Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[dis.kaun] | ديسکاءون

Definisi : potongan drpd harga atau nilai penuh sesuatu barang atau perkhidmatan; mendiskaun memberikan diskaun; pendiskaunan perihal mendiskaun. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[dis.kaun] | ديسکاءون

Definisi : potongan harga atau jumlah wang yg dikurangkan drpd harga penuh (asal). ~ niaga diskaun yg diberikan kpd pemborong kerana membeli secara tunai dan besar-besaran. ~ tunai diskaun yg diberikan oleh penjual kpd pembeli utk menggalakkan pembeli membayar dgn segera (secara tunai). mendiskaun memberikan diskaun atau membuat potongan pd harga penuh: Penjual itu telah ~ harga buku-buku yg saya beli. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata diskaun


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
diskaundiskaunMatematikTiadaPotongan harga barang jualan. Potongan harga biasanya ditentukan dengan menolak beberapa peratus daripada harga asal.
frequency discountdiskaun kekerapanKomunikasiKorporatDiskaun yang dikira berdasarkan kekerapan sesebuah organisasi menggunakan ruang tempahan iklan dalam sesuatu media bagi tempoh tertentu. Diskaun yang diberikan boleh dalam bentuk penyiaran berita mengenai organisasi yang ditulis oleh pihak media tanpa dikenakan sebarang bayaran atau hanya mengenakan bayaran minimum. Agensi pengiklanan perlu mengemukakan bukti kekerapan penggunaan ruang iklan kepada agensi penerbitan akhbar untuk mendapatkan diskaun. Selain itu, pihak agensi pengiklanan perlu menghantar kontrak yang menyatakan jumlah unit iklan yang mahu dimasukkan bagi sesuatu tempoh pengiklanan yang akan datang. Pengiklan boleh memilih sebarang jadual siaran bagi penyewaan ruang masa iklan di sepanjang tempoh kontrak masih sah.
discountdiskaunEkonomiTiada1. Potongan ke atas harga barang yang dibeli secara tunai. Harga barang tersebut adalah lebih rendah berbanding dengan harga yang dibayar secara ansuran. Diskaun menggalakkan pembelian secara tunai. Sinonim diskaun tunai. 2. Perbezaan antara harga pembelian saham atau aset kewangan yang lebih rendah daripada nilai mukanya. Diskaun ini bergantung pada tempoh matang belum habis dan risiko yang terlibat dengan pemegangan aset tersebut.
discount yieldkadar hasil diskaunPentadbiran PerniagaanTiadaKadar hasil sesuatu sekuriti hutang dijual dengan diskaun daripada nilai muka, yang diasaskan atas perbezaan antara harga diskaun dengan nilai muka.
low discountdiskaun rendahEkonomiEkonomi IslamDiskaun yang diberikan kepada harga bon kupon sifar yang dijual semasa penerbitan dengan kadar yang rendah. Hal ini bermakna, harga jualan semasa penerbitan menghampiri harga bon semasa ditebus, iaitu pada nilai muka. Sebagai faktor tarikan, bon ini akan dikeluarkan bersama dengan hak langganan boleh pindah (TSRs) atau waran supaya dapat menjana pulangan keseluruhan yang lumayan kepada pemegang bon. Lihat juga bon berkait ekuiti.
deep discountdiskaun tinggiEkonomiEkonomi IslamDiskaun yang diberikan kepada harga bon kupon sifar yang dijual semasa penerbitan dengan kadar yang tinggi. Hal ini bermakna, harga jualan bon semasa penerbitan jauh lebih rendah berbanding harga bon semasa ditebus pada masa matang (nilai muka). Perbezaan harga yang tinggi ini bertujuan untuk mendorong pembeli supaya membeli bon kupon sifar memandangkan bon ini tidak menyediakan pulangan tahunan.
cash discountdiskaun tunaiEkonomiTiadaLihat diskaun 1.
chain discountdiskaun rantaianMatematikTiadaSatu siri diskaun yang terdapat daripada senarai harga.
bulk purchase discountdiskaun beli pukalPentadbiranTiadaDiskaun yang diberi terhadap pembelian barangan secara besar-besaran.
good student discountdiskaun pelajar baikPentadbiran PerniagaanTiadaDiskaun dalam insurans motor yang diberikan kepada pelajar yang mencapai kecemerlangan akademik. Terbukti bahawa ada hubungan di antara kecemerlangan pelajar dengan kecermatan memandu.
12345678910...

Kembali ke atas