Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[dok.trin] | دوکترين

Definisi : prinsip atau kepercayaan yg dianggap benar dan satu-satunya yg dapat diterima: ~ Monroe; ~ Karl Marx; mendoktrinkan menerapkan atau me­na­nam­kan sesuatu doktrin (utk dijadikan pe­gangan): fakta yg sama dinyatakan oleh Ajikik pd zaman Jepun utk ~ drama demi kepentingan strategi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[dok.trin] | دوکترين

Definisi : ajaran (bkn agama, sesuatu ilmu dll) yg dianut atau yg dijadikan pegangan: ~ Karl Marx. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata doktrin


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
selamat sejahtera, Apakah maksud perkataan 'Doktrin Latihan'Maksud Doktrin Latihan tidak ada dalam sumber rujukan DBP, apa yang ada ialah doktrin bermaksud Pegangan atau fahaman atau ajaran berkenaan sesuatu kepercayaan, prinsip, agama atau ilmu pengetahuan yang diamalkan untuk satu tujuan.Makna24.06.2008
Assalamualaikum/Salam Sejahtera Tuan/Puan, Saya Mej Mohd Hairil bin Jaafar dari Bahagian Pembangunan Doktrin, Markas Pemerintahan Latihan dan Doktrin Tentera Darat (MK PLDTD). Soalan saya seperti di lampiran. Terima kasih.​Maklum balas terperinci tentang pertanyaan ini telah dijawab melalui alamat e-mel pengguna.Lain-lain20.11.2023
Salam dan Selamat Sejahtera tuan/puan. Maklumbalas pihak tuan/puan pada 11/6/2020 adalah berkaitan. Merujuk konsep dan konteks yang diberikan, perkataan yang lebih sesuai ialah “penyebaran” idea. Konsep asal dalam bahasa Inggeris yang diberikan, iaitu “Diffusion of Innovation Theory”, lebih tepat jika diterjemahkan sebagai “Penyebaran Teori Inovasi”. Tiada perbezaan yang jelas antara “pengembangan” dan “penyebaran” dan kedua-dua perkataan ini boleh bersilih ganti mengikut konteks dan konsep. Namun, penggunaan “pengembangan” dalam bidang istilah lazimnya melibatkan objek yang dapat dilihat secara fizikal atau bersifat kegiatan, contohnya pengembangan teknologi, bandar atau infrastruktur dan merupakan padanan bagi perkataan “expansion”. Perkataan “penyebaran” biasanya dikaitkan dengan sesuatu yang mujarad (abstrak) atau taksa (kabur, tidak pasti) seperti idea, doktrin, cahaya, bau dan sebagainya. Contohnya, the rapid ~ of new doctrines, iaitu penyebaran pesat doktrin-doktrin baharu. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan) Pertanyaan saya, adakah bersesuaian saya menggunakan perkataan pengembangan yang meliputi idea, proses, produk serta amalan yang terdiri daripada perkara yang dapat dilihat (produk), abstrak dan kabur(idea)? Pohon pandangan tuan/puan jua. Terima kasih atas kerjasama dan bantuan tuan/puan. Salam hormat.Perkataan "pengembangan' sesuai digunakan bagi menggambarkan proses perkembangan idea.Makna12.06.2020
APA MAKSUD PERKATAAN SEKULARISMAEjaan yang betul ialah sekularisme. Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, maksud sekularisme ialah faham (doktrin, pendirian dsb) yg menolak nilai-nilai keagamaan dlm kehidupan sosial manusia. Untuk keterangan lanjut dan mengetahui makna perkataan, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.Makna02.04.2009
apakah maksud mengimplimentasikan, menginduktrinasikan, kebejatan, dan hedonisme?Makna mengimplimentasikan ialah melaksanakan, men jalankan, menunaikan. Mengindoktrinasikan pula ialah menanamkan sesuatu doktrin (fahaman, ajaran, dsb) ke dlm fikiran seseorang atau segolongan manusia: drama pd zaman Jepun digunakan utk ~ pengaruh Jepun di rantau ini. Kebejatan pula ialah kerosakan, keburukan. Hedonisme pula ialah pegangan atau pandangan hidup yg mementingkan keseronokan atau kesenangan hidup.Makna04.11.2009
Saya pelajar kelas dasar fatoni universiti ingin bertanya tentang makna dalam bahasa melayu, perkataan sekularismeMerujuk kepada Kamus Dewan Edisi Keempat, "sekularisme" bermaksud faham (doktrin, pendirian, dsbnya) yang menolak nilai-nilai keagamaan dalam kehidupan sosial manusia.Istilah07.04.2015
bolehkah perkataan 'dakyah' yang membawa maksud kefahamaan digunakan dalam esei? terima kasih.

Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, istilah yang betul ialah diayah yang bermaksud penyiaran (penyebaran) sesuatu ideologi (doktrin, pendapat, dsb) utk mendapat sokongan, propaganda: anasir-anasir komunis telah cuba menjadikan isu Islam utk mengembangkan ~ mereka;

Istilah01.04.2010
Apakah perkataan melayu bagi "apologetics" yang bermaksud "reasoned arguments or writings in justification of something, typically a theory or religious doctrine"Bagi perkataan "apologetics" mengikut maksud yang tuan berikan, pihak kami cadangakan perkataan dalam bahasa Melayu sebagai "doktrin pembelaan".Makna20.03.2020
Salam dan Selamat Sejahtera tuan/puan. Berdasarkan takrifan yang diberikan pihak DBP, Diffusion diterjemahkan kepada pembauran, peresapan dan penyebaran pada 25/5/2019. Penyebaran bermaksud-perihal (kegiatan, usaha, dsb) menyebarkan, penaburan, pengembangan: perubahan besar telah berlaku dlm cara ~ agama Islam;Kamus Dewan Edisi Keempat Kekeliruan saya berkaitan dengan perkataan diffusion. Perkataan penyebaran adakah sama maksud dengan pengembangan? Saya menukar perkataan penyebaran kepada pengembangan bagi menerangkan proses inovasi dalam sektor awam. Penerangan saya juga merujuk kepada Diffusion of Innovation Theory bagi menerangkan pengembangan idea dalam sektor awam. Mana yang lebih sesuai penggunaan? Pengembangan idea atau penyebaran idea? Terima kasih banyak atas bantuan dan kerjasama tuan/puan. Pohon maaf jua atas segala kesulitan. Salam hormat.

Merujuk konsep dan konteks yang diberikan, perkataan yang lebih sesuai ialah “penyebaran” idea. Konsep asal dalam bahasa Inggeris yang diberikan, iaitu “Diffusion of Innovation Theory”, lebih tepat jika diterjemahkan sebagai “Penyebaran Teori Inovasi”. Tiada perbezaan yang jelas antara “pengembangan” dan “penyebaran” dan kedua-dua perkataan ini boleh bersilih ganti mengikut konteks dan konsep. Namun, penggunaan “pengembangan” dalam bidang istilah lazimnya melibatkan objek yang dapat dilihat secara fizikal atau bersifat kegiatan, contohnya pengembangan teknologi, bandar atau infrastruktur dan merupakan padanan bagi perkataan “expansion”. Perkataan “penyebaran” biasanya dikaitkan dengan sesuatu yang mujarad (abstrak) atau taksa (kabur, tidak pasti) seperti idea, doktrin, cahaya, bau dan sebagainya. Contohnya, the rapid ~ of new doctrines, iaitu penyebaran pesat doktrin-doktrin baharu. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)

Makna10.06.2020

Kembali ke atas