Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[do.ngéng] | دوڠيڠ

Definisi : (dongéng) 1. = cerita ~ cerita kha­yalan (yg diada-adakan kejadiannya): ~ Pak Kaduk, si Luncai, dan Pak Belalang sangat-sangat digemari oleh kanak-kanak; ~ dewata dongeng mengenai dewa-dewa; ~ ibarat dongeng yg mengandungi ibarat; 2. ki sesuatu (spt berita, cakap-cakap, dll) yg tidak benar: apa yg diceritakannya itu hanyalah ~ semata-mata; berdongeng ki bercakap tentang sesuatu yg tidak benar: saya bukan hendak ~ apabila menceritakan hal itu; mendongeng 1. membuat (menyampaikan) cerita dongeng: ibu selalu ~ pd waktu kami hendak tidur; 2. ki bercerita atau meminta yg bukan-bukan: ibunya hari-hari ~, me­ngecek, dan memujuk dia supaya ber­kahwin; mendongengkan ki menyampaikan (men­ceritakan) kisah yg bukan-bukan: bermacam-macam kisah yg didongengkannya apabila ia pulang dr luar negeri; kedongengan unsur-unsur yg berkaitan dgn kisah khayalan: kadar ~ lebih tinggi dlm filem tersebut; dongengan cerita (yg karut, bohong, dll): kekayaan negeri itu nyatalah hanya ~ semata-mata. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[do.ngéng] | دوڠيڠ

Definisi : /dongéng/ 1 cerita rekaan yg mengkhayalkan: ~ Bawang Putih Bawang Merah, ~ Pak Kaduk dll sangat disukai oleh kanak-kanak. 2 tidak benar (bkn berita, khabar dll); (yg) diada-adakan saja: Berita itu adalah ~ dan karut belaka. mendongeng bercerita ttg (kisah) dongeng; membuat dongeng: Ibu itu rajin ~ kpd anak-anaknya. mendongengkan menyampaikan atau menceritakan dongeng: Sesetengah orang tua selalu ~ kisah-kisah lama kpd cucu-cucu mereka. dongengan cerita yg karut, yg mengkhayalkan dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dongeng


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
DONGENG

Dongeng ialah cereka rekaan yang mengajar

tentang moral. Dalam kebanyakan dongeng, satu

atau lebih watak utama merupakan haiwan, pokok,

atau benda yang bercakap dan bertindak seperti

manusia. Dongeng boleh disampaikan sama

ada dalam bentuk prosa ataupun puisi. Dalam

kebanyakan dongeng, pengajarannya disimpulkan

pada penghujung cerita dalam bentuk bidalan.

UMUM 
DONGENG AESOP

Dongeng Aesop ialah kumpulan cerita yang

ditulis oleh seorang hamba Yunani bernama

Aesop yang hidup kira-kira pada tahun 600

SM. Seperti dongeng lain, setiap kisah ringkas

dalam kumpulan itu mempunyai pengajaran dan

nasihat.

UMUM 
CERITA DONGENG, ILMU UMUM 
CERITA DONGENG GRIMM UMUM 
PERRAULT, CHARLES

Perrault, Charles (1628–1703), penulis

Perancis, dikenali ramai kerana buku cerita

dongeng yang dikumpulkannya, iaitu Tales of

Mother Goose . Kumpulan cerita dongeng ini yang

diterbitkan di bawah nama anak lelakinya pada

tahun 1697 termasuklah “ Sleeping Beauty ”, “ Little

Red Riding Hood ”, “ Bluebeard ”, “ Puss in Boots” ,

Cinderella ”, dan “ Tom Thumb ”. Lihat Mother

Goose.

UMUM 
AEGIS

Aegis, mengikut dongeng orang Yunani purba,

ialah nama perisai yang dibuatkan oleh Vulcan

untuk Jupiter. Jupiter mencipta guruh dengannya.

Minerva (Athena), anak perempuan Jupiter,

membawa perisai ini bersama-samanya sebagai lambang

kuasa, apabila dia keluar menjalankan tugas bagi

pihak ayahnya. Di bahagian tengah perisai tersebut

terukir kepala Medusa, anak perempuan dewa laut,

Phorcys. Kepala yang diukir ini dikatakan dapat

menukar manusia kepada batu.

UMUM 
DALILAH

Dalilah ialah nama seorang perempuan

dalam dongeng purba.

UMUM 
AEOLUS

Aeolus ialah dewa yang mengawal angin dalam

dongeng orang Yunani. Aeolus tinggal di sebuah

pulau terapung, yang dipercayai oleh sarjana,

ialah salah sebuah pulau dalam Kepulauan Aeolian

dekat Sicily. Kepulauan ini dinamakan sempena

namanya. Aeolus mengurung angin dalam sebuah

gua dan akan melepaskannya mengikut suka

hatinya.

UMUM 
ASBJORNSEN, PETER CHRISTEN

Asbjornsen, Peter Christen (1812–1885),

pengumpul cerita rakyat Norway dan juga ahli

alamiah. Dia menjadi masyhur kerana karyanya

bersama-sama Jorgan Moe dalam mengabadikan

dongeng yang diceritakan oleh penduduk

Norway. Koleksi mereka berjudul Norwegian Folk

Tales (1842–1843) menjadi kesusasteraan klasik

Norway dan kesusasteraan dunia. Koleksi itu

meliputi kisah seperti “The Three Billy Goat Gruff”

dan “The Seven Fathers in the House”.

Asbjornsen lahir di Cheristiania (kini Oslo). Dia

menjelajah pantai Norway dan memberi

sumbangan penting dalam bidang botani dan

zoologi.

UMUM 
MACAULAY, THOMAS BABINGTON

Macaulay, Thomas Babington (1800–1859)

ialah ahli sejarah Inggeris yang karyanya paling

banyak dibaca. Pada tahun 1800-an, dia juga

terkenal dengan esei dan puisinya yang berasaskan

dongeng purba. Walau bagaimanapun, karyanya

kurang mendapat sambutan pada tahun 1900-an.

UMUM 
12

Kembali ke atas