Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata doktor;


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya mendapat soalan tatabahasa sebegini: Mereka bakal menjadi perintis bagi doktor-doktor Melayu _______ (lulus) Universiti Kebangsaan. Adakah jawapannya lulusan atau kelulusan, atau kedua-duanya diterima pakai? Terima kasih.Jawapan yang lebih sesuai ialah lulusan.Tatabahasa08.10.2015
Assalamualaikum. Tuan/Puan. Saya Dr Firdaus. Boleh dapatkan pengesahan pengunaan bahasa bagi pertubuhan untuk doktor- doktor. Eng : Intergrative Pain International Network Bahasa : Pertubuhan Rawatan Intergrasi Kesakitan Antrabangsa Soalan saya, PAIN dalam nama pertubuhan di atas betul di terjemahkan sbagai KESAKITAN? Dalam English, pain management.Perkataan "pain" boleh diterjemahkan sebagai "kesakitan". Namun, kami mencadangkan "Intergrative Pain International Network" diterjemahkan sebagai "Pertubuhan Rawatan Kesakitan Bersepadu Antarabangsa". Padanan ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa.Istilah20.09.2021
Perbezaan penggunaan perkataan Doktor PHD dengan Doktor Perubatan... Adakah doktor PHD kena guna DR atau Dr?Tidak ada perbezaan dalam penggunaan singkatan untuk gelaran doktor falsafah dan doktor perubatan. Kedua-duanya ditulis sebagai Dr. sebagai singkatan perkataan doktor. Ejaan13.10.2019
apakah perbezaan DR dan Drs juga perbezaan Dato' dan Datuk1. Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, "Dr." ialah kependekan untuk "doktor". Doktor bermaksud 1. orang yang berkelayakan (bertauliah) mengamalkan perubatan  2. orang yang telah mendapat ijazah tertinggi dalam sesuatu pe­ngajian.  "Drs." berasal daripada bahasa Indonesia dan merupakan kependekan untuk doktorandus (lelaki). Doktorandus bermaksud lelaki yang lulus peperiksaan terakhir di universiti (sebelum mendapat gelaran doktor).

2. Gelaran Dato' diperoleh apabila seseorang itu dianugerahkan pingat kebesaran oleh negeri yang bersultan/beraja, manakala gelaran Datuk diperoleh apabila seseorang itu dianugerahkan pingat kebesaran oleh DYMM Yang di-Pertuan Agong dan negeri-negeri yang tidak bersultan.
Makna04.02.2014
Apa beza doktor falsafah dengan doktor perubatan?
Terdapat perbezaan antara doktor falsafah dan doktor perubatan. Frasa doktor falsafah merujuk kepada 'ijazah tertinggi yang diberikan kepada seseorang siswazah lanjutan, kecuali bagi bidang undang-undang dan perubatan, yang menamatkan pengajiannya dan disertasinya diluluskan oleh majlis yang terdiri daripada para profesor'; manakala doktor atau doktor perubatan ialah 'orang yang memiliki ijazah dalam bidang perubatan dan mempunyai kelayakan atau tauliah utk mengamalkan perubatan, seperti merawat orang sakit'.
Makna24.08.2023
Apakah beza antara doktor biasa dan doktor falsafah
Berdasarkan Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020), terdapat perbezaan makna antara kata doktor dengan doktor falsafah, iaitu:

doktor
n 1 orang yg memiliki ijazah dlm bidang perubatan dan mempunyai kelayakan atau tauliah utk mengamalkan perubatan, spt merawat orang sakit: Pemeriksaan doktor mengesahkan dia menghidap penyakit barah pd pangkal rahim.
2 gelaran atau panggilan bagi orang yg mempunyai kelayakan utk mengamalkan perubatan atau mendapat ijazah tertinggi dlm sst pengajian di pusat pengajian tinggi: Dia teringat pd Doktor Rashid di Fakulti Perubatan.tBolehkah doktor terangkan apakah cara utk merawat penyakit tsb?
3 orang yg mendapat ijazah tertinggi dlm sst pengajian di pusat pengajian tinggi: Doktor Bahasa dan Kesusasteraan;

