Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[do.ku.men] | دوکومن

Definisi : sesuatu yg bertulis atau bercetak (spt sijil kelahiran, sijil kematian, dll) yg di­gunakan sbg rekod atau bukti: salinan-salinan ~ yg telah dirampas itu ada me­nyebut tentang rancangan pertubuhan haram itu hendak menggulingkan kerajaan; mendokumenkan 1. mencatatkan sesuatu sbg dokumen: negara akan beruntung jika akademi itu mengambil inisiatif utk ~ semua penemuan itu; 2. membuktikan (menunjuk­kan) dgn dokumen, memberi maklumat berupa dokumen utk menerangkan atau membukti­kan sesuatu; pendokumenan perihal (proses, tindakan dsb) mendokumenkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[do.ku.men] | دوکومن

Definisi : /dokumén/ keterangan (bukti) yg bertulis atau bercetak; surat (surat beranak, surat nikah dll) yg dpt dijadikan keterangan atau bukti. mendokumenkan mencatat atau merekodkan sesuatu sbg dokumen: Akademi itu mengambil inisiatif utk ~ semua penemuan itu. pendokumenan perbuatan atau hal mendokumenkan sesuatu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dokumen


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apa perkataan yang betul: dokumen atau dokumen-dokumen sekiranya kita merujuk kepada beberapa dokumen. Contoh ayat: Bersama-sama ini dikemukakan dokumen-dokumen berikut untuk pertimbangan tuan selanjutnya:Berdasarkan contoh ayat di atas, ayat yang tepat ialah Bersama-sama ini dikemukakan dokumen berikut untuk pertimbangan tuan selanjutnya.Tatabahasa21.11.2019
Ayat manakah yang lebih gramatis? 1. Dengan ini, dikemukakan bersama-sama ini dokumen-dokumen seperti berikut. 2. Dengan ini, dikemukakan bersama ini dokumen-dokumen seperti berikut.Ayat yang gramatis ialah: Bersama-sama ini dilampirkan dokumen-dokumen seperti yang berikut:Tatabahasa19.08.2022
Assalamualaikum. Tuan, Kami dalam proses untuk mengemas kini dokumen-dokumen edaran dalaman di dalam organisasi kami. Buat masa sekarang, terdapat banyak kategori dokumen. Pertanyaan saya adalah bagaimana untuk kami kenal pasti kegunaan/ definisi setiap kategori dokumen tersebut. Kategori-kategori dokumen yang ada adalah: 1. Dasar 2. Polisi 3. Pekeliling 4. Terma dan syarat 5. Peraturan 6. Garis Panduan 7. Panduan 8. Manual 9. Prosedur 10. Tatacara Pada pandangan saya, mungkin terdapat kategori yang tidak perlu digunakan kerana definisi yang lebih kurang sama. Mohon pandangan dan nasihat tuan. Terima kasih. Ahmad Firdaus

Pihak kami tidak mempunyai kepakaran untuk menentukan definisi, kandungan dan pembahagian bab berkaitan dokumen rasmi. Untuk maklumat lanjut berkaitan urusan tersebut, tuan boleh menghubungi Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), Aras 6, Setia Perdana 2, Kompleks Setia Perdana, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62502 Putrajaya. Tuan juga boleh menghubungi talian 03-8000 8000 atau mendapatkan penjelasan melalui laman web mampu.gov.my

Lain-lain30.06.2020
Assalamualaikum, Apakah cara untuk lihat dokumen - dokumen yang menunjukkan kata sepakat yang berlaku dalam sidang - sidang MABBIM?Waalaikumussalam,
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang keputusan MABBIM, tuan/puan boleh menghubungi Bahagian Peristilahan melalui talian 0321479160 (Puan Emyliza).
Sekian terima kasih
Lain-lain19.02.2017
Pada pandangan kami, selagi pihak Pejabat Tanah dapat memastikan daripada rekod Tuan bahawa pihak yang memohon kepada geran dan dokumen-dokumen tersebut adalah pihak yang berhak disisi undang-undang untuk memiliki geran tersebut, maka terserahlah kepada budi bicara Tuan pendaftar untuk membenarkan geran tersebut dilepaskan kepada pihak yang berkenaan. Apakah ayat/perkataan yang sesuai untuk diganti selain dari perkataan "terserahlah" dalam ayat diatas.Kami mencadangkan pembetulan ayat seperti di bawah dan perkataan terserahlah boleh digantikan dengan terpulanglah.

