Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ditambahkan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
colouring diepewarnaPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanBahan yang ditambahkan ke dalam pulpa atau kertas untuk memberikan warna yang dikehendaki. Pewarna ditambahkan pada alat pemukul, atau pada bahan lain sebelum sampai ke mesin kertas. Pewarna dikelaskan kepada warna organik buatan dan pewarna tak organik. Pewarna organik buatan lebih popular, dan dikelaskan pula kepada pewarna asid, pewarna bes, atau pewarna salfan.
adjuvantadjuvanBiologiPatologiBahan yang ditambahkan kepada ramuan aktif sesuatu pestisid (atau bahan lain, misalnya antibodi) untuk meningkatkan sifat kimia atau fizik racun (antibodi) tersebut suapay lebih berkesan, tahan simpan, mudah melekat pada perumah atau untuk tujuan lain. biasanya adjuvan ditambahkan dalam kadar yang sedikit sahaja sebelum sesuatu pestisid digunakan. Contoh adjuvan ialah agen pemerai, bahan permukaan, bahan pengaman dan bahan pelekat.
dispersantpenyerakKejuruteraanPetroleumBahan kimia yang mempunyai kemampuan meningkatkan daya serakan dari suatu fasa terserak, bila ia ditambahkan ke dalam sesuatu bendalir. Khas untuk simen, istilah “penyerak” bererti bahan tambah simen yang bila ditambahkan ke dalam buburan simen, akan mengurangkan kekonsistenan buburan tersebut.
food additivebahan tambahan makananMakanan dan PemakananMakananBahan kimia yang ditambahkan dalam jumlah yang sedikit ke dalam makanan dengan sengaja untuk meningkatkan kualiti makanan dari segi tekstur, warna, perisa, rasa, rupa bentuk, keseragaman atau sebagai pengawet semasa pemprosesan. Aditif makanan menjadi sebahagian daripada makanan tersebut. Bahan ini juga ditambahkan sebagai pengemulsi, pemekat, pemanis, penambah perisa dan lain-lain lagi. Antara contoh aditif makanan ialah lesitin, gam arabik, aspartam, benzoat dan monosodium glutamat.
inertlengaiBiologiPatologiBahan yang ditambahkan pada ramuan aktif sesuatu pestisid dan berfungsi menentukan perumusan pestisid tersebut. Lengai terdiri daripada adjuvan dan pembawa.
fertilizerbajaKimiaTiadaBahan yang ditambahkan kepada tanah untuk meningkatkan kandungan unsur nutrien tumbuhan dan untuk mengubahsuaikan keasidan atau kealkalian tanah. Misalnya, ammonium sulfat dan natrium nitrat.
antioxidantpengantioksidaKimiaTiadaAgen yang ditambahkan kepada sesuatu bahan seperti getah, plastik, cat, dan minyak untuk mencegah bahan tersebut daripada teroksida.
initiatorpemulaPerubatanTiadaBahan kimia yang ditambahkan ke resin untuk memulakan pempolimeran.
carrierbahan pembawaBiologiPatologiBahan yang ditambahkan pada ramuan aktif pestisid sebagai bahan lengai atau pelarut. Tanah kaolin atau tanah liat sering digunakan sebagai pembawa bagi fungisid belerang (S).
carrierbahan pembawaKimiaTiadaBahan yang ditambahkan pada ramuan aktif pestisid sebagai bahan lengai atau pelarut. Tanah kaolin atau tanah liat sering digunakan sebagai pembawa bagi fungisid belerang (S).
12345678910...

Kembali ke atas