalisis protein dan asid nukleik (DNA dan RNA). Kaedah ini juga digunakan untuk mengasingkan komponen protein dan asid nukleik yang membolehkan kajian komponen sesuatu protein dan asid nukleik dilakukan. Terdapat beberapa jenis elektroforesis, iaitu elektroforesis satu dimensi, elektroforesis dua dimensi, dan elektroforesis kapilari....Rujuk Ensiklopedia Sains dan TeknologiKEJURUTERAANKonsep
STEREOSKOP

Stereoskop ialah sejenis peranti pandang optik

yang menjadikan gambar seolah-olah mempunyai

tiga dimensi. Kamera biasa hanya melihat benda

dalam bentuk permukaan yang rata dan tidak

sepertimana mata kita melihat benda. Walau

bagaimanapun, dua kamera yang diletakkan tidak

jauh daripada satu sama lain boleh bertindak

seperti mata kita. Kamera ini boleh mengambil

gambar objek yang sama pada waktu yang sama.

Kedua-dua gambar ini diletakkan bersebelahan dan

dilihat melalui satu peranti yang dikenali sebagai

stereoskop. Kedua-dua pandangan ini memasuki

mata tanpa menyakitkannya dan imej mental yang

terhasil kelihatan seperti tiga dimensi. Individu

yang menggunakan stereoskop boleh melihat

sekeliling semua benda.

UMUM 
REALITI MAYA

Realiti maya ialah persekitaran tiga dimensi,

artifisial yang dicipta oleh komputer dan pelbagai

alat lain. Alat ini dan perisian khas memanipulasi

deria manusia – terutamanya deria penglihatan dan

pendengaran – untuk mencipta perasaan seolah-olah

berada di dalam dunia janaan komputer.

UMUM 
ALAT BAHAGI

 Alat bahagi ialah alat yang digunakan bagi

membahagikan baris menjadi bahagian yang sama.

Ia juga memindahkan dimensi dari pembaris

ke peta atau lukisan. Alat bahagi memplot dan

mengukur jarak sempit di antara dua titik dengan

lebih tepat daripada pembaris. Ia juga dapat

digunakan pada peta bagi mengukur jarak di

antara dua titik berdasarkan jarak pada skala.

UMUM 
NICHOLSON, BEN

Nicholson, Ben (1894–1982), pelukis Inggeris

yang dikenali kerana lukisan abstraknya.

Sumbangan artistik Nicholson yang paling bernilai

ialah ukir timbul ( relief ), gambar abstrak tiga

dimensi yang dihasilkan dengan menggunting,

mengukir, dan melukis papan kertas yang rata.

UMUM 
TILLICH, PAUL

Tillich, Paul (1886–1965) ialah ahli teologi

kelahiran Jerman yang terkenal. Tillich ialah

pelajar kebudayaan yang pintar. Dalam bukunya

Theology of Culture (1959), dia menganalisis

bentuk kebudayaan dengan memaparkan dimensi

keagamaan yang terdapat dalam semua kegiatan

kebudayaan. Tillich mengetengahkan teori simbol

dan mitos keagamaan yang dibincangkannya

dalam Dynamics of Faith (1957). Maha karyanya

yang terbaik ialah Systematic Theology (1951,

1959, 1963) yang diterbitkan dalam tiga jilid.

Dalam buku ini, Tillich mentafsirkan maksud

Tuhan dan Jesus Christ yang berhubung kait

dengan persoalan falsafah tentang kehidupan dan

pemikiran moden.

UMUM 
MIKROSKOP KUAR PENGIMBAS

Mikroskop kuar pengimbas adalah mana-mana

jenis mikroskop yang mengimbas permukaan

bahan dengan penunjuk tajam dan memaparkan hasil

di skrin bak televisyen. Penunjuk, dikenali sebagai

kuar, boleh jadi sehalus 0.3 daripada satu bilion

meter lebarnya – kira-kira selebar atom. Mikroskop

kuar pengimbas dapat menyediakan imej tiga

dimensi atom individu. Ia menjadi alat penyelidikan

yang penting dalam bidang fizik, kejuruteraan, dan

kimia.

UMUM 

Kembali ke atas