Pada pandangan kami, sekiranya pihak Pejabat Tanah dapat memastikan bahawa pihak yang memohon geran dan dokumen-dokumen tersebut ialah pihak yang berhak disisi undang-undang untuk memiliki geran tersebut berdasarkan rekod tuan, maka terpulanglah kepada budi bicara tuan untuk membenarkan geran tersebut diserahkan kepada pihak yang berkenaan.
Tatabahasa06.09.2021
INGIN MENDAPATKAN MAKLUMAT DAN FORMAT BARU TENTANG SURAT DAN DOKUMEN-DOKUMEN RASMI SERTA EJAAN-EJAAN TERBARU CONTOH: BARU -

Kamus mengandungi kata baru dan lama atau juga kata lama tetapi ada perluasan makna, atau makna baharu bagi kata tersebut. Panduan penulisan rasmi boleh saudara rujuk buku atau makalah tentang tajuk tersebut.

Lain-lain13.01.2009
APAKAH PERBEZAAN ARKIB DAN MUZIUM?Arkib ialah tempat menyimpan naskhah-naskhah, rekod umum dan dokumen-dokumen sejarah sesebuah negara; manakala muzium ialah bangunan tempat menyimpan, memelihara, mengkaji, atau mempamerkan objek-objek yg mempunyai nilai sejarah, seni, saintifik, dsb. Berdasarkan makna dalam kamus perbezaan yang paling ketara ialah arkib menyimpan dokumen sejarah dalam bentuk teks dan tidak dipamerkan untuktontonanumum, tetapi muzium ialah bangunan khusus yang mempamerkan bahan-bahan sejarah.Makna13.08.2008
Sila nasihat untuk memilih No. 1 atau No. 2. Bersama dengan surat ini kami melampirkan dokumen-dokumen berikut sebagai rujukan Tuan/Puan: 1) Satu salinan lesen perniagaan masing masing. ATAU 2) Satu salinan lesen perniagaan untuk setiap premis perniagaan.Ayat yang lebih sesuai ialah nombor 2.Lain-lain08.08.2016
Saya ingin mendapatkan definasi rasmi mengenai istilah 'Rahsia Besar, Rahsia, Sulit dan Edaran Terhad' yang sering digunakan di dalam dokumen-dokumen rasmi Kerajaan.Sila rujuk maklumat tersebut dalam Arahan Pentadbiran dan Keselamatan.Makna26.07.2007
Saya hendak membuat papan tanda untuk syarikat dan perlu mendapat kelulusan daripada pihak DBP terlebih dahulu.Oleh itu selain lakaran papan tanda,apakah dokumen-dokumen yang perlu saya bawa sekali untuk semakan dan rujukan pihak tuan/puan?Untuk makluman tuan, buat masa ini permohonan pengesahan bahasa Melayu dalam iklan perlulah dibuat secara dalam talian melalui laman web https://dbpsahbahasa.my/

1. Sila Daftar Akaun (rujuk Panduan Pendaftaran) dan aktifkan akaun melalui e-mel yang telah didaftarkan.
2. Log masuk dan pilih Daftar Iklan. 
3. Isikan maklumat iklan (rujuk Panduan Pelanggan). Muat naik visual iklan dan klik SIMPAN.
4. Buat bayaran dan iklan akan diproses dalam tempoh tiga (3) hari bekerja.
Lain-lain23.07.2021
12345678910...

Kembali ke atas