adakah perkataan "diri sendiri" ditulis seperti "diri-sendiri" atau "diri sendiri"? terima kasih. | Cara penulisan yang betul ialah diri sendiri | Ejaan | 14.09.2017 |
maksud perkataan "perihal diri sendiri" | Maksud perihal diri sendiri ialah keadaan diri sendiri, iaitu perkara yang memerikan, menggambarkan atau menjelaskan diri sendiri untuk mudah difahami. | Makna | 10.07.2009 |
saya pernah bertanya berkenaan perbezaan antara 'Bercinta Dengan Diri Sendiri" dan "Mencintai Diri Sendiri"...dan jawapan diterima ialah kedua-dua frasa tersebut membawa maksud yang sama, iaitu menaruh rasa cinta pada diri sendiri. terima kasih atas jawapan, cuma saya agak keliru dengan penggunaan "Bercinta Dengan Diri Sendiri" kerana saya pernah difahamkan frasa tersebut bermaksud menaruh rasa cinta pada diri sendiri tetapi lebih kepada taksub dengan diri sendiri...manakala tidak bagi frasa "Mencintai Diri Sendiri"...harap Tuan dapat memberi penjelasan..Terima kasih.. | Merujuk Kamus Dewan, tidak ada perbezaan tahap 'menaruh rasa cinta' pada maksud bercinta dan mencintai. Maksud 'menaruh rasa cinta' juga berbentuk abstrak dan boleh boleh diberi pelbagai tafsiran yang berkaitan dengan makna tersebut. | Tatabahasa | 13.09.2012 |
saya ingin bertanya...Apakah perbezaan antara 'Bercinta Dengan Diri Sendiri" dan "Mencintai Diri Sendiri"...Adakah 2 frasa ini membawa makna yang berbeza? | Kedua-dua frasa tersebut membawa maksud yang sama, iaitu menaruh rasa cinta pada diri sendiri. | Tatabahasa | 13.09.2012 |
Yang mana paling tepat: a) "Okey! Satu! Dua! Tiga!" Johan melantik diri sendiri menjadi pengadil. b) "Okey, satu, dua, tiga!" Johan melantik diri sendiri menjadi pengadil. | "Okey, satu, dua, tiga!" Johan melantik diri sendiri menjadi pengadil. Untuk lebih menguasai aspek tanda baca, rujuk buku Gaya Dewan, terbitan DBP. | Ejaan | 03.11.2011 |
Salam sejahtera, En. Sulaiman, Boleh saya tahu, apakah macam mana nak bezakan penggunaan 'diri' dan 'diri sendiri'. Jawapan encik didahulukan dengan ucapan terima kasih. Sekian, terima kasih. Be Lan | Perkataan "diri" boleh merujuk kepada diri orang itu sendiri dan boleh merujuk diri orang lain. Contoh ayat : Silat ialah salah satu seni mempertahankan diri. Perkataan "diri sendiri" merujuk kepada diri individu. Contoh ayat: Ahmad sudah besar dan boleh menguruskan diri sendiri. | Lain-lain | 20.10.2014 |
Dalam hal ini,tidak dapat dinafikan bahawa,anak-anaknya kerap membeli barangan yang tidak berguna dan ketandusan mendapat kecantikkan barang kepada diri sendiri.Bertitik tolak daripada hal itu,mereka menanam tabiat buruk untuk membeli barangan yang tidak berguna di pusat atau di pasaran.Menurut kadar bilangan rakyat Malaysia membuang sampah semakin serius,kerajaan seharusnya merancang pelan dengan sebaik mungkin untuk mencegah masalah atau rintangan ini dalam keadaan berlaku di negara kita.Sebagai analoginya,pihak sekolah sememangnya mengadakan aktiviti cara menabung wang untuk menggelakkan kita menanggung beban berat atas perbelanjaan keperluan barangan.Anak-anak mereka perlulah menerima atau menganjurkan aktiviti dengan semangat yang lebih aktif untuk belajar menguruskan wang.Apakah kepentingan amalan menabung dalam kehidupan seharian?Ironinya,tidak dapat dinafikan bahawa kita dapat menyelesaikan masalah buruk diri sendiri tanpa bergantung pada diri sendiri menarik rambut dalam tepung ,rambut jangan terputus,tepung jangan berselerak. Bolehkah Tuan /Puan memberikan bantuan.Saya nak tahu akan semua ayat ada kesalahan tatabahasa atau kesalahan istilah tak?Jika ada,bolehkah membetulkan kesalahan yang saya buat.Terima kasih | Puan Catherine, semakan yang diminta termasuk dalam semakan dokumen. Untuk makluman pihak puan, DBP ada menyediakan semakan dokumen bahasa Melayu dengan kadar RM8 satu muka surat (saiz huruf 12; Arial/Times New Roman; langkau 2 baris). Sila e-melkan dokumen tuan kepada fadhilah@dbp.gov.my untuk sebut harga dan maklumat lanjut. Terima kasih. | Lain-lain | 27.01.2021 |
Adakah perkataan nafsi memberi maksud pentingkan diri atau kesepunyaan? Apakah maksud perkataan ini yang sebenarnya dalam bahasa melayu? Adakah perkataan ini boleh digunakan dalam karangan bahasa melayu? | Perkataan nafsi tidak membawa maksud kesepunyaan, melainkan berkaitan diri sendiri atau mementingkan diri sendiri. Untuk maklumat lanjut, rujuk http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=nafsi. | Makna | 05.10.2014 |
saya perlu wat laman web diri sendiri. ape yang perlu saya letakkan dlm untuk menu "saya anak yang ke berapa?" maksud saya mcm "status", bg org yang sudah b'kahwin @ bujang. | Bagi membantu, saudara boleh meletakkan "Kedudukan dalam keluarga" atau "Anak ke berapa". | Lain-lain | 07.03.2007 |
Adakah ayat-ayat berikut berbeza maknanya, ataupun ada sebahagian daripada ayat-ayat berikut yang tidak masuk akal: (1) Saya suka saya. (2) Saya suka diri saya. (3) Saya suka diri saya sendiri. (4) Saya suka diri sendiri. (5) Saya sukakan saya. (6) Saya sukakan diri saya. (7) Saya sukakan diri saya sendiri. (8) Saya sukakan diri sendiri. | Ayat yang betul adalah seperti yang berikut: 1) Saya suka akan saya. 2) Saya suka akan diri saya. 3) Saya suka akan diri saya sendiri. 4) Saya suka akan diri sendiri. 6) Saya menyukai diri saya. | Tatabahasa | 07.08.2022 |