Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[do.lar] | دولر

Definisi : mata wang (di Amerika Syarikat, Kanada, dll); negara ~ negara yg menggunakan mata wang Amerika Syarikat dlm perdagangan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[do.lar] | دولر

Definisi : mata wang yg digunakan di Amerika Syarikat, Kanada dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dolar


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
DOLAR

Dolar ialah unit mata wang di kebanyakan negara.

Perkataan dolar berasal daripada Joachimsthaler

–nama duit syiling yang pertama kali dibuat pada

tahun 1516 di sebuah daerah perlombongan

perak di Bohemia (kini Republik Czech).

UMUM 
DOLAR HOLEY

Dolar Holey, duit syiling perak yang digunakan

di Australia pada tahun 1800-an, berasal dari dolar

Sepanyol dengan dump (kepingan kecil perak)

dibuang daripada bahagian tengah.

UMUM 
EURODOLAR

Eurodolar ialah dolar Amerika yang dibawa

oleh individu atau bank di luar Amerika Syarikat

terutamanya di Eropah dan juga di pusat-pusat

kewangan yang besar di seluruh dunia.

UMUM 
HADIAH ARCHIBALD

Hadiah Archibald ialah hadiah kesenian

bernilai 10 000 dolar Amerika yang dianugerahkan

setiap tahun untuk lukisan potret.

UMUM 
QUARTER

Quarter ialah duit syiling Amerika bernilai 25

sen atau quarter (per empat) daripada satu dolar.

UMUM 
PIECE OF EIGHT

Piece of eight ialah nama yang diberikan kepada

peso Sepanyol , yang bersamaan dengan dolar

Amerika. Ia dinamakan demikian kerana ia bernilai

8 real dan pernah mempunyai cop angka 8 di

atasnya.

UMUM 
MAWSON, SIR DOUGLAS

Mawson, Sir Douglas (1882–1958), ahli

geologi Australia dan penjelajah Antartika.

Gambarnya terpampang pada wang kertas 100

dolar Australia.

UMUM 
MINUIT, PETER

Minuit, Peter (1580–1638) ialah gabenor koloni

Belanda. Dia membeli Pulau Manhattan (kini

sebahagian daripada New York City) daripada

Orang Asli Amerika pada tahun 1626 dengan

barang kodi yang bernilai 60 guilder Belanda, atau

kira-kira 24 dolar Amerika (lihat Pulau Manhattan).

Pembelian ini menyebabkan terdirinya

penempatan di pulau itu secara sah oleh Syarikat

Hindia Barat Belanda. Minuit mendirikan New

Amsterdam, sebuah penempatan di bahagian

bawah pulau itu yang menjadi pusat aktiviti syarikat

tersebut. Walaupun penduduknya dilindungi oleh

air di tiga sisi, tetapi Minuit membina Fort

Amsterdam sebagai perlindungan tambahan

daripada Orang Asli Amerika yang bersikap

bermusuhan. New Amsterdam ialah asas

permulaan New York City.

UMUM 
NASH, JAMES

Nash, James (1834–1913) ialah pencari gali yang

menemui kawasan emas di Gympie, Queensland,

Australia pada tahun 1867. Laporannya tentang

penemuan emas memulakan salah satu daripada

kerubut emas yang terkenal dalam sejarah

Queensland . Terumbu yang dijumpai oleh Nash

menghasilkan emas bernilai berjuta-juta dolar

Australia. Tetapi Nash cuma menerima sedikit

ganjaran hasil penemuannya itu. Dia juga berjaya

mendapat sedikit wang hasil daripada emas yang

dituntutnya tetapi mengalami kerugian kemudian

apabila dia membuka sebuah kedai. Pada tahun

1888, kerajaan Queensland memberinya kerja

sebagai penjaga serbuk magazin di Gympie.

Sebuah pancutan air peringatan daripada tujuh

tan metrik batu granit didirikan sempena

menghormatinya di Taman Gympie.

Nash lahir di Wiltshire, England. Dia berhijrah

ke Australia pada tahun 1857.

UMUM 
NOMBOR PENYEBUT

Nombor penyebut menjelaskan tentang jumlah

sesuatu kuantiti dengan memberi nombor itu unit

dan jenis unit itu membentuk kuantiti. Nombor

penyebut termasuk satu nombor yang boleh ditulis

dalam bentuk nombor atau perkataan, nama atau

simbol satu unit ukuran. Contohnya, enam meter, 90

paun, 7.51 dolar, 18 kilometer, 23 ° C dan empat hari

merupakan nombor penyebut. Lihat juga Unit.

UMUM 
12

Kembali ke atas