acid rain | hujan asid | Kejuruteraan | Tiada | Hujan yang mempunyai pH kurang daripada 5.6, disebabkan oleh asid nitrik, karbonik dan sulfurik, melalui pencampuran air hujan dengan gas cemar udara seperti gas nitrogen dioksida, karbon dioksida dan sulfur dioksida. |
smog | asbut | Kimia | Tiada | Kabut yang mengandungi bahan pencemar daripada industri seperti asap, sulfur dioksida, karbon dioksida, karbon monoksida, dan asid sulfurik. |
acid rain | hujan asid | Pertanian | Agroteknologi | Hujan yang mengandungi asid (pH rendah) akibat pelepasan gas seperti sulfur dioksida, karbon dioksida dan nitrogen oksida ke udara yang bertindak balas dengan molekul air. Gas ini dibebaskan akibat aktiviti perindustrian, kenderaan dan pembakaran terbuka. Hujan asid boleh memudaratkan tanaman, binatang dan bangunan, dan menjadi isu alam sekitar . |
MOS (metal oxide semiconductor ) | MOS (semikonduktor oksida logam) | Teknologi Maklumat | Tiada | Cip berasaskan ciri-ciri pengalir dan penebat silikon dioksida, aluminium dioksida dan logam oksida lain. Cip MOS cekap secara elektrik tetapi mudah termusnah oleh cas statik. |
alveolar carbon dioxide partial pressure (PACO₂) | tekanan separa karbon dioksida alveolus (PACO₂) | Perubatan | Tiada | Tekanan yang berlaku apabila karbon dioksida dalam darah meresap masuk ke dalam alveolus. Resapan karbon dioksida ke dalam alveolus ditentukan oleh gradien tekanan separa karbon dioksida dalam darah dan alveolus. |
carbon dioxide embolism | embolisme karbon dioksida | Perubatan | Tiada | Gelembung gas karbon dioksida dalam darah. Gelembung ini boleh berlaku semasa prosedur pembedahan laparoskopik menggunakan gas karbon dioksida yang disalurkan ke dalam rongga peritoneum. Gelembung ini berlaku sekiranya terdapat kebocoran pada saluran darah vena. |
capnography | kapnografi | Perubatan | Tiada | Pengukuran kepekatan atau ketegangan dan pemaparan gelombang karbon dioksida berterusan. Karbon dioksida akhir-tidal dipaparkan semasa pembiusan umum. |
lime water | air kapur | Kimia | Tiada | Larutan akueus kalsium hidroksida yang jernih, beralkali, tidak mempunyai bau dan biasanya digunakan untuk mengesan kehadiran gas karbon dioksida. Apabila karbon dioksida dilalukan ke dalam larutan ini, keladak putih kalsium karbonat terbentu, dan jika lebih banyak karbon dioksida dilalukan, keladak putih itu akan hilang dengan terbentuknya kalsium hidrogen karbonat yang larut di dalam air. |
carbon cycle | kitar karbon | Biologi | Ekologi | Kitar biologi yang melibatkan pengambilan dan pengikatan karbon dioksida atmosfera oleh tumbuhan melalui proses fotosintesis, dan berbagai-bagai fenomenon selanjutnya yang membolehkan karbon dioksida tersebut terbebas semula ke udara. Semasa kitaran ini, tumbuhan menukarkan karbon dioksida bebas menjadi sebatian organik kompleks untuk pembentukan tisunya. Apabila tumbuhan dimakan oleh herbivor, sebatian organik tersebut bergabung dengan bahan metabolisme herbivor berkenaan, dan penggabungan yang serupa juga berlaku apabila karnivor memakan herbivor. Karbo dioksida dihasilkan semasa respirasi tumbuhan dan haiwan, dan juga semasa proses pereputan tisu organisma mati oleh bakteria. Pembakaran bahan api, seperti arang juga membebaskan karbon dioksida ke atmosfera. |
carbon dioxide response curves | lengkung gerak balas karbon dioksida | Perubatan | Tiada | Graf lengkungan yang menunjukkan respons ventilasi minit terhadap tekanan separa atau tegangan gas karbon dioksida dalam darah. Tekanan separa karbon dioksida yang tinggi menyebabkan ventilasi minit meningkat. |