doktor falsafah ijazah tertinggi yg diberikan kpd sso siswazah lanjutan, kecuali bagi bidang undang-undang dan perubatan, yg menamatkan pengajiannya dan disertasinya diluluskan oleh majlis yg terdiri drp para profesor.
Makna24.08.2023
Mohon pencerahan, mana satu yang betul. 1. Ijazah Kehormat Doktor Kepimpinan Islam; 2. Ijazah Kehormat Doktor (Kepimpinan Islam); 3. Ijazah Kehormat Doktor Falsafah Kepimpinan Islam; 4. Ijazah Kehormat Doktor Falsafah (Kepimpinan Islam); 5. Ijazah Doktor Kehormat Kepimpinan Islam; 6. Ijazah Doktor Kehormat (Kepimpinan Islam); 7. Ijazah Doktor Falsafah Kehormat Kepimpinan Islam; atau 8. Ijazah Doktor Falsafah Kehormat (Kepimpinan Islam).Frasa yang betul ialah Ijazah Kehormat Doktor Falsafah Kepimpinan Islam.Tatabahasa17.03.2019
Asslamualaikum, Tuan, saya ingin kepastian tentang penulisan gelaran doktor falsafah dan doktor perubatan dalam dokumen rasmi. Benarkah ada perbezaan dari segi huruf besar (DR.) untuk doktor perubatan dan huruf kecil (Dr.) untuk doktor falsafah. Saya pernah terbaca jawapan tuan tentang perkara ini pada tahun 2014 dalam rekod PRPM tetapi apabila saya ingin merujuk fakta ini dalam PRPM, maklumat itu sudah tiada. Oleh itu, saya ingin kepastian sama ada telah berlaku sebarang perubahan cara penulisan singkatan DR. dan Dr. antara doktor perubatan dengan doktor fafsafah. Terima kasih, tuanWaalaikumussalam, bagi penggunaan gelaran Dr. adalah sama bagi gelaran doktor falsafah atau doktor perubatan dalam dokumen rasmiLain-lain10.09.2019
Contoh penulisan dalam buku: Oleh kerana penyakitnya semakin teruk, Aina terus berjumpa doktor pakar di sebuah hospital swasta. Selepas pemeriksaan dibuat, Aina bertanya pada Doktor Mansor, "Kenapa dengan saya Doktor? Adakah penyakit saya ini serius?" Soalan saya: Doktor yang merujuk Doktor Mansor itu perlu ditulis menggunakan huruf besar atau tidak?

Salam sejahtera,

Menerusi ayat yang dikemukakan oleh saudari, nama Doktor Mansor dalam ayat perlu ditulis dalam singkatan  iaitu 'Dr.' Ayat: Oleh kerana penyakitnya semakin serius, Aina segera berjumpa doktor pakar di sebuah hospital swasta. Selepas pemeriksaan dilakukan, Aina bertanya kepada Dr. Mansor, "Kenapa dengan saya doktor? Adakah penyakit saya ini serius?." 

Untuk ayat 'Kenapa dengan saya doktor?' perkataan doktor ditulis dengan huruf kecil.

Tatabahasa23.10.2012
Adakah terdapat perbezaan dari segi ejaan penggunaan Dr. bagi doktor perubatan dengan doktor falsafah? Ada pendapat yg menyatakan Dr. adalah untuk Dr falsafah manakala dR @ DR untuk doktor perubatan. Adakah benar pendapat itu?Tidak ada perbezaan untuk ejaan singkatan bagi doktor falsafah atau doktor perubatan, kedua-duanya dieja sebagai Dr. (dengan tanda titik).Tatabahasa18.11.2011
12345678910...

Kembali ke atas