Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[di.vi.den] | ديۏيدن

Definisi : bahagian keuntungan yg dibayar kpd pemegang saham dlm sesuatu syarikat; ~ bonus dividen tambahan yg berupa saham atau tunai kpd dividen yg telah diisytiharkan sebelumnya; ~ saham dividen yg diterima oleh pemegang saham yg berupa tambahan saham (bukan dlm bentuk tunai). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[di.vi.den] | ديۏيدن

Definisi : bahagian keuntungan yg diberikan kpd pemegang syer (saham dll): ASN telah memberikan ~ sebanyak 10% kpd pemegang-pemegang sahamnya pd tahun 1982. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dividen


Glosari Matematik Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
dividendividendNombor yang boleh dibahagi dengan nombor yang lain. Contohnya, 8 ÷ 4 = 2. Oleh itu, 8 merupakan dividen.Menengah Atas
dividendividendKeuntungan yang diberikan kepada pelabur atau pemegang saham.Menengah Rendah
dividendividendUntung yang diberikan ke atas wang yang dilaburkan untuk perniagaan atau saham.Sekolah Rendah
sahamstockPengongsian modal dalam sesuatu perniagaan yang melayakkan pemilik saham menerima dividen.Sekolah Rendah
sumber pendapatansource of incomeHasil yang diperoleh daripada pekerjaan atau transaksi seperti gaji, elaun, dividen dan faedah simpanan.Sekolah Rendah

Kembali ke atas