Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[dok.tor] | دوکتور

Definisi : 1. orang yg berkelayakan (bertauliah) mengamalkan perubatan: lima orang ~ telah memeriksa dan merawat Perdana Menteri di hospital di London; 2. orang yg telah mendapat ijazah tertinggi dlm sesuatu pe­ngajian: ~ Bahasa dan Kesusasteraan; ~ ilmu hukum; ~ bedah doktor yg berkelayakan utk me­lakukan pembedahan; ~ falsafah ijazah yg tertinggi yg diberikan kpd seseorang siswazah lanjutan yg menamatkan pengajian­nya dan disertasinya diluluskan oleh majlis yg terdiri drpd para profesor; ~ gigi doktor yg ahli dlm hal gigi dan penyakit gigi; ~ gula Id ahli dlm perusahaan gula; ~ haiwan = ~ binatang bp doktor yg mendapat latihan khusus tentang penyakit binatang dan cara merawatnya; ~ jiwa doktor yg pakar dlm penyakit jiwa; ~ mata doktor yg pakar mengenai rawatan penyakit mata, ahli oftalmologi; ~ pakar doktor yg mempunyai kepakaran khusus dlm sesuatu bidang perubatan; ~ pakar kanak-kanak = ~ anak Id doktor yg pakar mengenai pengubatan penyakit kanak-kanak, ahli pe­diatrik; ~ udara doktor yg memberikan khidmat perubatan dan kesihatan, khususnya kpd penduduk di kawasan pedalaman, dgn menaiki pesawat terbang; ~ veterinar doktor haiwan; kedoktoran 1. hal-hal yg bkn ilmu menjadi doktor (mempelajari atau menyelidik bkn penyakit, cara mengubatinya, dll), perubatan; mahasiswa ~ mahasiswa yg belajar utk men­jadi doktor; pengetahuan (ilmu) ~ penge­tahuan tentang penyakit (cara mengubatinya dll); 2. kelulusan tertinggi dlm dunia kesar­janaan yg dicapai selepas peringkat ijazah sarjana di pusat pengajian tinggi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[dok.tor] | دوکتور

Definisi : 1 ahli ttg penyakit dan ttg cara mengubatinya, dan telah mendapat latihan dan kelulusan dlm ilmu (bidang) perubatan: Orang yg menghidap penyakit jantung perlu mendapat rawatan ~. 2 gelaran bagi orang yg telah mendapat ijazah tertinggi dlm sesuatu pengajian; gelaran kpd orang-orang yg diakui keahliannya dlm sesuatu pengajian. ~ gigi ahli dlm hal gigi dan penyakit gigi. ~ haiwan ahli dlm hal penyakit binatang dan cara mengubatinya. ~ jiwa orang yg pakar dlm hal penyakit jiwa. ~ pakar doktor yg mempunyai kepakaran khusus dlm sesuatu bidang perubatan. ~ udara doktor yg memberikan khidmat perubatan dan kesihatan, khususnya kpd penduduk di kawasan pedalaman, dgn menaiki helikopter, kapal terbang dsb. kedoktoran 1 hal-hal ttg doktor (mempelajari atau menyelidik penyakit dan cara mengubatinya dll): ilmu (pengetahuan) ~ ilmu ttg penyakit dan ttg cara mengubatinya. 2 hal ttg kelulusan tertinggi dlm sesuatu bidang: ijazah ~ dlm bidang undang-undang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata doktor


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
doctors plotpakatan sulit doktor-doktorSejarahTiadaPerbuatan seorang atau sekelompok orang untuk menipu atau menyembunyikan hal yang sebenarnya untuk kepentingan tertentu dengan cara memalsukan laporan.
physicians and surgeons liability insuranceinsurans liabiliti doktor perubatan dan doktor bedahinsuransTiadaInsurans terhadap kerugian tuntutan ganti rugi atas tuduhan salah amalan atau kecuaian doktor perubatan atau doktor bedah dalam menjalankan tugas mereka.
physicians and surgeons liability insuranceinsurans liabiliti doktor perubatan dan doktor bedahPentadbiran PerniagaanTiadaInsurans terhadap kerugian berikutan tuntutan ganti rugi atas tuduhan salah amalan atau kecuaian doktor perubatan atau doktor bedah dalam menjalankan tugas mereka.
doctor shoppinglompat doktorPerubatanTiadaAmalan berjumpa beberapa orang doktor kerana simptom yang berterusan atau ketidakpuasan hati terhadap doktor atau ubat yang diberikan oleh doktor.
doktor bladebilah doktorPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanKepingan logam, kayu atau getah nipis yang diletakkan di sepanjang permukaan torak pemusing atau silinder di dalam mesin kertas.
physicians and surgeons liability insuranceinsurans liabiliti doktor perubatan dan doktor bedahEkonomiTiadaTiada
interndoktor siswazahPerubatanTiada1. Siswazah atau bakal doktor yang sedang menjalani latihan.,2. Mengurung atau mengasingkan di dalam kawasan atau sempadan geografi atau fisikal tertentu.
dentist's liability insuranceinsurans liabiliti doktor gigiPentadbiran PerniagaanTiadaPerlindungan insurans yang disediakan khusus untuk doktor gigi.
anaesthetistpakar anestesiaPerubatanTiadaDoktor perubatan yang mempunyai kepakaran dalam bidang anestesia. Gelaran ini hanya diiktiraf oleh kerajaan atau universiti sekiranya doktor tersebut mempunyai kelulusan ikhtisas tertinggi dalam bidang anestesia. Sinonim pakar bius.
signtandaPerubatanTiadaManifestasi sesuatu penyakit yang ketara kepada doktor yang memeriksa pesakit yang berkenaan. Manifestasi ini mungkin serupa atau berbeza dengan gejala yang dikemukakan oleh pesakit kepada doktor. Lihat juga gejala.
12345678910...

Kembali ke atas