Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[di.no.saur] | دينوساءور

Definisi : reptilia pupus (kebanyakan bersaiz besar) drpd order Saurischia dan Ornithischia. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[di.no.saur] | دينوساءور

Definisi : reptilia yg telah pupus (kebanyakannya bersaiz besar), yg hidup pd zaman prasejarah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dinosaur


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
DINOSAUR

Dinosaur ialah nama sejenis reptilia yang hidup

berjuta-juta tahun dahulu. Perkataan dinosaur

berasal daripada dua perkataan Yunani yang

bermakna cicak yang dahsyat. Tetapi, dinosaur

bukan cicak. Malah, saiz sesetengah dinosaur

adalah menakutkan. Dinosaur yang paling besar

ialah haiwan yang paling besar pernah hidup

di darat. Beratnya lebih daripada 10 kali ganda

berat gajah dewasa. Hanya beberapa jenis paus

membesar lebih daripada dinosaur ini.

UMUM 
DIPLODOCUS

Diplodocus ialah dinosaur pemakan tumbuhan

yang benar-benar panjang dan lampai, yang hidup

150 juta tahun dahulu, di kawasan yang kini adalah

di barat Amerika Syarikat. Ia tergolong dalam

kumpulan dinosaur raksasa pemakan daun, yang

dikenali sebagai sauropod.

UMUM 
ANKYLOSAURUS

Ankylosaurus ialah dinosaur berkulit keras

yang amat besar yang hidup antara 68 juta tahun

dengan 65 juta tahun dahulu, di barat Amerika

Utara kini. Nama ankylosaurus , bermakna cicak

bercantum , dan menggambarkan kulit kerasnya,

yang terdiri daripada kepingan bertulang yang

bercantum atau tumbuh bersama. Kulit keras ini

melindungi semua bahagian tubuhnya yang

terdedah, termasuk kepala, belakang dan ekor.

UMUM 
ALLOSAURUS

Allosaurus ialah dinosaur besar karnivor yang

hidup lebih kurang 150 juta tahun dahulu.

Allosaurus hidup di bahagian barat Amerika

Syarikat. Haiwan ini membesar sehingga lebih

kurang 11 meter panjang, berdiri lebih kurang dua

meter tinggi pada bahagian pinggul, dan beratnya

lebih kurang 1.8 tan metrik.

UMUM 
TIRANNOSAURUS

Tirannosaurus atau tyrannosaurus ialah

dinosaur pemakan daging yang besar, yang hidup

kira-kira 68 hingga 65 juta tahun dahulu di tempat

yang kini adalah barat Amerika Utara. Nama

Tirannosaurus dalam bahasa Inggeris bermakna

cicak kejam. Tyran ialah pemerintah yang kejam,

berkuasa. Tirannosaurus mendapat namanya

kerana ahli sains menyangka bahawa haiwan besar

demikian tentunya menguasai semua haiwan lain,

membunuh mengikut kehendaknya. Nama saintifik

bagi spesies ini ialah Tirannosaurus rex .

UMUM 
ARCHAEOPTERYX

Archaeopteryx ialah nama genus (kumpulan)

haiwan berbulu yang hidup lebih kurang 140 juta

tahun dahulu, pada akhir Zaman Jurassic. Haiwan

sebesar gagak ini mempunyai rangka bak reptilia

yang hampir menyerupai rangka dinosaur kecil.

Walau bagaimanapun, ia juga mempunyai bulu

yang elok tumbuhnya dan sayap bak burung.

Akibatnya, kebanyakan ahli sains mengelaskan

Archaeopteryx sebagai burung. Fosil Archaeopteryx

yang pertama telah dijumpai pada tahun 1860-an

dalam pembentukan Batu Kapur Solenhofen di

Bavaria, sebuah negeri di Jerman. Ia memberikan

bukti bahawa burung adalah dari keturunan reptilia.

UMUM 

Kembali ke atas