Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[dos] | دوس

Definisi : akronim bagi disk operating system (sistem pengendalian cakera). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[dos] | دوس

Definisi : IB 1. kotak drpd kertas tebal; 2. kertas tebal, kadbod, kardus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[dos] | دوس

Definisi : kuantiti tertentu ubat terapeutik yg di­ambil pd sesuatu masa; ~ maut dos yg me­lebihi sukatan ubat dsb yg ditetapkan yg boleh menyebabkan kematian kpd manusia, bi­natang dsb. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[dos] | دوس

Definisi : ist singkatan bagi disc operating system (sistem pengendalian cakera). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[dos] | دوس

Definisi : sukatan ubat yg ditentukan atau yg disarankan (oleh doktor dsb) yg perlu diambil pd sesuatu masa. ~ maut dos yg melebihi sukatan yg ditentukan, yg boleh menyebabkan kematian manusia atau haiwan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dos


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
fractionationpemeringkatan; pemecahanPerubatanTiada1. Pemecahan: Pemisahan sesuatu bahan kepada komponen-komponen tertentu melalui penyulingan atau penghabluran.,2. Dalam radiologi, pemecahan sejumlah dos sinaran kepada dos-dos yang lebih kecil.
dosage regimenregimen dosFarmasiFarmakologiTatacara pem.berian sesuatu drug secara menyeluruh yang meliputi dos, selang dos, kaedah pemberian danjangka masa rawatan. Regimen dos berbeza mengikut jenis penyakit, pesakit, jenis drug dan tahap keterukan penyakit. Biasanya, regimen dos dirancang oleh doktor pada permulaan rawatan danboleh berubah mengikut kesan rawatan terhadap pesakit
dosage regimenregimen dosPerubatanTiadaTatacara pemberian ubat secara menyeluruh yang meliputi dos, selang dos, kaedah pemberian dan jangka masa rawatan. Regimen dos berbeza mengikut jenis penyakit, pesakit, ubat dan keterukan penyakit. Biasanya, ia dirancang oleh doktor pada permulaan rawatan dan boleh berubah mengikut kesan rawatan terhadap pesakit.
disk operating system (DOS)sistem pengendalian cakera (DOS)Teknologi MaklumatPerisianSistem pengendali yang pernah menguasai pasaran komputer peribadi keserasian IBM antara tahun 1981 hingga 1995. Sistem pengendali ini masih digunakan sehingga tahun 2000 walaupun tidak sepenuhnya, terutama dalam Microsoft Windows versi 95, 98 dan Me. Terdapat beberapa sistem pengendali yang berkaitan dengan DOS seperti MS-DOS, PC-DOS, DR-DOS dan FreeDOS. Kesemua jenis sistem pengendali DOS ini boleh dilaksanakan pada komputer yang menggunakan pemproses Intel x86 atau yang serasi dengannya. Sistem DOS ini merupakan sistem pengendali pengguna tunggal dengan fungsi inti yang asas. Sistem ini hanya membenarkan satu atur cara dilaksanakan pada satu masa. Inti asas dalam DOS menyediakan fungsi seperti memaparkan aksara pada skrin, membaca aksara dari papan kekunci dan mencapai fail dari pemacu. Contoh perintah DOS untuk memformat cakera pada pemacu E adalah seperti yang berikut: C> format E
loading dosedos muatanPerubatanTiadaDos permulaan ubat yang diberi dalam kuantiti yang tinggi berbanding dengan dos biasa, untuk mencapai paras terapeutik dengan lebih cepat. Hanya ubat tertentu dan dalam keadaan tertentu sahaja yang memerlukan dos muatan. Sebagai contoh, penggunaan dos muatan bagi ubat Phenytoin dalam kes sawan akut menghasilkan paras terapeutik dalam masa beberapa minit, manakala tanpa dos muatan, paras terapeutik yang stabil hanya akan tercapai selepas dua atau tiga hari. Dos muatan Phenytoin ialah 20 mg/kg berat badan sedangkan dos hariannya ialah 5 mg/kg berat badan. Sinonim dos beban.
dose fractionationpemeringkatan dosKejuruteraanTiadaPemanjangan dos sinaran dengan pemberian dos kecil berturutan dengan sela masa tertentu antara setiap dos.
dosdosBiologiPatologi1 Jumlah (isi padu atau berat) bahan kimia, misalnya pestisid yang digunakan per unit luas atau per tumbuhan.
loading dosedos muatanFarmasiFarmakologiDos permulaan sesuatu drug yang diberi dalam kuantiti yang tinggi untuk. mencapai aras terapeutik yang dikehendaki dengan cepat.Ini diikuti dengan pemberian dos pengekalan yang lebih rendah bagi memastikan kepekatan drug pada aras yang dikehendaki. Kuantiti dos pengekalan ditentukan oleh kadar penyingkiran drug daripada tubub. Contohnya, penggunaan dos muatan fenitoin mencapai aras terapeutiknya dalam tempoh beberapa minit berbanding dos biasa yang memerlukan beberapa hari semasa rawatan sawan akut. Hanya drug tertentu dan dalam keadaan tertentu yang memerlukan dos muatan. Sinonim dos awal.
loading dosedos pemuatanFarmasiFarmaseutikDos permulaan yang lebih tinggi daripada biasa yang diberikan kepada pesakit pada awal terapi. Dos ini diberikan untuk mencapai paras plasma terapeutik dengan lebih cepat. Secara amnya dos pemuatan ini dua kali lebih tinggi daripada dos penyelenggaraan jika selang masa dos sepadan dengan separuh hayat biologi drug tersebut.
remremFizikAtom dan NuklearUnit dos sinaran berkesan yang diserap oleh tisu manusia dan sama dengan hasil darab dos dalam rad dan faktor kualiti. Unit tersebut mewakili kesetaraan dos atau dos yang dikorelasi dengan kecederaan oleh pendedahan kepada sinaran. Dalam SI, unit tersebut adalah sievert (Sv) = 100 rem.
12345678910...

Kembali ke atas