Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[dis.kaun] | ديسکاءون

Definisi : potongan drpd harga atau nilai penuh sesuatu barang atau perkhidmatan; mendiskaun memberikan diskaun; pendiskaunan perihal mendiskaun. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[dis.kaun] | ديسکاءون

Definisi : potongan harga atau jumlah wang yg dikurangkan drpd harga penuh (asal). ~ niaga diskaun yg diberikan kpd pemborong kerana membeli secara tunai dan besar-besaran. ~ tunai diskaun yg diberikan oleh penjual kpd pembeli utk menggalakkan pembeli membayar dgn segera (secara tunai). mendiskaun memberikan diskaun atau membuat potongan pd harga penuh: Penjual itu telah ~ harga buku-buku yg saya beli. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata diskaun


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SETEM PERDAGANGAN

Setem perdagangan ialah premium atau

bonus yang diberikan oleh peruncit kepada

pembeli barangan yang membeli secara tunai.

Setem ini dikumpulkan untuk ditukarkan dengan

barangan lain ataupun untuk mendapatkan

diskaun daripada barang dagangan peruncit

tersebut. Syarikat setem perdagangan menjual

setem itu kepada peruncit. Syarikat juga boleh

menebus (menukar) setem tersebut untuk

mendapatkan pelbagai barangan seperti

perkakas, barangan rumah atau peralatan sukan.

Kedai koperasi mungkin memberikan setem bagi

setiap pembelian. Setem ini juga boleh ditukarkan

untuk barangan lain di kedai koperasi. Ahli

perniagaan Amerika, Thomas Sperry,

menubuhkan syarikat setem perdagangan yang

pertama pada tahun 1896. Walaupun penggunaan

setem ini telah merosot, masih terdapat syarikat

yang memberikan setem ini untuk meningkatkan

hasil jualan.

UMUM 

Kembali ke atas