Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[do.main] | دوماءين

Definisi : 1. kawasan yg dimiliki (dikuasai, di­tadbirkan dsb) oleh seseorang atau sesuatu pihak, kawasan kekuasaan, mandala: dia tidak akan keluar dr ~ kekuasaan itu; 2. lapangan atau bidang (spt kegiatan, pe-mikiran, pengetahuan dsb), mandala: tum­puan hanya akan diberikan kpd perspektif pendidikan dan penerbitan buku dlm ~ sains dan teknologi sahaja; ruang bagi tiap-tiap bidang atau ~ itu hendaklah dinyatakan secara eksplisit; 3. (Komp) kumpulan medan bagi fail dlm model sistem pengurusan pangkalan data; 4. (Komp) kawasan liputan bagi masalah yg hendak diselesaikan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[do.main] | دوماءين

Definisi : 1 kawasan yg dimiliki atau dikuasai oleh seseorang pemimpin atau sesebuah kerajaan: Mereka tidak akan keluar dr ~ itu. 2 kumpulan atau liputan bagi sesuatu yg dibincangkan atau bagi sesuatu masalah yg hendak diselesaikan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata domain


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
DOMAIN NYATA

Domain nyata ialah hak sedia ada sesebuah

kerajaan bagi memaksa seseorang pemilik

harta untuk menjual hartanya jika harta itu

diperlukan untuk kegunaan awam.

UMUM 
DOMAIN AWAM

Domain awam bermakna hak untuk memegang

atau memiliki harta kepunyaan awam dan

bukannya individu.

UMUM 
FUNGSI

Fungsi, satu aturan, proses atau kaedah yang menghasilkan satu padanan antara dua set unsur yang dinamakan domain dan julat (atau kodomain) dengan setiap unsur dalam domain dapat dipadankan kepada satu dan hanya satu unsur dalam julat.

MATEMATIKKonsep

Kembali ke atas