Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[di.na.mo] | دينامو

Definisi : sj alat utk menukar tenaga mekanik kpd tenaga elektrik, terutamanya yg menge­luarkan arus terus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[di.na.mo] | دينامو

Definisi : alat yg dpt mengeluarkan tenaga elektrik. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dinamo


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
dinamoalat yg dpt mengeluarkan tenaga elektrik.Kamus Pelajar Edisi Kedua
dinamosj alat utk menukar tenaga mekanik kpd tenaga elektrik, terutamanya yg menge­luarkan arus terus.Kamus Dewan Edisi Keempat
dinamoalat yg dpt mengeluarkan tenaga elektrik.Kamus Pelajar
magneto(magnéto) (Kej) sj dinamo yg me­ngeluarkan api dlm sistem pencucuhan sesuatu enjin pembakaran dalam.Kamus Dewan Edisi Keempat
rotorist 1 bahagian yg berputar yg terdapat dlm motor elektrik, dinamo dsb. 2 alat yg terdiri drpd beberapa keping bilah yg berputar di sebelah atas helikopter utk mengangkatnya naik ke udara dr bumi.Kamus Pelajar Edisi Kedua
rotor(Kej) 1. bahagian yg berputar yg terdapat dlm motor elektrik, dinamo, dsb; 2. alat yg terdiri drpd beberapa bilah yg berputar di sebelah atas helikopter utk mengangkatnya naik ke udara dr bumi.Kamus Dewan Edisi Keempat
komutator1. perkakas utk mengubah arah arus elektrik (terutama utk menukar arus ulang-alik menjadi arus terus); 2. bahagian berputar (dlm dinamo atau motor) yg menerima arus drpd berus atau menghantar arus kpd berus.Kamus Dewan Edisi Keempat
penerus1. orang (golongan) yg meneruskan (melanjutkan) sesuatu aktiviti, penyumbang: melahirkan titisan zuriat Islam yg murni sbg ~ generasi Islamiah pd masa hadapan; 2. (Kej) peranti elektronik yg digunakan utk menukar arus ulang-alik kpd arus terus tanpa menggunakan dinamo atau mesin elektrik.Kamus Dewan Edisi Keempat
punca I1. hujung (benang, obor, tali, dll); ~ tali kail hujung tali kail yg dipegang; 2. sudut kain (sebai, selendang, dll) yg lepas tergantung: terpandang ~ baju layang dlm tiang seri; ~ sebai hujung sebai yg tergantung; 3. tingkatan permulaan (pengetahuan), pengantar, pendahuluan (pengetahuan dll); kitab ~ usuluddin; perpustakaan sekolah mestilah berkhidmat sbg ~ pengajaran; 4. pangkal, perdu (asal mulanya, kerana, lantaran, sebab), pokok, tajuk (perbicaraan dll): ~ pertengkaran yg umum sekarang ialah soal-soal pilihan raya; harta akan terus menjadi ~ ketegangan yg hebat; ibu dan anak-anak yg sihat itu adalah satu drpd ~-~ kebahagiaan rumah tangga; apa ~nya apa sebabnya; mula ~nya mulanya (sebabnya); tidak tentu ~nya tidak tentu pokok persoalannya; tenggelam (kehilangan) ~ tidak tentu lagi pokok pemikiran (perbualan, pemikiran, dll); tidak tahu apa yg hendak dibuat; ~ ganda dua ( ) (spt 4 = 2), akar (Id); ~ ganda tiga (3 ) (spt 3 8 = 2 dll); ~ persamaan (Mat) nilai nombor yg tidak diketahui dlm ilmu hisab (spt 2n + 7 = 25 dll); 5. sumber, asal (berita, penghidupan, pendapatan, dll): berita ini diperoleh drpd ~ yg boleh dipercayai, matahari boleh dikatakan sbg satu ~ kehidupan; dinamo itu merupakan suatu ~ tenaga elektrik; wang yg didapati drpd segala ~; ~ hasil sumber pendapatan; ~ kekayaan sumber kekayaan; ~ pendapatan perkara yg mendatangkan pendapatan; berpunca; ~ drpd berasal drpd, bersumber drpd: masalah-masalah yg kita hadapi kini ~ drpd penjajahan juga.Kamus Dewan Edisi Keempat
