Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dipuji

Puisi
 

Kain culas di atas peti,
     Ditekat jangan diberi jangan;
Sudah ikhlas dalam hati,
     Diumpat jangan dipuji jangan.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Harum semerbak mengandung mala.

Bermaksud :

Jasa yang dipuji-puji, tetapi jasa itu diperoleh dengan jalan yang curang. mala = air bangkai yang telah busuk.

 

Lihat selanjutnya...(9)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Soalan : Mak Siti memuji anaknya kerana berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan SPM. Apakah jawapan ayat pasif yang sesuai? Anak Mak Siti dipuji olehnya kerana berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan SPM. ATAU Anaknya dipuji oleh Mak Siti kerana berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan SPM. Tolong berikan penjelasan, terima kasih.Ayat pasif bagi ayat "Mak Siti memuji anaknya kerana berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan SPM" ialah "Anaknya dipuji Mak Siti kerana berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan SPM". Hal ini disebabkan ayat Pasif ialah ayat yang mengandungi kata kerja yang mengutamakan objek asal sebagai judul atau unsur yang diterangkan. Contohnya: Kucing dikejar oleh anjing (daripada: Anjing mengejar kucing). Bagi membantu saudara mendapatkan ciri-ciri ayat pasif, saudara boleh membuat rujukan pada Buku Tatabahasa Dewan bermula muka surat 411.Tatabahasa30.07.2015
mana satu betul? 1)mencincang daging @mencenceng daging 2)mencium durian @mengcium durian 3) sayatidak upaya melayan kerenahnya atau saya tidak berupaya untuk melayan karenahnya. 4)usaha membenteras maksiat itu patut dipuji @ usaha membanteras maksiat itu patut dipuji.

Penggunaan yang betul ialah: 1) mencenceng daging; 2)mencium durian; 3)  saya tidak berupaya untuk melayan kerenahnya; dan 4) usaha membanteras maksiat itu patut dipuji. Untuk mendapatkan tentang ejaan dan tatabahasa, layari laman web kami www.prpm.dbp.gov.my dan tuliskan perkataan (kata kunci) yang diperlukan dalam ruangan CARI dan saudara akan memperoleh data daripada pelbagai bidang termasuklah kamus, istilah, peribahasa dan sebagainya.

Tatabahasa14.05.2011
Yang manakah yang betul? 1 Undang-undang itu sudah kami kuat kuasakan/ kuatkuasakan. 2 Pemandu kereta yang berhemah/berhemat itu patut dipuji. 3 Pengguna yang berhemah/berhemat itu berbelanja mengikut keperluannya. Terima kasih.

Ayat yang betul dari segi tatabahasa  bahasa Melayu adalah seperti yang berikut:

1 Undang-undang itu sudah kami kuat kuasakan/ kuatkuasakan

(Seharusnya: Undang-undang itu telah pun dikuatkuasakan dari pukul 8.00  pagi hingga.....)

2.Pemandu kereta yang berhemah/berhemat itu patut dipuji.

(Seharusnya: Pemandu kereta yang berhemah itu patut dipuji.)

3.Pengguna yang berhemah/berhemat itu berbelanja mengikut keperluannya. 

Seharusnya: Pengguna yang berhemat itu berbelanja mengikut keperluannya.)

Tatabahasa25.02.2009
'Zaidah tersenyum ( apabila / kerana ) dipuji oleh kawan-kawannya.' Manakah yang betul? Mengapa? Terima kasih.Kedua-duanya boleh digunakan mengikut konteks dan situasi, "apabila" bermaksud "semasa/sewaktu" manakala "kerana" bermaksud "sebab".Tatabahasa21.10.2009
Salam, Soalannya, Bakri.........malu apabila dipuji oleh gurunya. (tersenyum-senyum atau tersipu-sipu)Tersipu-sipu.Tatabahasa26.10.2010
Adakah ayat ini diterima...... Murid yang tersangat pandai itu sering dipuji oleh guru-gurunya.Ayat tersebut boleh diterima.Makna26.05.2013
Pasifkan ayat berikut. Mak Siti memuji anaknya kerana berjaya dalam pertandingan itu.Anak Mak Siti dipuji oleh ibunya kerana berjaya dalam pertandinagn itu.Tatabahasa19.07.2013
Slm, Minta check ayat di bawah. 1)Puisi-puisi beliau disanjungi dan diulas oleh para sasterawan Cina yang selepasnya. (perkataan yang harus dibuang?) 2)Beliau merupakan ahli astronomi, ahli matematik, pencipta, dan pemuisi. (tanda , sebelum dan perlu ada atau tidak?? thanks :)1. Puisi-puisi beliau dipuji dan dibicarakan oleh para sasterawan Cina selepasnya.
2. Beliau ialah ahli astronomi, ahli matematik, pencipta dan pemuisi.
Tatabahasa25.08.2015
Wujudkah perbezaan antara kata keterangan dengan inti penerang? Adakah boleh disamakan antara adverb(Bahasa Inggeris) dengan kata keterangan/penerang?Terdapat perbezaan antara kata keterangan adverb. Untuk memahaminya lihat fungsi setiap kelas kata dan contoh ayat yang diberikan. kata keterangan berfungsi menghubungkan keterangan pada klausa utama, contohnya: Pegawai itu sering dipuji kerana rajin bekerja. Kata adverb ialah perkataan yang menerangkan kata kerja, kata adjektif, kata nama dan frasa nama dari segi acara, masa dan tempat, contohnya: Kami selalu memperkatakan hal itu. Untuk maklumat lanjut, rujuk Tatabahasa Dewan halaman 253 dan 289.Tatabahasa22.06.2011
kerana keletihan dia tertidur di bawah pohon itu.(adakah terdapat keselahan pada kerana? bolehkah Kerana diletakkan di depan ayat?)'kerana' ialah kata hubung pancangan keterangan, dan tidak boleh diletakkan di hadapan ayat. Untuk makluman, kata hubung pancangan keterangan atau kata keterangan berfungsi menghubungkan klausa yang menjadi keterangan pada klausa utama. Contohnya: Pegawai itu sering dipuji kerana rajin bekerja. Ayat yang betul ialah: Dia tertidur di bawah pohon itu kerana keletihan.Tatabahasa20.02.2011
12

Kembali ke atas