Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[do.ku.men] | دوکومن

Definisi : sesuatu yg bertulis atau bercetak (spt sijil kelahiran, sijil kematian, dll) yg di­gunakan sbg rekod atau bukti: salinan-salinan ~ yg telah dirampas itu ada me­nyebut tentang rancangan pertubuhan haram itu hendak menggulingkan kerajaan; mendokumenkan 1. mencatatkan sesuatu sbg dokumen: negara akan beruntung jika akademi itu mengambil inisiatif utk ~ semua penemuan itu; 2. membuktikan (menunjuk­kan) dgn dokumen, memberi maklumat berupa dokumen utk menerangkan atau membukti­kan sesuatu; pendokumenan perihal (proses, tindakan dsb) mendokumenkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[do.ku.men] | دوکومن

Definisi : /dokumén/ keterangan (bukti) yg bertulis atau bercetak; surat (surat beranak, surat nikah dll) yg dpt dijadikan keterangan atau bukti. mendokumenkan mencatat atau merekodkan sesuatu sbg dokumen: Akademi itu mengambil inisiatif utk ~ semua penemuan itu. pendokumenan perbuatan atau hal mendokumenkan sesuatu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dokumen


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
area searchpenggolongan perkaraPerpustakaanTiadaPemeriksaan sekumpulan besar dokumen untuk mengasingkan dokumen-dokumen tersebut kepada satu kelas umum, kategori atau topik.
alienationpindah milik; pengasinganPerpustakaanTiada1. Perbuatan memindahkan penjagaan atau pemilikan dokumen-dokumen kepada suatu agensi atau seseorang yang tidak ada hubungan secara rasmi dengan organisasi yang terlibat dengan penyimpanan dokumen seperti arkib.
chronfilefail kronologiPerpustakaanTiadaFail yang mengandungi dokumen-dokumen yang disusun mengikut susunan kronologi.
classified materialbahan sulitPerpustakaanTiadaMemoranda, laporan dan dokumen-dokumen lain yang diperoleh daripada jabatan-jabatan kerajaan, industri, dan perbadanan-perbadanan lain, institusi penyelidikan dan sebagainya yang dilabelkan sulit dan rahsia. Sinonim: Maklumat sulit.
browsesemak lewaPerpustakaanTiadaMenyemak kandungan koleksi buku, atau dokumen-dokumen tanpa tujuan dan secara sepintas lalu.
closed filefail tertutupPerpustakaanTiada1. Fail yang mengandungi dokumen-dokumen yang telah diambil tindakan dan keputusan muktamad dan bahan-bahan seterusnya tidak mungkin dimasukkan di dalam fail yang sama.,2. Fail yang pengaksesannya terhad atau tidak mudah dirujuk disebabkan oleh kandungannya sulit.
letter postsurat posPentadbiran PerniagaanTiadaSebarang bentuk perhubungan bertulis atau dokumen-dokumen yang dihantar oleh seseorang antara diserahkan kepada seseorang atau ke alamat tertentu yang menjadi komunikasi antara pengirim dan penerima dalam keadaan semasa atau peribadi yang mempunyai
transitory health recordrekod kesihatan transitTeknologi Maklumate-KesihatanAplikasi elektronik yang mengandungi rutin surat-menyurat atau dokumen-dokumen lain yang bersifat sementara dan bukan sebahagian daripada rekod pentadbiran. Rekod ini tidak diperlukan untuk mengekalkan fungsi pentadbiran dan tidak difailkan di bawah sistem pengelasan rekod standard.
accounting transactionurus niaga perakauananPentadbiran PerniagaanPosAktiviti perniagaan yang berhubung dengan jualan, perbelanjaan dan lain-lain yang dibuktikan oleh dokumen-dokumen tertentu.
accession numbernombor indukPerpustakaanTiadaNombor yang diberi kepada setiap buku yang telah dicatatkan di dalam daftar perolehan atau nombor yang diberi kepada makalah dalam majalah berkala atau dokumen-dokumen lain yang telah diindeks.
12345678910...

Kembali ke atas