terus1. menuju ke sesuatu tempat dgn tidak singgah di mana-mana, langsung (tidak terhalang atau terhenti), lantas: dr kamar tidur dia ~ ke bilik mandi; 2. tidak berhenti, tidak terhenti-henti, sentiasa bergerak (ber­jalan dll): kereta yg mereka naiki itu ~ berjalan; 3. tidak putus-putusnya, berkepan­jangan, berlarut-larut, selalu: negeri ini bergantung ~ pd getah dan timah sahaja; 4. langsung ke sebelah (apa yg ditikam dll), lantas, menembus, tembus: ditikamnya sekali lagi, kena rusuknya ~, maka rusa itu tiada boleh lari lagi lalu mati; 5. tidak bertangguh-tangguh lagi, dgn segera, lalu, langsung: sesampai di kampung aku ~lah pergi ke paya; 6. tidak berwakil kpd sesiapa langsung: di samping beberapa jabatan kerajaan yg dijaga ~ oleh menteri, terdapat juga bebe­rapa lembaga atau perbadanan ...; 7. tidak bercampur atau berlapis, jati, tulen; emas ~ emas tulen (bukan saduran); ~ mata (pelihatan, pandang) dapat menge­tahui apa yg tersembunyi (yg akan terjadi); seterusnya 1. selepas itu ... lalu, lantas ...: aku ~ pergi ke rumah Ah Seng; 2. selanjut­nya: biarlah kita terima dulu jaminan tersebut utk diperhatikan ~; 3. = dan ~ dan lain-lainnya, dan yg lain-lainnya; 4. tetap, selama-lamanya: beliau telah mengadakan mesyua­rat utk menentukan ~ langkah-langkah yg diambil mengenai perkara tersebut; 5. yg berikutnya: Khatijah memandangnya, berasa takjub ditanya ~ itu; 6. sejak dr itu ..., mulai sekarang: dia ~ tidak berani lagi melakukan perkara itu; berterusan tidak berkeputusan, berlanjutan, berkepanjangan: dia menangis ~; menerus 1. menembus, melantas: jahitan ini tidak boleh ~ ke sebelah luar; 2. meresap (mengalir dll) keluar atau masuk; 3. jauh dr per­mulaan, lanjut, terus: maka dilihat Ben­dahara betul kepala Tun Mutahir bernyala, cahaya ~ ke langit; terus-menerus 1. = terus-terusan tidak berkeputusan, tidak berhenti-henti, tidak putus-putus, berterusan: mestikah mereka ~ hidup dlm alam kekolotan? 2. secara langsung (siaran televisyen dll), bukan pertunjukan filem: kira-kira 16000 orang telah menyaksikan perlawanan yg disiarkan ~ oleh televisyen ke beberapa buah negeri; menerusi 1. masuk sampai ke, melantas pd, menembus pd: jahitan yg awal dan yg akhir sahaja yg ~ kain, yg lain itu lalu di bawah urat benang sahaja; 2. dgn per­antaraan, melalui: masukkan sehelai benang halus ~ lubang-lubang pd kertas tebal itu; dia mengirim buku-buku itu ~ saya; meneruskan 1. menembuskan, melantas­kan; 2. melanjutkan, melangsungkan, menyam-bungkan: dr situ mereka ~ per­jalan­an mereka ke arah selatan; dia bercadang hendak ~ pelajarannya ke universiti; 3. mengirim terus (kpd), menyampaikan (menyerahkan) terus kpd: surat itu diteruskan kpd ketua rapat yg dgn segera pula ~ kpd Kadir; terusan 1. sungai buatan dll yg meng­hubungkan dua lautan (utk pelayaran), susukan: T~ Panama; T~ Suez; 2. bp sam­bungan, lanjutan: ini adalah ~ drpd cerita dahulu; 3. bp terus-terusan, terus-menerus; keberterusan perihal (keadaan yg) ber­terusan: hasrat terhadap ~ dlm hubungan antara negara; penerusan perihal (perbuatan dsb) mene­ruskan, pelanjutan, kelanjutan: masih ada kekecualian tertentu yg mengizinkan ~ penggunaan bahasa Inggeris; penerus 1. orang (golongan) yg meneruskan (melanjutkan) sesuatu aktiviti, penyumbang: melahirkan titisan zuriat Islam yg murni sbg ~ generasi Islamiah pd masa hadapan; 2. (Kej) peranti elektronik yg digunakan utk menukar arus ulang-alik kpd arus terus tanpa menggunakan dinamo atau mesin elektrik.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas