Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[dok.tor] | دوکتور

Definisi : 1. orang yg berkelayakan (bertauliah) mengamalkan perubatan: lima orang ~ telah memeriksa dan merawat Perdana Menteri di hospital di London; 2. orang yg telah mendapat ijazah tertinggi dlm sesuatu pe­ngajian: ~ Bahasa dan Kesusasteraan; ~ ilmu hukum; ~ bedah doktor yg berkelayakan utk me­lakukan pembedahan; ~ falsafah ijazah yg tertinggi yg diberikan kpd seseorang siswazah lanjutan yg menamatkan pengajian­nya dan disertasinya diluluskan oleh majlis yg terdiri drpd para profesor; ~ gigi doktor yg ahli dlm hal gigi dan penyakit gigi; ~ gula Id ahli dlm perusahaan gula; ~ haiwan = ~ binatang bp doktor yg mendapat latihan khusus tentang penyakit binatang dan cara merawatnya; ~ jiwa doktor yg pakar dlm penyakit jiwa; ~ mata doktor yg pakar mengenai rawatan penyakit mata, ahli oftalmologi; ~ pakar doktor yg mempunyai kepakaran khusus dlm sesuatu bidang perubatan; ~ pakar kanak-kanak = ~ anak Id doktor yg pakar mengenai pengubatan penyakit kanak-kanak, ahli pe­diatrik; ~ udara doktor yg memberikan khidmat perubatan dan kesihatan, khususnya kpd penduduk di kawasan pedalaman, dgn menaiki pesawat terbang; ~ veterinar doktor haiwan; kedoktoran 1. hal-hal yg bkn ilmu menjadi doktor (mempelajari atau menyelidik bkn penyakit, cara mengubatinya, dll), perubatan; mahasiswa ~ mahasiswa yg belajar utk men­jadi doktor; pengetahuan (ilmu) ~ penge­tahuan tentang penyakit (cara mengubatinya dll); 2. kelulusan tertinggi dlm dunia kesar­janaan yg dicapai selepas peringkat ijazah sarjana di pusat pengajian tinggi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[dok.tor] | دوکتور

Definisi : 1 ahli ttg penyakit dan ttg cara mengubatinya, dan telah mendapat latihan dan kelulusan dlm ilmu (bidang) perubatan: Orang yg menghidap penyakit jantung perlu mendapat rawatan ~. 2 gelaran bagi orang yg telah mendapat ijazah tertinggi dlm sesuatu pengajian; gelaran kpd orang-orang yg diakui keahliannya dlm sesuatu pengajian. ~ gigi ahli dlm hal gigi dan penyakit gigi. ~ haiwan ahli dlm hal penyakit binatang dan cara mengubatinya. ~ jiwa orang yg pakar dlm hal penyakit jiwa. ~ pakar doktor yg mempunyai kepakaran khusus dlm sesuatu bidang perubatan. ~ udara doktor yg memberikan khidmat perubatan dan kesihatan, khususnya kpd penduduk di kawasan pedalaman, dgn menaiki helikopter, kapal terbang dsb. kedoktoran 1 hal-hal ttg doktor (mempelajari atau menyelidik penyakit dan cara mengubatinya dll): ilmu (pengetahuan) ~ ilmu ttg penyakit dan ttg cara mengubatinya. 2 hal ttg kelulusan tertinggi dlm sesuatu bidang: ijazah ~ dlm bidang undang-undang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata doktor


Istilah MABBIM

Istilah SumberIstilah IndonesiaIstilah BruneiIstilah MalaysiaBidang
sentinel physiciandoktor pengawasdoktor pengawas/doktor sentineldoktor pengawas/doktor sentinelPerubatan
doctor testuji doktorujian doktorujian doktorKejuruteraan
doctor treatmentpengolahan doktorrawatan doktorrawatan doktorKejuruteraan
doctor solutionlarutan doktorlarutan doktorlarutan doktorKejuruteraan
doctor rollpenggiling doktorpenggiling doktorpenggiling doktorKejuruteraan
doctor blademata pisau doktorbilah doktorbilah doktorKejuruteraan
house officerdoktor pelatihTiadadoktor pelatihPerubatan
house surgeondoktor pelatih pembedahanTiadadoktor pelatih pembedahanPerubatan
house physiciandoktor pelatih perubatanTiadadoktor pelatih perubatanPerubatan
dental surgeon; dentist; surgeon dentistdoktor gigiTiadadoktor pergigianPerubatan
12

Kembali ke atas