Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[do.main] | دوماءين

Definisi : 1. kawasan yg dimiliki (dikuasai, di­tadbirkan dsb) oleh seseorang atau sesuatu pihak, kawasan kekuasaan, mandala: dia tidak akan keluar dr ~ kekuasaan itu; 2. lapangan atau bidang (spt kegiatan, pe-mikiran, pengetahuan dsb), mandala: tum­puan hanya akan diberikan kpd perspektif pendidikan dan penerbitan buku dlm ~ sains dan teknologi sahaja; ruang bagi tiap-tiap bidang atau ~ itu hendaklah dinyatakan secara eksplisit; 3. (Komp) kumpulan medan bagi fail dlm model sistem pengurusan pangkalan data; 4. (Komp) kawasan liputan bagi masalah yg hendak diselesaikan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[do.main] | دوماءين

Definisi : 1 kawasan yg dimiliki atau dikuasai oleh seseorang pemimpin atau sesebuah kerajaan: Mereka tidak akan keluar dr ~ itu. 2 kumpulan atau liputan bagi sesuatu yg dibincangkan atau bagi sesuatu masalah yg hendak diselesaikan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata domain


Kamus Teknologi Maklumat

Kamus Teknologi Maklumat ct.indd
3 bit sahaja yang signifikan untuk ruangan titik perpuluhan semasa pemaparan. Walau bagaimanapun, dalam proses pengiraan, 4 bit boleh digunakan untuk meningkatkan kepersisan pengiraan. Bit tambahan tersebut merupakan digit pengawal. domain (Ig. domain; Br. domain; Id. ranah) Koleksi fakta mengenai sebahagian entiti atur cara atau bilangan titik rangkaian atau alamat yang dikenali melalui satu nama. Dalam Internet, satu domain mengandungi satu set alamat

Kembali ke atas