Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
sendiri (kata nama)
1. Bersinonim dengan tubuh diri: diri, kediri,
Berantonim dengan orang lain

2. Bersinonim dengan seorang diri: tidak berkawan, berseorangan,
Berantonim dengan berteman

3. Bersinonim dengan sendiri-sendiri: masing-masing

4. Bersinonim dengan hak diri: kepunyaan peribadi, milik diri,

5. Bersinonim dengan terpisah: terasing, tersisih, terpencil, tercerai,

Kata Terbitan : sendirinya, bersendiri, menyendiri, menyendirikan, tersendiri, ketersendirian, sendirian, bersendirian, kesendirian, persendirian, penyendirian, penyendiri,

Puisi
 

Sejuk tubuh diri sendiri,
     Hendak membuat barang makanan;
Nampak pulau sebelah kiri,
     Melihat beting sebelah kanan.


Lihat selanjutnya...(9)
Peribahasa

Buruk muka cermin dibelah.

Bermaksud :

Diri sendiri yang kurang pandai, orang lain yang disalahkan. (Peribahasa lain yang sama makna: Tiada tahu menari, dikatakan lantai jungkang-jungkit).

 

Lihat selanjutnya...(74)


Pantun

PantunSumberTema
Hormat dulu diri sendiri, Itulah tanda orang yang mulia; Jangan dikejar gunung yang berlari, Hilang kabus nampaklah dia.Kurik Kundi Merah SagaPeribahasa
Sejuk tubuh diri sendiri, Hendak membuat barang makanan; Nampak pulau sebelah kiri, Melihat beting sebelah kanan.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
Sakit kaki ditikam duri, Duri landak di perdu sirih; Sakit hati diri sendiri, Barang kehendak nak ambil tak boleh.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Ikan haruan dipanggang tenggiri, Mari masuk ke dalam perahu; Jangan tuan menghina diri sendiri, Sama saja badan berbau.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Sayang Musalmah memakai tudung, Tudung dipakai sebelah kiri; Apa dikenang kepada untung, Untung tak untung diri sendiri.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Orang Cina dari Seberang, Bawa jual ikan tenggiri; Mengata orang jangan sebarang, Tak pernah cermin diri sendiri.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Kalau jadi katakan padi, Jangan ditampi berhari-hari, Kalau tak sudi kata tak sudi, Jangan menyusah diri sendiri.Pantun Melayu SarawakNasihat
Cik Yam turun ke barat, Sampai ke barat terkena duri; Ibarat royan biarlah ada tempat, Insaflah sedikit diri abang sendiri.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Tetak nipah susunnya nipah, Tetak kumati berdiri-diri; Duduk susah berdiri susah, Memikirkan badanku tinggal sendiri.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Cuba-cuba menanam sirih, Cekor ada tumbuh sendiri; Cuba-cuba bertambat kasih, Kalau ada tunjukkan diri.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta

Kembali ke atas