Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[di.mén.si] | ديمينسي

Definisi : (diménsi) 1. ukuran saiz sesuatu (spt tinggi, panjang, lebar) atau garis pusat: dlm rajah yg kamu lukis itu, tunjukkan ~nya; cara ideal ialah audiovisual dan tiga ~; 2. aspek: apakah ~ baru yg harus kita cari, terokai, dan membinanya supaya kece­merlangan itu akan menjadi sesuatu yg hakiki dan abadi? berdimensi mempunyai dimensi; mendimensi mengambil ukuran, mengukur. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[di.mén.si] | ديمينسي

Definisi : /diménsi/ ukuran (utk tinggi, lebar, panjang, tebal dll): Setelah objek itu dilukis, ~nya harus diberikan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dimensi


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
pneumatic gaugetolok pneumatikKejuruteraanTiadaAlat untuk membuat ukuran bagi dimensi-dimensi objek pepejal berdasarkan perbandingan tekanan daripada dua aliran udara, satu daripada bukaan tetap dan satu daripada bukaan boleh ubah, dengan objek yang dimensinya dikehendaki ditempatkan pada laluan aliran udara bukaan boleh ubah.
spaceruangMekanikGunaanDaerah geometri tempat peristiwa berlaku. Pada umumnya, ruang fizikal mungkin bersifat satu dimensi, dua dimensi ataupun tiga dimensi. Bagaimanapun, dalam penggunaan sehari-hari, istilah ruang digunakan untuk merujuk pada daerah tiga dimensi dengan istilah ‘garis’ digunakan untuk memerihalkan daerah satu dimensi dan istilah ‘satah’ digunakan untuk daerah dua dimensi. Gagasan ruang yang mempunyai n dimensi digunakan sebagai gagasan niskala untuk memerihalkan hubungan di antara n kuantiti.
reference marktanda rujukanKejuruteraanTiada2. Titik yang jauh, yang darinya jarak sudut titik-titik lain diambil di stesen. Sinonim: objek rujukan.,3. Salah satu titik yang digunakan dalam perekabentukan litar tercetak, yang memberikan dimensi-dimensi skala dan menunjukkan pinggir papan litar.
centroidsentroidMekanikGunaanPusat geometri bagi lembaga. Gagasan sentroid adalah sama dengan gagasan pusat jisim dan pusat graviti dengan dimensi geometri jasad itu boleh dianggap sebagai terpumpun di sentroidnya dan prinsip momen dikenakan kepada dimensi unsur infinitesimal. Sentroid wujud untuk jasad satu dimensi, jasad dua dimensi dan jasad tiga dimensi dengan masing-masing dimensi geometri yang terlibat ialah panjang, luas dan isi padu. Ungkapan untuk koordinat sentroid C(xc,yc,zc) diberikan oleh hubungan, xc = (x dK)/K yc = (y dK)/K zc = (z dK)/K dengan K sebagai kuantiti geometri yang berpadanan, iaitu panjang L untuk kes 1-D, luas A untuk kes 2-D dan isi padu V untuk kes 3-D; (x,y,z) ialah koordinat bagi unsur dK. Bagi jasad yang mempunyai jisim tentu r yang seragam, sentroidnya sekena dengan pusat jisim jasad itu. lihat juga sentroid jasad rencam.
floor planpelan lantaiKesenianHiasan DalamanLukisan dua dimensi (2-Dimensi) sama ada berskala atau tidak berskala yang menunjukkan pelan bangunan atau ruang yang mengandungi semua elemen dalam bangunan seperti tiang, dinding, pintu, tingkap, perabot dan sebagainya.
Arab-Israeli conflictkonflik Arab-IsraelSains PolitikHubungan AntarabangsaKonflik yang berpanjangan sehingga kini antara Arab dengan Israel. Konflik ini melibatkan pelbagai dimensi seperti dimensi politik, wilayah, dan agama. Menurut sejarah, Palestin merupakan wilayah dalam Empayar Uthmaniyah sehingga akhir perang Dunia Pertama apabila Liga Bangsa- Bangsa Bersatu memberi mandat kepada British untuk mengurus tadbir Palestin. Di bawah urus tadbir British dan deklarasi Balfour (1917), migrasi orang Yahudi ke Palestin meningkat secara mendadak. Hubungan penduduk Arab Palestin dan Yahudi yang sedia berkonflik ini bertambah tegang dengan kebanjiran pendatang Yahudi. Konflik ini terus memuncak dengan kemunculan gerakan zionisme yang mendapat sokongan kuat Amerika Syarikat. Konflik ini menjadi isu utama dalam perhubungan antarabangsa apabila pihak Arab Palestin mendapat sokongan negara jiran Arab dan Liga Arab serta simpati daripada Rusia. Pada tahun 1947, Suruhanjaya Khas PBB berkaitan Palestin telah mencadangkan pembahagian wilayah Palestin. Pada tahun 1948, pembahagian de facto Palestin telah dibuat apabila negara Israel ditubuhkan. Konflik dan keganasan dalam hubungan antara Israel dengan negara jiran Arab boleh dibahagikan kepada dua jenis. Pertama, perang konvensional seperti yang berlaku pada tahun 1956, 1967 dan 1973. Kedua, peperangan untuk pembebasan seperti yang berlaku pada tahun 1948, kekejaman antara tahun 1970 hingga 1973, dan campur tangan Israel dalam perang saudara di Lubnan pada tahun 1978.
strainterikanMekanikGunaanNisbah perubahan dimensi jasad terhadap dimensi asalnya. Daya tegangan menyebabkan terikan tegangan dan daya ricih yang bertindak pada jasad menyebabkan terikan ricih. Terikan merupakan nisbah di antara dua kuantiti yang mempunyai unit ukuran yang sama dan, oleh itu, ia tidak berdimensi; kadangkala ia ditulis dalam bentuk peratusan.
installationpemasangan;; pertabalan (raja-raja)KesenianTiadaKarya dua dimensi dan tiga dimensi yang memerlukan ruang yang luas untuk dihasilkan dan dipamerkan.
assemblageasemblajKesenianHiasan DalamanHimpunan bahan yang disusun menjadi karya seni dua dimensi atau tiga dimensi yang estetik, hasil gabungan pelbagai bahan terpakai dengan cara peletakan yang menimbulkan makna. Karya seni ini terhasil daripada gabungan bahan seperti kayu hanyut, kertas dan logam. Dahulu, himpunan bahan ini dianggap tidak mempunyai nilai seni, tetapi kini karya seni ini semakin diterima sebagai salah satu usaha melindungi dan memulihara alam sekitar dan dianggap mempunyai nilai seni dalam kelasnya yang tersendiri.
spheroid of referencesferoid rujukanMatematikTiadaAngka bersifat teori yang dimensinya hampir mendekati dimensi geoid dan dimensi tepatnya ditentukan dengan pelbagai pertimbangan terhadap bahagian permukaan bumi yang dipertimbangkan. Contohnya sferoid rujukan ialah sferoid Bessel, sferoid Clarka, sferoid Delambre, sferoid Everest, sferoid Hayford, dan sferoid Helbert. Reference spheroid.
12345678910...

Kembali ke atas