Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata diucapkan

Peribahasa

Mulut terlanjur,
     emas tentangannya.

Bermaksud :

Perkataan (janji) yang sudah diucapkan harus ditepati.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Yang manakah ungkapan yang betul? Terima kasih diucapkan kepada YB Senator di atas jawapan yang diberikan. atau Terima kasih diucapkan kepada YB Menteri atas jawapan yang diberikan. Ungkapan yang pertama kerap didengari semasa Langsung Dari Parlimen. Terima kasih.

Ungkapan yang betul ialah "terima kasih diucapkan kepada YB Menteri atas jawapan yang diberikan."

Lain-lain30.03.2022
Salam diucapkan kepada pihak pentadbir DBP. Saya mahu minta cadangan mengenai padanan istilah untuk kata "synarchism" dalam bahasa Melayu. Adakah benar padanan sesuai yang dapat diberikan untuk perkataan tersebut ialah "Sinarkisme"? Menurut Wikipedia, Synarchism ialah: "Synarchism generally means "joint rule" or "harmonious rule". Beyond this general definition, both synarchism and synarchy have been used to denote rule by a secret elite in Vichy France, Italy, China, Hong Kong and Mexico."Cadangan padanan istilah bahasa Inggeris synarchism dalam bahasa Melayu ialah "sinarkisme". Pembentukan ini dibuat berdasarkan penyerapan daripada perkataan bahasa Inggeris dengan penyesuaian ejaan.Istilah03.02.2021
Terima kasih diucapkan terlebih dahulu. Di sini, saya ingin bertanya satu soalan,Diharap tuan dapat membantu saya. Antara rakan sekalian dan rakan-rakan sekalian, yang mana betul?Kedua-duanya boleh digunakan.Lain-lain20.06.2009
Yang manakah ucapan selamat yang betul terutama untuk diucapkan dalam majlis yang berlangsung pada waktu malam, selamat malam atau selamat petang? Terima kasih.

Majlis pada waktu malam diucapkan selamat malam, iaitu antara pukul 7.00 hingga 11.59 malam, manakala majlis pada watu petang, antara pukul 2.00 hingga 6.59 petang, diucapkan selamat petang.

Tatabahasa07.03.2009
Apakah ejaan yang betul untuk ucapan 'minal aidin wal faizin' yang biasa diucapkan pada hari raya?Ungkapan "minal aidin wal faizin" ialah bahasa Arab yang diucapkan bagi mendoakan kebaikan kepada orang lain. Tiada ejaan standard dalam bahasa Melayu, kecuali pada kelazimannya dieja mengikut sebutan dalam bahasa Arab. Oleh itu, dalam konteks rasmi lebih baik digunakan ucapan dalam bahasa Melayu, seperti "semoga Allah menerima segala amalanmu".Lain-lain30.04.2022
Berikan konsep ucapan. Berikan ciri-ciri ucapan. Bagaimanakah kaedah penyampaian ucapan yang baik?Konsep ucapan ialah apa yang diucapkan, perkataan atau kata-kata yg diucapkan. Ini termasuk cara menyebut sesuatu kata, lafaz atau sebutan. Ucapan ini juga termasuklah syarahan atau pidato, Untuk mempelajari penyampaian ucapan yg baik, sdr perlukan latihan berterusan, kawalan suara, sebutan yg jelas termasuk intonasi dan sbgnya. Perkara lain yang perlu diberikan perhatian ialah audiens yang hadir sewaktu sdr memberikan ucapan, Adakah audiens itu dari golongan remaja, kanak-kanak ataupun orang dewasa. Untuk maklumat lanjut ttg mendapatkan kaedah yang baik dan bernas dalam pengucapan, saya cadangkan sdr berhubung dgn pihak MADUM, iaitu Majlis Debat Universiti Malaysia. Sdr akan diberikan penerangan selanjutnya ttg teknik ucapan yg baik dan sebagainya. Selamat Maju Jaya. Terima kasih.   Lain-lain16.07.2008
Selamat sejahtera diucapkan. Saya mempunyai satu kemusykilan tentang ayat majmuk. Diharap pihak tuan/puan dapat membantu saya. i) Kain sari itu berkualiti. ii) Kain sari itu dhasilkan dengan teliti. Ayat majmuk untuk kedua-dua ayat tunggal di atas ialah: a) Kain sari yang berkualiti itu dihasilkan dengan teliti. b) Kain sari itu berkualiti dan diahasilkan dengan teliti. a atau b merupakan jawapan yang tepat? Ribuan terima kasih diucapkan terlebih dahulu.

Encik Teoh,

Ayat majmuk ialah ayat yang dibina dengan mencantumkan dua ayat tunggal atau lebih, dan percantuman ayat-ayat itu disusun mengikut cara tertentu sehingga menjadikannya ayat baharu.

Berdasarkan ayat di atas, jelas menunjukkan bahawa ayat  tersebut merupakan ayat majmuk kerana mempunyai dua ayat tunggal. Akan tetapi,  kedua-dua ayat ini boleh dijadikan satu ayat dengan menggabungkan atau mencantumkan ayat-ayat  tersebut dengan kata hubung dan, atau, tetapi, dan sebagainya.  Proses gabungan ini dipanggil ayat majmuk gabungan.  Oleh itu, ayat sdr akan dibina seperti berikut:

     Kain sari itu berkualiti dan dihasilkan dengan teliti.

Untuk makluman sdr, ayat (i) dan (ii) mempunyai unsur yang sama dan diulang, iaitu kain sari. Oleh itu, bahagian yang sama itu boleh digugurkan dan ditambah dengan kata hubung "dan".

Tatabahasa27.03.2009
jenis dan fungsi ayat berita, ayat tanya, ayat perintah dan ayat seru?Ayat seruan ialah ayat yang diucapkan  dengan nada atau itonasi seruan untuk tujuan melahirkan suatu keadaan perasaan, seerti takut, marah, takjub, geram dan sakit. Ayat tanya pula ialah ayat yang digunakan untuk tujuan menanyakan sesuatu. Ayat perintah ialah ayat yang diucapkan dengan tujuan untuk menimbulkan sesuatu tindakan. Perintah ditujukan untuk orang kedua. Untuk keterangan lanjut sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga.Tatabahasa09.04.2009
Saya ingin bertanya tentang penggunan istilah: 1. Ujian Lisan 2. Ujian Lisan Bertutur 3. Ujian Lisan Mendengar Adakah istilah 2 dan 3 wujud sedangkan Lisan bermakna bertutur dan mendengar.Lisan bermaksud sesuatu yang diucapkan, frasa Ujian Lisan telah merangkumi maksud bertutur dan pemeriksa mendengar apa yang diucapkan.Tatabahasa17.07.2014
Ucapan terima kasih diucapkan terlebih dahulu kerana telah menjawab banyak kemusykilan saya. Soalan saya seterusnya ialah, antara "Saya sekeluarga suka makan durian." dan "Sekeluarga saya suka makan durian." yang mana betul? "saya sekeluarga" tepat atau "sekeluarga saya" tepat? Terima kasih.Yang betul ialah saya sekeluarga suka makan durian.Tatabahasa17.01.2009
12345678910...

Kembali ke atas