Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[do.mi.nan] | دومينن

Definisi : 1. berkuasa atau berpengaruh, men­dapat tempat atau kedudukan yg (berkuasa, berpengaruh, dsb): kita sering terjumpa cerita yg mengisahkan bagaimana suatu kaum yg lebih ~ itu mempergunakan kaum lain sbg ‘buffer’ dlm suatu pertembungan; terdapat juga akhbar dwibahasa Inggeris/Melayu, bagaimanapun halaman bahasa Inggeris lebih ~; 2. (Bio) bkn sifat yg lebih kuat pengaruhnya yg diwarisi drpd salah satu induk (ibu bapa bagi manusia): warna perang pd rambutnya merupakan sifat ~ yg diwarisi drpd ibunya; 3. (Bio) bkn banyaknya spesies tertentu dlm sesuatu kawasan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[do.mi.nan] | دومينن

Definisi : ist 1 bkn sifat yg lebih kuat pengaruhnya yg diwarisi drpd salah satu induk, misalnya ibu atau bapa bagi manusia. 2 bkn banyaknya spesies tertentu dlm sesuatu kawasan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dominan


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KUMPULAN MINORITI

Kumpulan minoriti ialah sekumpulan

orang yang berbeza dalam beberapa keadaan

daripada kumpulan utama dalam masyarakat.

Anggota kumpulan minoriti mungkin berbeza

daripada kumpulan utama yang juga dikenali

sebagai kumpulan dominan dari segi percakapan,

penampilan, dan amalan budaya. Kumpulan

dominan mempunyai kuasa politik dan ekonomi

yang lebih besar daripada kumpulan minoriti.

Dalam banyak kejadian, kumpulan dominan

mendiskriminasi kumpulan minoriti – melayan

mereka secara tidak adil. Kebanyakan anggota

kumpulan minoriti memiliki peluang politik,

ekonomi, dan sosial yang sedikit berbanding

anggota kumpulan dominan.

UMUM 
SENI BINA PASCA MODENGerakan senibina Pasca Moden yang telah dikenal pasti bermula pada akhir tahun 1900-an. Pada mulanya ia hanyalah teori akademik dari perkembangan pemikiran intelektual dan tidak ada stail yang dominan.KEJURUTERAANAgama/Fahaman/Aliran/Ideologi
ADAT PERKAHWINAN MELAYU BRUNEI

ADAT PERKAHWINAN MELAYU BRUNEI, adat perkahwinan yang diamalkan oleh masyarakat Melayu di Brunei Darussalam. Adat perkahwinan Melayu Brunei terutama yang bermastautin di Kampung Air dan sekitarnya banyak berdasarkan atau dipengaruhi oleh Islam. Hal ini terjadi kerana Islam dan adat istiadat merupakan dua hal yang dominan yang menjadi teras sosiobudaya orang Brunei. Adat perkahwinan masyarakat in terbahagi kepada beberapa upacara.

 

BUDAYAKonsep
AYCKBOURN, ALAN

Ayckbourn, Alan (1939– ), penulis drama dan

pengarah teater British, menjadi terkenal kerana

komedinya. Banyak komedinya memaparkan

pelbagai aspek kehidupan di bandar. The Norman

Conquests (1974) merupakan sebuah trilogi

(kumpulan tiga drama) yang mengisahkan parti di

rumah hujung minggu yang sama dari sudut

pandangan tiga orang yang berbeza. Joking Apart

(1979) mengisahkan bagaimana pasangan yang

dominan lama-kelamaan berjaya menguasai hidup

jiran-jiran mereka di subbandar. Lain-lain drama

Ayckbourn termasuk Absurd Person Singular

(1973), Sisterly Feelings (1980), Chorus of

Disapproval (1985) dan Henceforward (1987).

Ayckbourn juga terlibat dalam filem muzikal.

UMUM 

Kembali ke atas