Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata diterbitkan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
di manakah kamus dewan diterbitkan?Kamus Dewan diterbitkan di Dewan Bahasa dan Pustaka.Lain-lain18.05.2013
SALAM. Bagaimanakah cara untuk karya penulisan puisi saya diterbitkan ? SEKIAN, TERIMA KASIH.Waalaikumussalam, Tuan.

Tuan ingin karya (puisi) yang dimaksudkan itu diterbitkan dalam majalah terbitan DBP ataupun diterbitkan dalam bentuk buku?
    Sekiranya karya tuan itu untuk diterbitkan dalam majalah, tuan boleh menghantarkannya terus kepada Ketua Editor, Bahagian Majalah, Aras 20, Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur. Sekiranya karya (manuskrip) itu untuk dipertimbangkan penerbitannya dalam bentuk buku/e-buku, tuan boleh menghantar karya tuan itu kepada Pengarah Penerbitan, Aras 10, Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur. Sekiranya tuan memerlukan maklumat lanjut, tuan boleh menghubungi saya melalui telefon 03-21479697. Terima kasih.
Lain-lain04.01.2017
berapakan bilangan jurnal (BM/BI) yang diterbitkan oleh DBP sejak daripada penubuhannya. Bolehkah saya mendapatkan data tentang jurnal yang diterbitkan oleh DBP?

Jurnal yang diterbitkan oleh DBP

Jurnal Bahasa( Bahasa Melayu)

Kanun( Bahasa Melayu)

Malay Literature( Bahasa Inggeris)

Perisa(Bahasa Melayu)*

Jurnal Antarabangsa Dunia Melayu( Bahasa Melayu)*

* Jurnal ini tidak lagi diterbitkan

 

 

 

Lain-lain08.04.2010
Salam hormat, 1-Berapa lamakah sesebuah karya itu boleh diterbitkan ? 2-Adakah karya yang gagal diterbitkan akan dipulangkan atau sekadar pemberitahuan sahaja ? 3-Tiadakah bengkel penulisan kreatif pada waktu terdekat ini ?

Tempoh  sesebuah karya itu boleh diterbitkan adalah berbeza antara setiap penerbit. Mengikut piagam pelanggan DBP, karya akan diterbitkan dalam tempoh kurang sembilan bulan selepas manuskrip lengkap diterima terutamanya bagi karya kreatif. Karya yang tidak diluluskan untuk penerbitan akan dipulangkan kepada penulisnya. Untuk mendapatkan makluman tentang bengkel penulisan kreatif anjuran DBP,  sila hubungi Ketua Bahagian Pembinaan Bakat dan Kepakaran, Puan Siti Aisah Murad di alamat e-mel  aisah@dbp.gov.my

Lain-lain31.10.2010
Saya ingin bertanya sama ada Jurnal Bahasa masih diterbitkan. Kepada siapakah makalah boleh dihantar?

Jurnal Bahasa masih diterbitkan oleh DBP. Makalah yang ditulis  untuk diterbitkan dalam Jurnal Bahasa bolehlah dihantar kepada editornya, Zaiton Darois melalui emel zaiton6@dbp.gov,my

 

Lain-lain30.03.2010
assalamualaikum tuan/puan, di mana saya boleh beli buku Sejarah Tamadun Islam, terbitan DBP, 2005? Apakah sudah tidak diterbitkan dan adakah akan diterbitkan di masa hadapan? tk
Salam tuan,

Pembelian buku secara dalam talian

Untuk makluman, buku Sejarah Tamadun Islam, terbitan DBP, 2005 sudah tiada dalam stok. Buat masa ini, buku tersebut belum lagi disenaraikan untuk dibuat cetakan semula. Sehubungan dengan itu, sekiranya pihak tuan ingin membuat pembelian buku terbitan DBP secara dalam talian, bolehlah melayari https://dbpniaga.my. 

Sekian, terima kasih.
Lain-lain20.11.2021
Apa sudah jadi dengan laman karyanet? Apakah e-buku yang diterbitkan dan tidak boleh lagi dilanggan akan diterbitkan oleh DBP dalam bentuk buku biasa?

Tuan boleh mendapatkan naskah bercetak (POD) bagi e-buku yang diterbitkan dalam Karyanet. Sila berikan tajuk buku tersebut dan kami akan membuat semakan sama ada tajuk tersebut masih ada dalam simpanan. Pihak kami juga sedang menimbangkan untuk menerbitkan e-buku tersebut dalam bentuk buku biasa jika didapati ada keperluan.

Lain-lain09.12.2010
Saya ingin menerbitkan hasil penulisan thesis yang mana bahan tersebut belum pernah diterbitkan, namun saya tidak tahu bagaimana caranya.Bahan tesis yang hendak diterbitkan perlu diolah semula sebelum boleh diterbitkan. Dewan Bahasa dan Pustaka ada menyediakan Garis Panduan Daripada Tesis Kepada Buku. Sila dapatkan garis panduan ini untuk membantu puan mengolah semula bahan tesis, sebelum dikemukakan kepada Jabatan Penerbitan, DBP.Lain-lain06.01.2010
Saya berminat untuk menjadi kolumnis untuk majalah dewan seperti Dewan Kanak-kanak dan Dewan Siswa. Bagaimanakah caranya?Majalah Dewan kanak-kanak tidak diterbitkan oleh DBP. Yang diterbitkan ialah Dewan Pelajar. Majalah Dewan Pelajar dan Dewan Siswa tidak menyediakan ruang untuk kolumnis. Lain-lain30.03.2010
1)Apakah kriteria-kriteria yang dititikberatkan ketika pemilihan sesuatu karya untuk diterbitkan? 2)Bagaimanakah caranya pengkarya untuk mengetahui sesuatu karya yang dihantar telah berjaya diterbitkan? 3)Berapakah royalti bagi sesebuah puisi dan cerpen?

1 Kriteria pemilihan:

(i) Isi: Keaslian idea, ketepatan fakta, dan perkara yang ditulis tidak bertentangan dengan agama Islam, undang-undang, kesusilaan, dan kepentingan negara.

(ii) Cara Persembahan: Penyusunan idea yang logik, kemas, dan sesuai dengan sasaran (pembaca umum, ahli akademik, kanak-kanak dan remaja).

(iii) Bahasa: Penggunaan bahasa yang baik dan istilah yang tepat; ejaan dan tanda baca yang betul serta sesuai dengan sasaran.

(iv) Pasaran: Mempunyai potensi pasaran yang luas.

2 Pengurus projek akan memaklumkan kepada penulis melalui surat sama ada karya tersebut wajar diterbitkan ataupun tidak.

3. Kadar royalti untuk kumpulan puisi ataupun cerpen ialah 12%. Dewan Bahasa dan Pustaka akan membayar 50% apabila buku terbit dan 50% lagi berdasarkan jualan buku.

Lain-lain28.04.2008
12345678910...

Kembali ke atas