Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
sendiri (kata nama)
1. Bersinonim dengan tubuh diri: diri, kediri,
Berantonim dengan orang lain

2. Bersinonim dengan seorang diri: tidak berkawan, berseorangan,
Berantonim dengan berteman

3. Bersinonim dengan sendiri-sendiri: masing-masing

4. Bersinonim dengan hak diri: kepunyaan peribadi, milik diri,

5. Bersinonim dengan terpisah: terasing, tersisih, terpencil, tercerai,

Kata Terbitan : sendirinya, bersendiri, menyendiri, menyendirikan, tersendiri, ketersendirian, sendirian, bersendirian, kesendirian, persendirian, penyendirian, penyendiri,

Puisi
 

Sejuk tubuh diri sendiri,
     Hendak membuat barang makanan;
Nampak pulau sebelah kiri,
     Melihat beting sebelah kanan.


Lihat selanjutnya...(9)
Peribahasa

Buruk muka cermin dibelah.

Bermaksud :

Diri sendiri yang kurang pandai, orang lain yang disalahkan. (Peribahasa lain yang sama makna: Tiada tahu menari, dikatakan lantai jungkang-jungkit).

 

Lihat selanjutnya...(74)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
nafsi IAr 1. diri sendiri, orang seorang (tidak dgn yg lain); 2. mementingkan diri sendiri, tidak mempedulikan orang lain; nafsi-nafsi, bernafsi-nafsi mementingkan diri sendiri, bersendiri-sendiri, bersendirian: di kota yg ramai dan besar, manusia hidup bernafsi-nafsi, tidak peduli akan orang.Kamus Dewan Edisi Keempat
peribadi1. manusia sbg diri sendiri (diri per­seorangan): perkara ini adalah soal diriku sendiri, soal ~; pendapat ~ pendapat sendiri seseorang (sbg orang perseorangan); pengawal (penolong, setiausaha) ~ pengawal (pe­nolong, setiausaha) utk diri sendiri; 2. sifat­-sifat (kelakuan, sikap, dll) seseorang yg sudah sebati dgn dirinya sendiri utk merupakan wataknya (yg terasing drpd yg umum): puasa adalah satu drpd beberapa latihan utk membentuk kesopanan dan ~ yg tinggi; berperibadi mempunyai peribadi (sifat-sifat dll diri sendiri): seorang pengarang harus merupakan seorang manusia yg ~ sendiri, dgn pendapatnya dan pendiriannya sendiri; keperibadian perihal peribadi, sifat (watak, ciri-ciri, dsb) yg khusus terdapat pd seseorang, bangsa, dsb: keistimewaan cerpen-cerpen ini terletak pd kejayaan pengarang mencipta watak-watak yg diberi ~ orang Melayu kampung; faham komunis hendak membuat manusia hidup sbg mesin yg tidak mempunyai ~; ~ bangsa; ~ Islam; berkeperibadian mempunyai keperibadian: usaha membina bangsa Malaysia yg kreatif, dinamis dan ~ sendiri.Kamus Dewan Edisi Keempat
ego/égo/ 1 sifat-sifat seseorang sbg individu (kelakuannya, keupayaannya berfikir dsb); keperibadian. 2 perasaan mementingkan diri atau menganggp diri sendiri lebih (mulia, istimewa dsb) drpd orang lain; perasaan megah akan diri sendiri: Dia tidak mengaku bersalah kerana ~nya terlalu tinggi. keegoan keadaan atau sifat mementingkan diri sendiri; sifat bermegah akan diri sendiri.Kamus Pelajar Edisi Kedua
keegoankeadaan atau sifat mementingkan diri sendiri; sifat bermegah akan diri sendiri.Kamus Pelajar Edisi Kedua
mementingkan diri sendirimemi­kirkan hal (keuntungan) diri sendiri;Kamus Dewan Edisi Keempat
egoisme(égoisme) (Psi) sikap (kelakuan) yg mementingkan diri sendiri atau menganggap diri sendiri lebih penting drpd orang lain.Kamus Dewan Edisi Keempat
kepercayaan akan (kpd) diri sendirikepercayaan (keyakinan) pd kebolehan diri sendiri;Kamus Dewan Edisi Keempat
ego/égo/ 1. sifat-sifat seseorang sbg individu (kelakuannya, keupayaannya berfikir dsb); keperibadian. 2. perasaan mementingkan diri atau menganggap diri sendiri lebih (mulia, istimewa dsb) drpd orang lain; perasaan megah akan diri sendiri: Dia tidak mengaku bersalah kerana ~nya terlalu tinggi. keegoan keadaan atau sifat mementingkan diri sendiri; sifat bermegah akan diri sendiri.Kamus Pelajar
egomania(égomania) sifat atau perasaan terlalu sayang akan diri sendiri dan mementingkan segala kemahuan diri sendiri sahaja.Kamus Dewan Edisi Keempat
rengkuh; merengkuh menarik atau mendekatkan sesuatu ke arah diri sendiri; meraih: ~ dayung. rengkuhan hal merengkuh; tarikan ke arah diri sendiri. perengkuh alat utk merengkuh.Kamus Pelajar Edisi Kedua
12345678910...

Kembali ke atas