Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[di.no.saur] | دينوساءور

Definisi : reptilia pupus (kebanyakan bersaiz besar) drpd order Saurischia dan Ornithischia. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[di.no.saur] | دينوساءور

Definisi : reptilia yg telah pupus (kebanyakannya bersaiz besar), yg hidup pd zaman prasejarah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dinosaur


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Kalau mengikut persukuan , daun mempunyai dua suku kata dan dipenggalkan sebagai da-un. Bagaimana dengan perkataan 'pear'. Adakah dipenggalkan sebagai pe-ar? Bagaimana dengan perkataan 'dinosaur'. Dipenggalkan di-no-sa-ur? Betul? Saya tidak mahu penggal mengikut sebutan, saya hendak pemenggalan mengikut persukuan/ejaan. Bagaimanakah perkataan dinosaur disebut? Suku kata akhir 'saur' disebut seperti 'sa-ur' atau spt dlm bahasa Inggeris - 'sor'?Perkataan pear mempunyai satu suku kata sahaja, iaitu pear. Manakala dinosaur pula mempunyai tiga suku kata, iaitu di-no-saur.Lain-lain20.07.2010
Salam sejahtera. Apakah istilah yang sesuai bagi "pseudo-extinction", yang digunakan misalnya untuk merujuk kepupusan dinosaur. Adakah sesuai jika "pseudo-kepupusan" digunakan? Terima kasih.Untuk makluman, tidak terdapat istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "pseudo-extinction". Oleh itu, pseudokepupusan atau pseudopupus boleh digunakan.Istilah09.04.2015
Salam sejahtera, sebenarnya keserasian dan ketepatan sesuatu istilah itu tidak perlu dijadikan masalah kerana bukan semua istilah asing itu mencapai ketepatan pada maksudnya kerana istilah "dinosaur" dalam bahasa Inggeris juga istilah pinjaman daripada bahasa Greek yang bermaksud "cicak berat", "cicak yang menggerunkan" dan sebagainya. Jadi saya rasa maksud daripada istilah itu juga kemungkinan tidak mencapai maksud asal kerana cicak bukanlah seberat gajah dan tidak pula menggerunkan seperti ular atau singa. Sedangkan bentuk dan ciri jasmani cicak dengan bandingan yang dibuat adalah jauh berbeza. Itu menunjukkan bukan semua istilah bahasa asing itu mencapai ketepatan pada maksud dan bahasanya. Banyak perkataan Melayu yang boleh digunakan untuk menterjemahkan bahasa Inggeris dan kita patut mencipta istilah kita sendiri tanpa meminjam banyak daripada istilah asing. Saya sekali lagi berharap agar pihak DBP dan pakar bahasa Melayu dapat mempertimbangkan segala pendapat dan cadangan saya demi kemajuan, kelestarian dan keaslian bahasa Melayu. Insya ALLAH, amin.Kami ambil maklum cadangan dan pandangan tuan. Perkara ini akan dipanjangkan untuk makluman pihak yang berwenang di Bahagian Peristilahan dan Leksikologi serta Bahagian Perkamusan DBP.Lain-lain16.11.2015

Kembali ke atas